Pengalaman ke Tanah Laskar Pelangi - Belitung!
Mungkin di Malaysia, filem Laskar Pelangi tidaklah sepopular runut bunyinya dengan judul sama nyanyian kumpulan Nidji. Tapi di Indonesia, ia masih tersenarai antara filem pecah panggung paling laris. Malah, novel yang diadaptasi karya Andrea Hirata itu juga antara yang laku keras di Indonesia.
Penangan Laskar Pelangi bukan calang-calang sehinggakan beberapa syarikat penerbangan membuka semula laluan ke Belitung, latar tempat di dalam cerita berkenaan yang kini tersenarai sebagai 'The Next Bali'. Pergh!
Sebab tu apabila aku mendapat jemputan daripada MTN Getaways untuk mengalami sendiri tanah Laskar Pelangi ni, aku langsung tak berfikir dua kali. Jarang aku dapat temukan destinasi yang bangkit daripada tulisan pena macam ni. Tapi lebih daripada Laskar Pelangi, aku sendiri tak sangka akan jatuh hati dengan destinasi yang megah dengan kesederhanaan dan santun penduduknya yang berbudi.
Nah, ini aku senaraikan antara tempat-tempat yang aku singgah dalam trip aku ke Belitung baru-baru ini.
Sebelum itu...
- Asal nama Belitung adalah daripada sejenis meteorite (Batu Satam) yang kemudian dinamakan Billitonite oleh Belanda
- Pulau Belitung dikelilingi oleh lebih 100 pulau lain
- Belitung dahulu terkenal sebagai kawasan perlombongan bijih timah
- Dari Kuala Lumpur, korang boleh menaiki pesawat ke Belitung (Hanandjoedin International Airport, Tanjung Pandan) melalui Singapura (Changi Airport)
- Waktu sesuai untuk ke sini ialah pada musim kering (sekitar Mac ke Ogos)
- Aku cadangkan korang tonton dulu filem Laskar Pelangi sebelum ke sini supaya boleh lebih menikmati kebanyakan tarikan di sini
SD Muhammadiyah (Replika Sekolah Laskar Pelangi)
![]() |
Replika Sekolah Laskar Pelangi - SD Muhammadiyah. |
![]() |
Dari kiri: Pintu masuk ke SD Muhammadiyah; Rupa kelas di dalam sekolah ini. |
Tiket masuk: IDR5 000 (sekitar RM1.50)
Dermaga Kirana
![]() |
Rekabentuknya yang menyerupai siput diperbuat daripada rotan. |
Selain bentuknya yang unik, Dermaga Kirana terkenal sebagai spot Instagrammable dan tentunya lokasi pilihan untuk keluarga atau orang muda bersantai sambil menikmati pemandangan tasik yang memukau.
Untuk rekod, ini ialah muzium sastera pertama dan satu-satunya di Indonesia! Sebagaimana namanya, ia didedikasikan untuk penulis Andrea Hirata sebagai pencipta Laskar Pelangi. Selain menceritakan kisah kehidupan beliau dan karya-karyanya yang telah dihasil dan diterjemahkan, muzium ini juga unik dengan bangunannya yang berwarna-warni.
Dengan bayaran IDR50, 000 (sekitar RM14.50) untuk yuran masuk, pelawat akan mendapat sebuah buku saiz poket Laskar Pelangi. Selain tu, ada sebuah sekolah percuma yang didirikan atas ihsan Andrea Hirata sendiri di belakang muzium ini.
Juga lokasi penggambaran Laskar Pelangi, Pantai Tanjung Tinggi juga terkenal kerana struktur batuannya yang besar. Aku sempat memanjat batu-batu ini untuk mendapatkan pemandangan lebih menakjubkan.
Selain menjadi pilihan untuk piknik dan bermandi-manda, ada beberapa gerai kecil sekitar pantai ini yang antara lain menjual makanan dan cenderamata.
Siapa sangka, lokasi yang pernah menjadi pusat perlombongan kaolin (sejenis tanah liat yang banyak digunakan sebagai kertas, alat-alat perubatan dan kosmetik) kini menjadi lokasi tarikan pelancongan yang cukup memukau. Pasirnya berwarna putih manakala airnya berwarna biru turqoise sekali gus memberikan landskap sukar ditemu di kebanyakan destinasi lain.
Cantik untuk dilihat, aktiviti mandi-manda atau turun berhampiran danau ini juga tidak dinasihatkan kerana berbahaya.
Salah satu pulau yang aku sempat singgah ialah Pulau Leebong ni. Ia adalah sebuah pulau persendirian yang kemudian dibangunkan sebagai sebuah resort eksklusif sejak dua tahun lalu. Namanya diambil daripada nama asal pulau ini iaitu Kerebong lalu digabung dengan nama keluarga pemiliknya iaitu Lee, demikian yang aku dapatkan informasi selepas sempat berborak dengan pemiliknya sendiri iaitu Pak Yudi Gozelie.
Antara katanya yang aku setuju, Pulau Leebong dibangunkan selepas melihat potensinya yang memiliki pantai-pantai cetek dengan arus ombak yang tak deras. Sebagai tarikan, beberapa pantai seperti Pantai Chicas turut dilengkapi dengan pagoda-pagoda yang akan kelihatan terapung jika air pasang.
Ada beberapa villa yang ditawarkan kat sini namun yang menjadi ikon ialah sebuah villa atas pokok dinamakan Zarra Tree House berharga IDR4, 800 000 (sekitar RM1400) satu malam. Kalau tak tidur pun, memadai sebenarnya untuk day trip dan bersantai di sekitar pulau ni.
Selain itu, ada beting pasir (sandbank) yang aku kira ikonik kalau sebut tentang pulau ni. Lebih menarik, beting pasir yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki ni jugak memiliki beberapa buaian dan hammock menjadikannya satu spot yang cukup cun untuk gambar kenangan.
Tak lengkap percutian kalau tak singgah ke kedai oleh-oleh dan kalau di Belitung, Pondok Kelapa antara kedai yang memberikan pilihan lengkap untuk memilih cenderamata. Dari pakaian hinggalah ke makanan, keychain dan pelbagai lain tanda kenang-kenangan korang boleh dapatkan kat sini.
Belitung secara amnya terkenal dengan masakan laut. Selain tu, adalah satu kemestian untuk mencuba kopi di Belitung kerana budaya bersantai sambil menikmati secawan kopi (ngopi) sangat dekat dengan masyarakat kat sini.
Berikut antara tempat makan dan minum yang sempat aku singgah di Belitung.
Penginapan untuk empat hari tiga malam aku kat Belitung ni ialah di Golden Tulip Essential Belitung yang letaknya kira-kira 30 minit daripada Hanandjoedin International Airport. Ada 76 bilik dengan sebuah restoran dinamakan The Branche. Komen aku, hotel berbintang tiga ni selesa. Kalau ada masa lebih, boleh jalan-jalan dekat Pantai Tanjung Pendam yang cuma 15 minit jalan kaki. Banyak kedai makan kat sini juga.
Untuk memudahkan perjalanan, aku cadangkan korang terus je menghubungi MTN Getaways ni sebab mereka 'pakar Belitung' yang tentunya boleh menjadikan trip korang lebih selesa dan jimat masa.
Museum Kata Andrea Hirata
![]() |
Reka bentuk luar museum dengan motif pintu berwarna-warni. |
![]() |
Dari atas kiri (arah jam): Antara spot yang cukup cantik untuk Instagram; Bahagian dalam sekolah percuma Andrea Hirata; Buku poket Laskar Pelangi sebagai tanda melawat ke sini. |
Pantai Tanjung Tinggi
![]() |
Pantai inilah yang juga sering disebut sebagai Pantai Laskar Pelangi. |
![]() |
Dari atas kiri (arah jam); Wefie dengan teman-teman di atas batu; Antara pemandangan dari atas batu; Monumen yang menandakan pantai ini sebagai lokasi penggambaran Laskar Pelangi. |
Danao Kaolin
![]() |
Pemandangan Danao Kaolin. |
![]() |
Lagi pemandangan Danao Kaolin. Plus me. Haha. |
Pulau Leebong
![]() |
Zarra Tree House, villa ikonik di Pulau Leebong. |
Antara katanya yang aku setuju, Pulau Leebong dibangunkan selepas melihat potensinya yang memiliki pantai-pantai cetek dengan arus ombak yang tak deras. Sebagai tarikan, beberapa pantai seperti Pantai Chicas turut dilengkapi dengan pagoda-pagoda yang akan kelihatan terapung jika air pasang.
![]() |
Beberapa bahagian di sekitar Pulau Leebong. |
![]() |
Dari kiri: Bergambar kenangan dengan Pak Yudi Gozelie; Menikmati white sand coffee di salah satu pagoda di Pantai Chicas. |
![]() |
Beting pasir yang dilengkapi buaian dan hammock. |
Pondok Kelapa
![]() |
Bahagian pakaian yang turut menjual batik khas Belitung (kanan). |
Aktiviti Lain
Sebenarnya ada beberapa lagi aktiviti dan tempat yang tak sempat aku lawati waktu trip ni terutama disebabkan keadaan cuaca yang tak berapa mengizinkan. Tapi sebagai panduan korang, ini beberapa lagi aktiviti dan tempat yang korang boleh pertimbangkan kalau ke Belitung.- Rumah Adat. Macam di kebanyakan destinasi di Indonesia, Belitung pun tak terkecuali daripada memiliki rumah tradisional mereka sendiri dan di sinilah korang boleh melihatnya.
- Island Hopping. Kalau kena waktunya, korang boleh lakukan aktiviti ini selain snorkeling di Pulau Garuda, Batu Belayar dan Pulau Pasir selain singgah di Pulau Lengkuas yang terkenal dengan rumah api.
- Vihara Devi Kwan Im. Ini ialah tokong tertua di Belitung dengan keunikannya terletak pada warna bangunan dan tangga yang berwarna-warni.
- Pantai Burung Mandi. Selain pantai yang bersih, korang boleh melihat bot-bot kayu yang dihias dengan corak-corak tradisional di sepanjang pantai.
Tempat Makan dan Minum Sekitar Belitung
![]() |
Dari kiri, atas: Raja Seafood Belitung; Rumah Makan Fega; Belitung Timpo Duluk Dari kiri, bawah: Kong Djie Coffee; Hanggar 21; Kota 1001 Warung Kopi |
Berikut antara tempat makan dan minum yang sempat aku singgah di Belitung.
- Raja Seafood Belitung - Salah satu restoran dengan makanan berasaskan makanan laut yang popular di Belitung.
- Rumah Makan Fega - Antara restoran tercantik di Belitung dengan pemandangan tasik yang cukup menenangkan.
- Belitung Timpo Duluk - Restoran dengan menu tradisional dihidangkan dalam cara tradisional dengan dulang. Korang boleh belajar tertib makan masyarakat Belitung yang sangat beradab.
- Kota 1001 Warung Kopi - Di sepanjang jalan di Manggar ini terdapat banyak warung kopi atau warkop sesuai untuk minum petang dengan pelbagai makanan sampingan dan kuih-muih.
- Hanggar 21 - Salah satu restoran terkenal dengan hidangan signature di Belitung iaitu Mie Belitung.
- Kong Djie Coffee - Antara warung kopi yang selalu disebut 'Starbucks of Belitung'. Cawangannya yang tertua (sejak 1943) terletak di Jalan Serma Abdullah. Wajib cuba: Kopi O, Kopi Susu, Singkong Goreng, Pisang Keju
Penginapan
![]() |
Dari kiri: Pemandangan dari bilik; Rupa bilik kami di Golden Tulip Essential Belitung. |
Kesimpulan
Agak terkilan sebab ada banyak lagi tarikan yang tak sempat singgah tapi aku percaya, ini bukan kali terakhir aku ke Belitung. InsyaAllah terasa nak datang sekali lagi dan menikmati lagi Belitung dengan sepuasnya. Haha.Untuk memudahkan perjalanan, aku cadangkan korang terus je menghubungi MTN Getaways ni sebab mereka 'pakar Belitung' yang tentunya boleh menjadikan trip korang lebih selesa dan jimat masa.
MTN Getaways
Laman Web: www.mtngetaways.com
Alamat Emel: faizunsekin@mtngetaways.com
Nombor Telefon: +65 6509 0183
49 komen
Pernah ke Belitung? Apa kata kongsikan pengalaman korang kat sini! ;)
BalasPadamWow menarik belitung ni selain laut dan pantai rupanya byk lg activity lain yg boleh kt buat right??
BalasPadamSo true! I suka Belitung ni sebab vibe dia yang sederhana tapi masih enjoyable. Somehow I hope akan ada banyak lagi tarikan terutama dari segi aktiviti macam ATV ride along the beach, kawasan kampung and the forest, zipline ke mesti awesome since pemandangan dia cantik-cantik belaka!
PadamSuka Laskar Pelangi!! Tak pernah pegi lagi, tapi nampak menarik nya. Selalu pergi Indonesia, mesti pegi tempat2 femes je Jakarta Bandung etc. Pasni boleh masuk wishlist ni.
BalasPadamYup! Lagipun sementara Belitung belum terlalu padat dengan travellers lagi, ada baiknya ke sini cepat-cepat. Hihi.
PadamTak pernah tau pasal tempat ni. Tapi depan museum tu, cantik sangat! Unik habis. One day kalau pergi sini, boleh refer dekat entry hasif ni
BalasPadamInsyaAllah, semoga entri ini bermanfaat. Yup, kalau ada kelapangan, memang kena pergi ke sini! :D
PadamMin memang suka dengan filem Laskar Pelangi. Masa mula2 dia keluar tu terus tengok dan sekaran pun kadang2 repeat tgk semula.. Memang cantik pemandangan di Pulau Belitung ni. One day, Min nak ke sini juga..
BalasPadamAminn. InsyaAllah... Kalau sukakan nature dan suasana kampung yang laidback dan slow-paced, Belitung sangat sesuai!
PadamWow...Reka bentuk luar museum dengan motif pintu berwarna-warni memang menarik kan. Sangat colourful. Treehouse tu pun sangat cantik. Terasa nak tinggal di dalam.
BalasPadamYa, banyak spot bergambar di dalam muzium tu sambil-sambil belajar tentang sastera. Hihi. Dan Pulau Leebong tu pun memang sangat cantik!
PadamNAK PERGI! I enjoy gila u guys punya update pasal Pulau Belitung!
BalasPadamJom nanti sekali lagi, Pojie! Hehe... Syok ni!
PadamWah...Menarik yaa Belitung ni. Pertama kali tahu pasal Belitung. Nampak nya Nina kena ikut cadangan Hasif tengok citer Laskar Pelangi dulu sebekumsebelum sampai sini. Okies!
BalasPadamHihi. Ya, sebaiknya kena tengok dululah. Kalau tak nanti susah nak faham. XD
PadamCantik- cantik tempatnya..akak memang jatuh cinta..nak plak tengok cerita lakonan drama cinta paksa rela ke apa tajuk nya yang remy ishak berlakon tu..dari situ akak memang simpan angan- angan nak ake sini..ntah bila la dapat bergambar cecantik macam Hasif
BalasPadamHaah, drama tu pun shoot kat sinilah. Memang cantik tempat dia! InsyaAllah, satu hari nanti akak datanglah sini. Berbaloi!
PadamAlamak..Suka tengok gambar yang diambil. semuanya nampak cantik. Anyway memang banyak tempat yang menarik2 kat pulau belitung. :D
BalasPadamNak tekan button follow tapi tak dapat. mmm
http://www.imaginasiklasik.com/
Terima kasih! Hihi.
PadamAlamak, kalau tak boleh tekan button follow tu boleh klik logo Blogger di sudut kanan tu. Sebelah ikon social media yang lain. :)
tau psl belitung pn sbb tgk drama remy ishak shooting kt belitung....cantik tmptnya..untungla dh smp..byk juga tmpt bole dilawati...tq for sharing
BalasPadamAlhamdulillah... Tapi serius rasa tak puas lagi ni. InsyaAllah kalau ada rezeki, datanglah ke sini untuk bercuti. Best!
PadamBest yer dapat travel dengan travel agent yang bagus. Terima kasih berkongsi cerita travel yang menarik. Lokasi yang tak pernah terfikir nak pergi, tapi lepas baca ni, terus rasa masuk nak pergi sini dengan family
BalasPadamAlhamdulillah... Moga-moga bermanfaatlah artikel ni ya. :D
PadamYa Ampun bestnya Belitung hasif. Tiket masuk pun takde la mahal cuma di muzium tu rm14.50 duit kita. Tapi akak percaya masuk ke muzium tu bukanlah merugikan pun . Puas hati jugak akak tengok gambar dalam muzium. Indahnya Belitung :D
BalasPadamHihi. Yes, kak. Cantik Belitung ni rupanya. Yang penting masih baru dan tak ramai pelancong sangat. :D
PadamPasti seronok berada disana...banyak sejarah dapat dikupas...keunikkn tempat ini menjdi daya tarikan pelancong dari luar...
BalasPadamBetul tu. Lagipun Belitung masih tak ramai pelancong lagi. Ada baiknya kalau pergi bercuti kat sini sekarang. :)
PadamCantinye.. pemadangan dia.. suka laut dia, baca dan tengok entri ni rasa nak pergi sana sekarang... buat masa ni berangan je mampu masuk list berangan dulu yea!
BalasPadamTerima kasih! Tak apa, angan-angan kan titik mula kenyataan. Gitu.. XD
Padamamong all that you introduce, i think i like the pantai the most! haha thanks for sharing! hopefully i get to go there one day and can refer back your link
BalasPadamHow to deal with markets ups and downs?
Haha. You should experience Belitung first and perhaps you could like it as a whole! :D
Padamcantik betul tanah laskar pelangi.. setiap ceruk sesuai untuk bergambar.. mmg tak rugi la kalau ke sana.. instagram worthy gitu.. haha
BalasPadamKan! Hihi. Nanti datanglah ke sini untuk bercuti. Memang berbaloi! ;)
PadamIngatkan namatempat ni Laskar pElangi hehehe.
BalasPadamTak pernah lagi ke sini, cantik jugak ya tempat ni dari gambar2 yang diambil. Kalau ada rezeki bolehlah nanti sis gi
Kena pergi sis! Memang berbaloi sangat. :D
PadamTB tak pernah pi Belitung lagi.. nama pun baru 1st time dengar.. huhu.. sejak tau blog Hasif ni la macam2 tempat TB tak pernah dengar baru dengar.. syoknya kalau dapat pi Belitung ni.. view cantik2 gak kan..
BalasPadamTerima kasih! Yup! Lagi best sebab waktu melawat ni kurang pelancong luar lagi.
PadamCantik jugak ya Pulau Belitung ni.. Ingatkan sejarah dia sebab siput belitung.. Kahkah.. .tpi serius cantik pantai dia tu
BalasPadamEh bukan! Jangan terkeliru. Haha. Ya, pantai dia memang cantik!
Padambestnya kita tak pernah nak sampai tempat yang tak berapa popular ni tapi cantik sangat memang kena pergi tempat menarik dan makanan sedap-sedap belaka hehehehe....
BalasPadamYa, bang. Itu yang bestnya bang sebab tak ramai pelancong sangat sekarang. Jadi lebih rileks.. Ya, makanannya pun tak mengecewakan!
PadamSuka nya cara penulisan Hasif! Lengkap dan padat. Thumbs Up. sadly, Kami tak dapat singgah Dermaga Kirana denagn Pulau Leebong. Thanks sebab bagi gambaran untuk tatapan kami. Hehehee..
BalasPadamThank you, pal! InsyaAllah nanti kita repeat lagi ya! ๐
PadamInteresting, thanks for showing me Blintung, I've not been there yet but I'll really love to visit after reading your blog!
BalasPadamThank you so much! Really appreciat this. Yes, you should visit and experience Belitung for yourself! ๐
PadamWah..bestnya dpt pg ke Laskar Pelangi, dulu cite dia mmg rare...kak tgk dah cite dia mmg best giler
BalasPadamKan! Sedih sangat cerita dia tapi sangat bermakna!
PadamMuseum Kata Andrea Hirata is very historical and colourfull Building! Many good spots that unique and inspirational. From front of building or inside, many spots to take picture.
BalasPadamWould you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.
http://www.okcheori.com
Baca post ni teringat pulak air laut belitung yang jernih dan warnawarna biru aqua tu ๐
BalasPadamTinggalkan komen di sini.