Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

[Review + Discount Code] SUDIO Niva, Fon Telinga Tanpa Wayar dari Sweden

9:16:00 PTG Hasif Hamsyari 33 Comments Category :

Seperti kebanyakan traveller lain, muzik adalah peneman wajib setiap kali aku melancong. Lebih daripada mengambil mood dengan lagu-lagu yang aku suka, mendengar muzik boleh melarikan ketidakselesaan aku terhadap bunyi bising misalnya ketika di dalam kapal terbang atau di tempat yang padat dengan keramaian orang.

Baru-baru ini aku terima produk terbaru daripada Sweden iaitu SUDIO Niva. Kalau korang berminat mahu mendapatkannya, boleh gunakan kod diskaun khas yang disediakan di hujung entri ini.

IMPRESI PERTAMA

Didatangkan dalam satu kotak yang di dalamnya terdapat satu kotak pengecas bersaiz kompak yang di dalamnya pula terdapat sepasang fon telinga SUDIO Niva. Selain tu ada dua pasang earbud yang boleh melaraskan keselesaan pemakai, kabel pengecas USB mikro, buku panduan dan warranty untuk setahun.

SUDIO Niva dengan rekaan cukup mengancam.
Sejujurnya aku tak risau soal fon telinga tanpa wayar yang pasti ramai akan risau sebab saiznya yang kecil memudahkannya untuk hilang. Aku rasa ini bergantung pada jenis pengguna yang mungkin kalau jenis culas, akan lebih senanglah untuk hilang.

Memakai fon telinga tanpa wayar memang memberikan aku keselesaan yang cukup berbeza sebab tak ada lagi rasa rimas dengan wayar yang berselirat. Kehadiran kotak pengecas yang lebih daripada sekadar menyimpan tambah membuatkan aku suka dengan SUDIO Niva ni, apatah lagi dengan fungsi pengecas yang aku kira cukup bijak dan memudahkan.

Aku memilih warna putih berbanding hitam kali ni sebab saja mahu mencuba kelainan. Iyalah, kerap sangat rasanya aku memilih barangan, selain gajet juga, yang berwarna hitam. Lagipun, warna putih senang juga sebenarnya untuk digayakan.
Aku dimaklumkan yang jangka hayat bateri untuk SUDIO Niva mampu bertahan sehingga 3.5 jam. Tapi dengan fungsi kotak pengecas ni mampu memanjangkan jangka hayat sehingga 17.5 jam. Walaupun aku penggemar muzik, tapi tak adalah sampai akan menggunakan sekali gus sehingga 3.5 jam. Paling lama pun tak lebih dua jam jadi untuk pengguna macam aku, ketahanan baterinya memang tak menjadi masalah.

KUALITI AUDIO

Berbanding fon telinga, aku selalunya lebih selesa menggunakan fon kepala sebab bunyi yang lebih menyeluruh dan aspek paling aku perlukan ialah bunyi bass yang power. Boleh dikatakan aku sangat cerewet kalau bab memilih fon telinga.

Untuk SUDIO Niva, aku dari awal lagi tak meletakkan bunyi sehebat menggunakan fon kepala. Tapi bunyinya selesa di telinga dengan bunyi bass pun tak terlalu berdentum.

Efek kedap bising yang tersedia sebenarnya banyak membantu menjadikan bunyi yang terhasil lebih menyeluruh dan lebih senang untuk dinikmati. 

MODUS PENGGUNAAN

Waktu aku mencuba produk ni pun aku kagum dengan betapa mudahnya sambungan bluetoothnya. Sangat cepat. Semudah mengaktifkan bluetooth pada peranti dan tekan butang pada fon telinga sekitar tiga saat dan lampu biru akan menyala bermakna proses pairing sedang berlaku. Tunggu sehingga isyarat padanan berjaya dan selesai!

Fungsi butang pada fon kepala bukan setakat boleh menukar dan menghentikan lagu, bahkan menjawab telefon. Cuma satu yang aku agak kurang selesa ialah butangnya perlu ditekan agak kuat walaupun ini bukanlah satu masalah besar pun sebenarnya.

KESELURUHAN

Untuk fon telinga tanpa wayar pertama, aku rasa ia cukup menarik. Audionya kira memuaskan dan pastinya aku masih tetap suka dengan kotak pengecas dan penyimpanan yang cukup kompak dan mudah untuk dibawa melancong.

KOD PROMO

SUDIO Niva mula dijual dengan harga RM425 untuk pasaran Malaysia dan kalau korang berminat, boleh mendapatkannya di www.sudio.com/my . Korang boleh mendapatkan potongan sebanyak 15% jika menggunakan kod HASIF sewaktu check out.

Sekarang juga SUDIO Sweden tengah mengadakan promosi eksklusif yang mana korang boleh mendapat pek 4 Swedish Design Coasters dan servis penghantaran secara PERCUMA!

Nota: Artikel ini terhasil dengan kerjasama dengan SUDIO Sweden. Adalah dimaklumkan bahawa saya tidak mendapat sebarang komisyen melalui penggunaan kod diskaun dan sebarang transaksi perniagaan adalah tanpa melibatkan saya.

RELATED POSTS

33 komen

  1. this looks so convenient and not too big for me to take out for travel. time to check this out to get one. i really dislike those with wire. it can be annoying

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exactly! Haha. But problem solved with this SUDIO Niva. Woohoo!

      Padam
  2. Hebat! nampak unik dan sgt praktikal ni.

    BalasPadam
  3. Selalu tengok orang memilih warna hitam. Tapi yang ini warna putih. Nampak lagi ok !! Memang nampak lain dari yang lain. Tapi menariklah fon telinga tanpa wayar tu..tiadalah serabut sangat dengan wayar berselirat. Nak bawa pun mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi. Saja mencuba kelainan ambil warna putih. Betul tu. Antara sebab utama saya suka SUDIO Niva ni selain casing dia yang comel tu ialah sebab ia tanpa wayar!

      Padam
  4. I need one of this. I love the design and its features. Look seriously convenient and sweet for my travel.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. Don't forget to get it online or visit the nearest stores!

      Padam
  5. Memang lebih selesa pakai fon kepala dan sukakan muzik kuat. Pakai earphone asik tercabut je dr telinga. Haha. Tengok memang cantik, sekali harga pitam juga nak membeli. Last time konon nak beli wireless charger samsung. Hujung2 mampu tengok ajelah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Boleh kak sebab setakat saya pakai tak pernah lagi tercabut dari telinga. Lagipun ada disediakan dua lagi earbuds untuk keselesaan. :)

      Padam
  6. wow good to know of this , looking at it size just nice and easy for travel too. I wanna try their products first, shall visit to know more info about it.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, it is actually worth finding out. Perhaps you'll come to like it! :D

      Padam
  7. Dulu suka sangat dengar muzik dan lagu-lagu dekat radio, sekarang ni dah kurang sikit mungkin faktor umur he he he tapi kalau dapat sebijik macam ni boleh dengar lagu dan zikir qasidah pasti sedap jer mendengarnya gunakan brand ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Sambil-sambil menenangkan diri bagus juga mendengarnya. Lagipun jenama SUDIO sebenarnya bukan baharu. :D

      Padam
  8. Memang menarik sangat ni, bolehlah sis simpan duit untuk belikan untuk anak. Dia memang suka pakai phone telinga ni, suka dengar lagu-lagu Kpop dia le apa lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. KPop sekarang memang tengah menggila. Saya pun kadang-kadang layan juga lagu Korea ni sebab muzik dia best, sesuai dengan SUDIO Niva ni.

      Padam
  9. Saiz dia macam mana ya hasif sebab saya punya telinga ni bukan calang calang punya telinga. Most earphone memang tak kan boleh stay dekat telinga ni. Mesti tercabut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hmm.. Macam dalam gambar, kira muat dan selesa je di telinga saya. Ada disediakan dua pasang earbuds juga untuk menyeleraskan keselesaan pemakai jadi bolehlah pilih yang sesuai. :D

      Padam
  10. Yeszaa, kita suka dgr lagu juga. Pakai yang bertali tu, allahu susahnyala. .Bila ada tanpa wayar, syok juga erk..dahla bekasnya kecik, mudahbdibawa ke mana sahaja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu, kak! Dua inilah antara faktor utama kenapa saya suka SUDIO Niva! :D

      Padam
  11. Syoknya pakai sudio ni. Mesti sound dia pun best kan. So far pernah try brand JBL je for wireless earphone, tapi macam kurang suka yg tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha, nanti bolehlah check out SUDIO Niva. Manalah tahu yang ini berkenan di hati. Sound dia kira memuaskan juga.

      Padam
  12. Bestnya kecil dan kompak. Paling penting mudah dibawa ke mana sahaja. Didatangkan dalam bekas yangbsangat kenas menjadikan ianya sangatbcool

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya. Bekasnya tu memang antara ciri paling saya suka. Mudah dibawa travel! Sangat convenient. :D

      Padam
  13. Wow... bestnya Sudio ni.. mmg sesuai sgt utk org yg aktif bergerak.. sebbanya kecil. Nak jugak la sbb senang nak pakai time bersukan dan memandu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Jangan lupakan dapatkan sementara ada diskaun kod! Atau pun boleh juga dapatkan di kedai gajet berhampiran! ;)

      Padam
  14. Canggih btul eh skrg ni...tapi hrga dia hakak tak mampuuuu..hahahhaa...tp mcm ni best la..xda la serabut n serabai dgn wire2 bagai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Nanti tengok-tengoklah dulu mana tahu berkenan dan puas hati, barulah berbaloi untuk dibeli. Tapi memang betul tu. Rasa puas sebab tak ada lagi wayar yang berselirat. Hihi.

      Padam
  15. lama dah aida tak sumbat telinga dgn ear phone ni.
    last dulu, time kat Uni. study sambil dgn walkman, hasif.
    lepas abis blaja, keje & kawin, until now, berbelas tahun tak guna ear phone.
    ni adalah teknologi ear phone yg bagus.
    tak berselirat dari phone ke telinga.
    kemas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah antara sebab utama saya sukakan SUDIO Niva ni. Yang penting convenient untuk bawak travel. Nanti cubalah survey dulu, mana tahu berkenan di hati kan? Hihi.

      Padam
  16. looks like it's a great ear phone.. time to hear and listen to more nice nice music with this ear phone ya~

    BalasPadam
  17. Nampak bergaya dan juga mudah untuk dibawa ke mana-mana. Ada warranty ke?

    BalasPadam
  18. Cool giler la sudio nie.. nampak benar2 trendy and flexible.. senang n ringan dibawa ke mana2.. AM pun nak grab satu..

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.