14 Tarikan Memukau di Padang, Indonesia
Antara sebab besar yang membuatkan aku tertarik dengan Padang, Indonesia ialah nilai adatnya yang tak jauh beza dengan masyarakat Minang di Negeri Sembilan. Persinggahan aku ke negeri di Sumatera Barat ini membuatkan aku kagum betapa walaupun terpisah jauh merentas Selat Melaka, persamaan budaya ternyata mengikat kita sebagai saudara serumpun.
Tapi rupa-rupanya, Kota Padang menyimpan banyak lagi tarikan yang menarik. Kalau anda bercadang ke Bukit Tinggi, ada baiknya anda teroka dulu tarikan-tarikan yang ada di bumi Padang ini terlebih dahulu.
Anda boleh juga ikuti perjalanan saya (live update) untuk trip ini di Instagram Story! KLIK SINI.
Anda boleh juga ikuti perjalanan saya (live update) untuk trip ini di Instagram Story! KLIK SINI.
1. Sederhana Padang
Pintu utama ke restoran Sederhana Padang. |
![]() |
Dari kiri: Bergambar di tepi restoran; Antara makanan yang dihidangkan untuk makan tengah hari kami. |
Hidangan nasi padang merangkumi pelbagai jenis lauk-pauk yang dihidangkan dalam pinggan-pinggan kecil. Antara menu yang berbaloi dicuba termasuklah ayam cabe ijo, kepala kakap kecil, pucuak ubi, gado-gado dan udang berlado. Pelanggan akan dikenakan caj hanya untuk lauk yang dimakan saja, walaupun sedikit.
Laman web: www.restoransederhana.id
2. Monumen Korban Gempa Padang
![]() |
Monumen Korban Gempa yang terletak di tengah Kota Padang. |
Di sini, aku dapat melihat antara nama-nama mangsa gempa selain sebuah tugu berlukiskan mata yang sedang menangis di mana bawahnya pula terpapar suasana pilu yang menggambarkan keadaan sewaktu gempa. Di belakang tugu ini ada empat lagi monumen menukilkan puisi-puisi kebangkitan warga Padang yang cukup meniup semangat patriotisme, waima untuk orang luar macam aku. Antaranya Kita Bersaudara karya Djunaidi Perwata, Pesan dari Puing Puing (Dr. H. Fauzi Bahar), Dalam Duka, Kami Bangkit (Susilo Bambang Yudhoyono) dan Doa Seorang Gubernur (Gamawan Fauzi).
3. Kelenteng See Hin Kiong
Kelenteng See Hin Kiong yang tersergam di Kampung Pondok. |
![]() |
Antara sudut di dalam tokong ini. |
Laman web: seehinkiong.com
4. Jambatan Siti Nurbaya
Pemandangan dari Jambatan Siti Nurbaya. |
Dari jambatan sepanjang 156 meter di atas sungai Batang Arau ini, aku dapat menikmati pemandangan Padang yang cukup sederhana namun memukau.
Di sekitar jambatan ini, anda juga boleh menikmati makanan seperti pisang bakar, jagung bakar dan sate Padang.
5. Pantai Air Manis
![]() |
Sekitar pemandangan di Pantai Air Manis. |
Antara lain, surau, tandas dan parking percuma juga disediakan. Bayaran masuk ke pantai ini ialah lima ribu rupiah (sekitar RM1.50) untuk seorang dewasa.
6. Batu Malin Kundang
![]() |
Rupa seketul batu yang menyerupai seorang lelaki yang sedang bersujud. |
Aku pernah baca tentang Batu Malin Kundang ini namun apabila menyaksikannya sendiri di hadapan mata, terus rasa seriau, aneh dan cukup memberikan pengajaran. Batunya berbentuk seorang lelaki yang sedang bersujud dengan di sekitarnya ialah batu-batu yang berbentuk kapal yang telah hancur.
![]() |
Antara serpihan kapal yang turut sama menjadi batu. |
7. Kampung Limau Manis
Persembahan Gendang Tambua Danau Malinjau. |
![]() |
Dari kiri: Tari Sampan dan Tari Buai-Buai. |
Kalau anda berminat untuk tahu lebih lanjut, boleh hubungi Palito Nyalo di +62 812-6744-6792.
8. Pantai Carlos
Suasana sederhana di Pantai Carlos menjelang senja. |
Jika anda berminat untuk meneroka pulau-pulau di Padang macam Pulau Pagang, Pulau Pasumpahan, Pulau Pumutusan, Pulau Sirandah dan Pulau Suwarnadwipa, boleh menghubungi Rindu Pulau (Instagram: @rindu_pulau).
9. Pulau Pagang
![]() |
Papan tanda Pulau Pagang yang cukup popular dalam kalangan pelancong yang ke sini. |
![]() |
Pemandangan sekitar Pulau Pagang. |
Menyelam bersama ikan-ikan di pantai Pulau Pagang. |
10. Pulau Suwarnadwipa
Tarikan utama di Pulau Suwarnadwipa - buaian di dasar laut! |
![]() |
Sekitar Pulau Suwarnadwipa. |
11. Pantai Padang
![]() |
Pantai Padang yang selalu menjadi pilihan warga lokal untuk bersantai. |
Menariknya, Pantai Padang lebih dikenali dengan nama Taplau merujuk bahasa Minang bererti tepi laut.
12. Gunung Padang dan Makam Siti Nurbaya
Pemandangan dari puncak Gunung Padang. |
![]() |
Dari kiri: Satu lagi sudut di puncak Gunung Padang; Makam Siti Nurbaya. |
13. Rumah Makan Lamun Ombak
![]() |
Rumah Makan Lamun Ombak dan antara makanan serta minuman yang dihidangkan. |
14. Sanjai Ummi Aufa Hakim
![]() |
Dari kiri: Antara ruang di SanjaiUmmi Aufa Hakim yang menjual pelbagai jenis makanan Padang; Oleh-oleh yang aku beli di kedai sebelahnya. |
Penginapan: d'Ox Ville Hotel
![]() |
Antara ruang-ruang di d'Ox Ville Hotel. |
Laman web: oxvillehotel.com
____
Demikianlah antara lokasi-lokasi yang aku singgah dalam lawatan aku ke Kota Padang. Walaupun masih ada banyak lagi tarikan macam Adityawarman Museum, Masjid Raya Sumatera Barat, Air Terjun Sarasah, Ngungun Saok dan lain-lain, aku harap artikel ni serba-sedikit memudahkan perjalanan anda untuk meneroka Kota Padang!
Sedikit info juga, anda boleh menikmati pengangkutan bas 'City Tour' percuma ke beberapa destinasi di Kota Padang termasuk;
- LPC Menara
- Tugu Gempa
- Klenteng
- Simpang Nipah
- Air Manis
- Gunung Padang
- Pantai Padang
- Masjid Raya Sumatera Barat
49 komen
Ya Allah! Menariknya tempat² di Padang Indonesia ni! Pada satu nama tapi sangat banyak tempat dan sejarah² yang tersimpul rapi disebalik nama. Allahuakbar! Indah belaka pemandangan, palin teruja sejarah² yang ditinggalkan. Baru tahu adanya batu malin kundang disana. Nama2 mangsa korban juga turut menarik perhatian bila difikirkan korban nyawa sehingga 1k manusia dan hancur musnah banyak rumah dan kediaman. Rasa sebak bila dikongsikan. Ohya, cx tak pernah lagi rasa nasi padang! Macam menarik. Dahlah murah dia caj! Ikut apa yg kita makan. Harap² dpt pergi ke Padang suatu hari nanti. Btw, thanks for sharing! Best entry! New knowledge for me. π
BalasPadamThank you so much, CX! Ya, Padang memang menarik. Ramai orang selalu terlepas menikmati tarikan-tarikan di Padang ni sebab biasanya orang terus ke Bukit Tinggi je. Hihi.
Padamhuarghhhh salah satu wishlist nak datang bercuti ke sini T.T teringin sangat bila tengok orang bercuti tempat cantik macam ni. kena usaha kumpul duit lagi ni.next year harap ada la rezeki
BalasPadamAminn.. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan! Sebenarnya bajet ke sini masih berbaloi dan tak mahal sangat. Tiket pun boleh dapat murah terutama kalau ada promo. Memang kena grab cepat-cepat! Hihi.
Padamwow so many nice pics here, glad you sharing here. Wanted to plan where to go vacation but didn't know where. Shall buzz my dear of this wonderful place to visit, he says he has friend in Indonesia but not sure where. Maybe it's time he find out so he can visit his friends too.
BalasPadamThat'd be a good idea! And yes, you should visit Padang - it really worth it!
Padamsaya pun tertarik mau kesana
PadamYeay! Padang memang berbaloi dilawati! :D
PadamPernah ke Padang juga cuma dalam list ni ke Lamun Ombak restaurant sebab selepas itu kami ke Bukittinggi pulak. Nak balik pun 1 malam di Padang kemudian bertolak balik ke Malaysia.
BalasPadamItu biasa sebab memang ramai singgah Kota Padang sebab nak ke Bukittingi je. Haaa pasni kalau ke Padang lagi peruntukkanlah sehari dua kat Kota Padang dulu! ;)
PadamPadang, Indonesia memang satu tempat yang pernah masuk dalam wishlist saya. Selain ingin mengenali budaya di padang, saya juga ingin rasa masakan padang yang original. Kagum lihat banyak tempat yang menarik. Thanks for sharing. Boleh jadi rujukan sesiapa yang mahu ke padang nanti.
BalasPadamInsyaAllah moga-moga membantu. Padang memang menarik dan antara destinasi pelancongan di Indonesia yang unik! ;)
PadamAntara wilayah di Indonesia yang kita nak pergi sangat. Tak sangka ada banyak rupanya tempat-tempat menarik yang belum kita tau. Paling tertarik dengan buaian dalam air dekat Pulau Suwarnadwipa tu. Air dah lah jernih. Ni yang buat tak sabar nk ke sana.
BalasPadamWahh!!..menarik betul Padang Indonesia ni...banyak tempat tinggalan sejarah yang menjadi tempat pelancongan...orang2 minang di malaysia pasti berasal dari dari juga....makanannya juga pastu sedap-sedap..
BalasPadamIya, kalau dari segi sejarah memang Padang ada budaya yang rapat dengan masyarakat Minang di Negeri Sembilan. Makanan dia jangan cakaplah. Memang puas hati!
PadamMakanan Padang memang Fav sis tapi ke Padang belum lagi tercapai. Memang hajat hati nak ke sana satu hari nanti sebab ramai kawan-kawan dah gi Padang dan selalu bercerita best ke sana. Nampak gaya kena jugak letakkan Padang salah satu tempat yang sis harus pergi dan perkongsian ini akan sis jadikan sebagai rujukan sis sekiranya sis ke sana..Insa Allah
BalasPadamHihi.. InsyaAllah semoga artikel ni kelak membantu memudahkan perjalanan sis. Memang sangat berbaloi berkunjung ke Padang ni!
PadamTk pernah lg smp Padang indonesia..byk juga tmpt2 menarik bole dilawati..oh di padang pn ada buai yg mcm di lombok tu ye..tmpt makan yg SEDERHANA tu dh pernh mkn tp di BANDUNG..tq for sharing ..mn tau ada plan ke Padang bole refer entry ni
BalasPadamInsyaAllah... Harap-harap artikel ni membantu ya. Padang memang best dan saya sendiri tak sangka ada pantai dan pulau yang unik yang ramai orang kita terlepas pandang bila ke Padang!
PadamCerita pasal Padang memang teringat dengan menu makanan dia sememangnya salah satu favorite saya. Tapi kalau kat Malaysia mahal kan? Kat sana mewah makan. Ape pun sangat jeles dengan Hasif dapat main buai dalam laut tu. Seronoknya lahai..
BalasPadamYa, memang kat sini hari-hari makan Nasi Padang. Haha. Sedap! Dan yeah, pasal buaian tu memang unik dan kalau dah sampai sini, memang rugi yang amat kalau tak ambil gambar kat bawah laut tu!
PadamBest kannn especially the food there. I have an opportunity to bring my parent to Padang - Bukit Tinggi. That was our last family trip together. My parent was so happy...Now they super old and unable to travel with us anymore.
BalasPadamAwwhh... I think it's good enough to bring them travel to nearer places. But as for you, perhaps it would be a good idea to give another visit but this time to explore Kota Padang only. It is surprisingly interesting destination!
PadamAllahu bestnya padang.teringin nak kesana untuk makan bagai. Dengar cerita padang ni macam bandar budaya.insyallah nnti sampai kesana.tq sif for sharing
BalasPadamYes, memang budayanya unik dan lebih menarik sebab berkait rapat dengan budaya Minang di Negeri Sembilan. Harap-harap artikel ni boleh membantu kalau bercadang ke sana nanti! ;)
PadamBanyaknya yang menarik kat Padang Indonesia kita tak pernah sampai semua tempat best dan baru bagi kita memang kena pergi terutama mencuba semua makana kat sana menyelerakan hehehehehe...
BalasPadamYesza.. Untuk konten blog soal makanan memang penting kan! Bolehlah ke sini dan explore sendiri masakan asli Padang!
Padambanyak jga yang best di padang rupanya,, ingatkan bali je yang ada tempat macam ni.. seriau juga tgk badu yang kononnya malin kundang tu.. teringin nak tengok depan mata.
BalasPadamSetiap destinasi di Indonesia ada keunikan tersendiri dan Padang juga tak terkecuali. Nanti bolehlah masukkan dalam travel list dan batu Malin Kundang tu antara yang must-visit okay!
PadamWow... kamu sudah ke padang ya? Aku orang Indonesia tp.blom kesana hehehee... coz dari tempatku masih perlu naik pesawat 2 kali jadinagak susah menjangkau dan butuh waktu cuti yg agak long
BalasPadamIya bisa aja sih tapi perlukan planning yang bagus dan berbaloi juga. Padang sememangnya asikk.
Padamnice compilation! makes it easy for people like us who wish to travel there but didn't know where to start with. some of those definitely suit to my liking!
BalasPadamInvest in PRS to get Tax Relief!
Then you should put it in your travel list! Padang has a lot more to explore! :D
PadammasyaAllah ....cantik2 gambar ....saya pun suka pergi tempat2 yang ada sejarah ...Padang ni pun ada dalam senarai tempat ingin kunjungi .....selain pemandangan yg cantik , nak cuba juga pelbagai makanan dan lihat budaya orang2 di sana
BalasPadamTerima kasih! Padang is really for you! Mesti awak akan suka dengan budaya, makanan dan tempat-tempat menarik kat sini. :D
PadamWAh, banyak tempat best di Padang..Makanan pun nampak sedap sedap tu. Tertarik dengan batu bentuk Malin Kundang tu. Tengok gambar pun seriau gak ni
BalasPadamTak taulah betul atau tidak tapi masyarakat setempat rata-rata percaya yang ia batu yang disumpah. Marilah datang ke Padang - memang berbaloi!
PadamJelesnya tengok hasif jalan sana sini..Pergi negara orang tengok dunia luar..cantik gambr semua..terasa nak pergi..banyak juga tempat menarik dekat padang indonesia ni erk..terbaiklaa..
BalasPadamMemang banyak lagi tempat kena explore kalau ke Padang! Kalau ada kesempatan, akak pun kena singgah ke sini sebab menarik!
PadamKak baru balik ikut trip ke Padang,alhamdulillah rezeki dpt join trip fam ni, padang memang menarik tp kak blm dpt lg pg ke lain2 pulau di Padang
BalasPadamKann! Kota Padang antara destinasi yang cukup berpotensi sebenarnya. Rugi sebab ramai yang terlepas pandang keunikannya. InsyaAllah mana tahu lepas ni akak ke Padang lagi, bolehlah ke pulau-pulaunya pula!
PadamJernihnyaa air di Pulau pagang tu.. Cantik view kat Padang.. Selalu tengok orang pergi Bukit Tinggi je. Hee π
BalasPadamItulah... Lepas ni kalau ke Padang, boleh peruntukkan sehari dua di Kota Padang dulu sebab di sini pun tak kurang menariknya!
PadamI p padang tahun 2006 kut. Nampak beza betul nih. Tp kalau p sana wajiblah pekena. Nasi padang. Sedap yakmat!!
BalasPadamHihi kannn.. Dah lama sangat tu kak. Memang kena singgah ke Padang lagilah cerita dia. XD
Padamhye hasif,
BalasPadammay i know you pakai travel agent mana yea? boleh share x? thanks
Hi! Saya pergi bersama pariwisata padang. Boleh cari mereka di Instagram (@pariwisata.padang) untuk tanya berkenaan ajen yang berdaftar. :)
PadamHi, boleh recommend kan tourist guide kat padang ni? Tq π
BalasPadamSalam..izin promo Kat laman ini,
BalasPadambila tuan dan puan nak merancang bercuti ke Padang Bukittinggi Indon boleh lah menggunakan perkhidmatan kami di talian +6285356000747
kami akan memberikan harga yang berbaloi dan servis yang memuaskan.terimakasih.
Tinggalkan komen di sini.