Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

10 Sebab Genting Dream Mampu berikan Pengalaman Cruise yang Awesome

2:03:00 PTG Hasif Hamsyari 31 Comments Category : , ,

Sesekali merasai pengalaman menaiki cruise semestinya berbaloi. Lagi-lagi kalau cruise tu sendiri memiliki banyak tarikan sampai buatkan aku rasa tak nak keluar ke destinasi yang dituju. Ha, itulah yang aku rasakan dalam trip aku bersama Genting Dream dan POTO Travel & Tours baru-baru ni.

Ini bukanlah kali pertama aku naik cruise tapi apa yang aku boleh katakan, pengalaman aku bersama Genting Dream antara yang paling sukar dilupakan. Untuk memudahkan korang, berikut aku senaraikan pengalaman empat hari tiga malam aku menaiki Genting Dream.

Pelayaran aku bermula daripada Marina Bay Cruise Centre dan laluan kapal ini ialah Singapura > Penang > Phuket > Singapura.

Sepintas Genting Dream Cruise
  1. Sebelum menaiki cruise, pastikan korang muat turun apps Dream Cruises secara percuma di App Store atau Play Store. Apps ni penting untuk menyemak akaun, bayaran, membuat tempahan show atas kapal dan kemudahan chat dari bilik ke bilik. 
  2. WiFi disediakan di atas kapal dengan caj sebanyak SGD57 (boleh kongsi dua devices). Tapi apps Dream Cruises dah memadai kalau mahu chat dengan bilik lain.
  3. Transaksi di atas kapal berkonsepkan cashless bermakna semuanya akan dicaj kepada kad bilik anda. Anda boleh menyelesaikan caj transaksi menggunakan kad kredit atau cash (dalam matawang Singapura (SGD)) hanya sebelum anda meninggalkan kapal.
  4. Kerana kad bilik anda sangatlah berharga, maka sentiasa berhati-hati dan jangan meninggal atau menukarkan kad bilik sewenang-wenangnya.

1. Kapal yang gah!

Rupa Genting Dream Cruise yang tersergam.
Genting Dream antara kapal yang selalu menjadi pilihan untuk pengalaman cruise yang lebih daripada jangkaan. Panjangnya 335 meter dan lebarnya pula ialah 40 meter. Ia memiliki 18 dek dengan kapasiti tampungan sekitar tiga ribu penumpang dalam 1, 674 bilik!

Waktu aku mula-mula sampai tu punyalah tergamam tengok betapa besarnya kapal ni. Terus rasa teruja tu membuak-buak!

2. Bilik yang selesa dan lengkap

Kabin aku daripada jenis Balcony Stateroom.
Aku menginap di kabin jenis Balcony Stateroom, antara jenis kabin yang popular sebab ada balkoni! Aku suka gila melepak kat bahagian balkoni ni sebab pemandangan dari siang ke malam memang cukup menenangkan dari sini.

Menikmati pemandangan dari balkoni dan bersantai dalam bilik je pun seronok dah.
Rupa bilik air dan alatan mandian yang disediakan di dalam kabin ini.
Berkeluasan 20 meter persegi, kabin berpendingin hawa ini turut dilengkapi dengan katil saiz queen, pemanas air, peti sejuk, pengering rambut, kelengkapan mandian, hot shower dan TV.

Peringatan!
Merokok di dalam kabin adalah dilarang dan boleh menghidupkan penggera kecemasan. Walau bagaimanapun, anda dibenarkan merokok di balkoni.
Kalau korang mengidamkan bilik lebih mewah, boleh cuba menginap di The Palace. Ada 140 suites mewah kat sini yang memiliki kemudahan bertaraf VIP termasuklah kolam renang, spa, gimnasium, ruang makan dan servis Dream Butlers

3. Makanan Halal? No worries!

Antara lauk-pauk dan kuih-muih halal yang disediakan di The Lido.
Banyak soalan berkaitan makanan halal yang aku terima. Guess what, Genting Dream ialah cruise pertama di Asia yang memiliki sijil Halal yang diiktiraf daripada JAKIM! Restoran yang dimaksudkan ialah The Lido (Dek 16).

Selain makanan halal dengan menu cukup dekat dengan selera orang kita, mereka juga ada banyak lagi pilihan makanan dari menu antarabangsa, India, Cina dan macam-macam lagi. Menu mereka juga bertukar setiap hari.

Oh, untuk makan di sini juga sudah termasuk dalam harga bilik jadi korang boleh menikmati sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam tanpa apa-apa bayaran kecuali kalau nak servis ekstra. Malah mereka juga ada servis snek 24 jam percuma. Komen aku, memang takkan timbul isu lapar atas kapal ni.

Keseluruhannya ada hampir 35 restoran in total yang ada atas kapal ni termasuklah Red Lion, Blue Lagoon, Crystal Life Cuisine, Dream Dining, Hot Pot, Seafood Grill by Mark Best, Umi Uma, Bar 360 dan banyak lagi. Ha, boleh rambang mata dibuatnya!

4. Waterslide Park wajib cuba

Antara waterslide yang tersedia di Genting Dream.
Antara yang membezakan Genting Dream dengan kebanyakan cruise lain ialah Waterslide Park ni! Ada lima jenis slides yang ditawarkan kat sini dan semuanya aku dah cuba. Memang syok! Selain tu ada juga water park untuk kanak-kanak. 

5. Zipline di tengah lautan? Cool!

Sangat sesuai untuk mencabar keberanian korang!
Aku jenis suka juga aktiviti lasak jadi bila dapat tau kat atas kapal ni ada aktiviti macam ropecourse dan rock climbing, memang aku tak lepaskan peluanglah. Ropecourse (Dek 18) dia boleh jadi mencabar kalau korang jenis takut ketinggian tapi pada aku masih okey je. Dan rintangan paling last ialah zipline sepanjang 35 meter yang mana bawah korang adalah lautan!
Aku turut cuba rock climbing dengan pengawasan staf Genting Dream yang terlatih.


6. Dan banyak lagi!

Dari kiri: Bubble football; Boling.
Selain tu, ada sportplex, jogging track, boling dan golf jugak. Kalau korang jenis menjaga rutin kesihatan fizikal, ada gimnasium iaitu Crystal Life Fitness di Dek 15. Untuk kanak-kanak pula ada Little Dreamers Club dan arcade di Dek 16.
Arcade untuk hiburan remaja dan kanak-kanak.
Kalau rasa sakit-sakit sendi atau sekadar nak manjakan diri ada Crystal Life Spa di Dek 15 dan Crystal Life Asian Spa di Dek 5.

7. Hiburan untuk segenap usia!

Antara persembahan yang sempat aku saksikan di Zodiac Theatre.
Ada banyak persembahan yang korang boleh saksikan di atas kapal secara percuma. Misalnya di Bar 360 ada beberapa jenis persembahan seperti nyanyian jazz, muzik piano dan akrobatik. Ada juga persembahan yang memerlukan tempahan awal tapi masih percuma macam Some Like It Hot dan China Got Talent di Zodiac Theatre. Memang memukau betul persembahan diorang ni!
Cinema-at-sea di Zouk Beach Club untuk pengalaman menonton filem yang lain daripada lain!
Selain tu aku sempat menikmati tayangan filem percuma di open-air cinema di Zouk Beach Club. Bayangkanlah menyaksikan filem di tengah lautan sambil ditemani bulan dan bintang. Pastinya antara pengalaman yang takkan aku lupakan!

Malam terakhir akan ada Dream Night. Semua orang akan berkumpul di Pool Deck, menyanyi dan menari sebelum ditutup dengan pertunjukan bunga api.

8. Kolam renang dan jakuzi yang luas

Main Pool Deck di Genting Dream.
Walaupun dah ada Waterslide Park dan water park untuk kanak-kanak, kolam renang kat Dek 16 ni macam melengkapkan semuanya. Malah ada beberapa jakuzi yang memang sangat nyaman kalau dapat lepak. Bahkan aku sempat berkenalan dan berborak-borak dengan beberapa tetamu lain kat sini juga.
Dari kiri: Jakuzi di Main Pool Deck; Jakuzi di Zouk Beach Club.
Kalau mahu lebih privasi, ada jakuzi di Zouk Beach Club juga.

9. Sudut Instagram-worthy yang banyak

Antara bahagian di atas Genting Dream untuk koleksi gambar Instagram. Hehe.
Dari bilik dan jakuzi sampailah ke tangga, rasanya mencari spot Instagram-worthy juga boleh masuk dalam senarai aktiviti korang boleh lakukan di atas Genting Dream ni. Silap-silap boleh buat stok gambar Instagram sampai sebulan!

10. Harga berbaloi

Untuk kabin yang aku duduk berharga RM1 705 seorang (minimum 2 orang) untuk 4 hari 3 malam (sewaktu promosi, tidak termasuk port charges dan gratuity). Pada aku harganya berbaloi sebab boleh cover tiga destinasi (Singapura, Pulau Pinang dan Phuket) tanpa perlu tukar-tukar bagasi. Malah macam aku ceritakan, atas kapal ni sendiri banyak sangat aktiviti!

Harga mungkin berlainan kerana bergantung pada faktor seperti musim, route dan kemaskini. Jadi ada baiknya kalau korang terus tanyakan sebarang pertanyaan atau semak harga terkini dengan pihak POTO Travel & Tours.

Kesimpulan

Pengalaman cruise bersama POTO Travel & Tours dan Genting Dream semestinya tak akan aku lupakan.
Terlalu banyak aktiviti boleh dilakukan di atas Genting Dream ni. Dari yang muda sampailah yang tua, masing-masing pastinya boleh menikmati pelbagai aktiviti yang ditawarkan. Bagi pelancong Muslim terutamanya, aku sangat sarankan korang cuba sendiri berlayar dengan Genting Dream sebab dari segi keperluan asas dari bilik yang selesa dan makanan Halal, semuanya ada.

Lebih lanjut tentang apa yang ditawarkan Genting Dream, korang boleh layari www.dreamcruiseline.com.

Kalau korang berminat untuk merasai pengalaman cruise sebagaimana aku lalui (atau lebih ekstra), boleh terus hubungi POTO Travel & Tours.

POTO Travel & Tours
Tel: 03 - 9200 6640
WhatsApp: 016 - 205 9366 (Amanda) / 016 - 338 4566 (Eleeza)
E-mel: cruise@pototravel.com.my

RELATED POSTS

31 komen

  1. kalau RM 1750.00 / person kira murah lah tu.. hee~ kang ada yang terbeli ni kang.. tapi tu lah.. kena apply cuti dulu plak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, kak. Boleh rancang awal-awal. Sementara promo masih valid tu baik grab cepat-cepat kan. Hehe..

      Padam
  2. ya Allah bilik dia part balcony tu yess!! i cn sit there the whole day smbil berangannn jumpa Jack (titanic duhh) kat tgga besor ke OMG ni bucketlist lg wakk yg belom tercapai! aah actualy that price is quite reasonable huhu cuma ntah la masa kot yg menyebabkan i x beli2 lg, btw will consider this cruise since dia ada HALAL cert ya Allah bagos tol! dh la mls la nk ckp byk (Wpon dh byk!) benci x bwk i !!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha. Nak ikut jugak kalau pergi. Tak puas pula rasanya naik cruise. Genting Dream ni memang berbaloi sangat dah. Dan yes, balkoni tu memang awesome gila. Puas bila dapat bilik macam ni tau sebab view dia dan angin laut tu. Fuh!

      Padam
  3. woww bestnyaa merasa naik cruise! qeela teringin jugak nk try merasa naik cruise ni sbb mmg mcm best jee kan even kadang2 ade jugak rasa scary tu haha. anyway nmpk best betul dlm cruise ni sbb mkn pon mcm2 disediakan, dgn pelbagai aktiviti menarik boleh join sekali confirm tak boring kan. bestnyaa!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, memang takkan boring! Pasal keselamatan, saya ada jumpa dengan staf dan kapten cruise juga tau. Menarik sangat sebab diorang ada pelan cukup teratur dan selamat kalau berlaku apa-apa kecemasan. Jadi insyaAllah selamat. Lagipun sebab Genting Dream sangat besar, tak rasa sangat goyang sampai mabuk laut. Kira stabil lah.. :D

      Padam
  4. Wah.
    Rawlins terus jadi teringin nak tempah tiket dan enjoy my 'me time' kat atas kapal nie.
    Bilik yang Hasif duduk tu memang nampak best.
    Rupanya ada yang lagi mewah.
    Alamak.
    Bahaya betul nie.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe... Apalagi, Rawlins. Tengah ada promotion tu! Kena cepat sebelum habis! ;)

      Padam
  5. wah wah percutian mewah ni...bila la dapat naik naik cruise ni,rakyat kita ramai..pengsan juga nak bawak semua...hihi..tq dik atas perkongsian .atlest dapat tengok suasana atas kapal.ni macamana kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang mewah kak tapi harganya kira sangat reasonable tau. Murah lagi-lagi sebab tengah promo sekarang. InsyaAllah moga satu hari nanti akak pun sampai sini juga. Amin...

      Padam
  6. Dah lama fikir nak naik kapal nie...tengok posting nie lagilah teruja..harga pun ok jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Sementara ada promosi ni baik beli cepat. Hehe. Lebih berbaloi-baloi!

      Padam
  7. wowow memang best ni...ingat bercuti sambil tengok laut sahaja rupanya lebih daripada itu kit aboleh buat. Paling best tengok kolam mandi tu hahahahhaha...kalau dapat peluang naik cruise ni mmg tak akan dilepaskan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kolam mandi dia agak dalam kak tapi ada bahagian untuk kanak-kanak juga. Seronok! Yang penting wajib cuba waterslide dia. Sekarang ni tengah ada promo tu. Bolehlah rancang percutian sekarang! Hehe.

      Padam
  8. Bestnya dapat naik cruise Genting ni! No wonder lah cruise dia besar, banyak sangat benda boleh buat dekat dalam cruise tu. Kalau tak tidur sebab nak enjoy puas2 pun sanggup tau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak saya memang tak larat tak tidur lagi-lagi saya jenis tidur awal pula. Haha. Yang penting bila terjaga je memang rasa tak cukup masa sebab banyak sangat aktiviti. Haha.

      Padam
  9. Bestnya..besar dan banyak pula aktiviti boleh buat hanya dalam kapal ni aje. Slide tu..aduhh sure anak sis suka. Pernah naik Libra aje..yang lain tak pernah lagi..harap dapatlah cuba yang ni pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak setakat budak-budak, yang jiwa kanak-kanak pun mesti boleh enjoy punya sis! InsyaAllah... Moga-moga sis sekeluarga pun dapat ke Genting Dream juga. :D

      Padam
  10. Banyaknya aktiviti boleh buat kat atas kapal!! Memang menarik.. Paling Best AM rasa bila ada aktiviti lasak cam paintball n zipline Perghh.. Memang mencabar.. AM suka.. Baru lah tak boring dok lelama atas kapal

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul! Memang takkan bosan duduk atas Genting Dream ni sebab ada je aktiviti nak buat. Pendek kata masa tu sentiasa terisi sampai rasa macam nak stay lama lagi! Hehe.

      Padam
  11. Mouse mommy tak pernah pergi cruise lagi. Pening tak? Sebab sy ada "motion sickness", mabuk sikit ni. Mohon bagitau ya. Tq tau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada saya tak pening pun. Mungkin sebab kapal ni sangat besar dan lebih stabil. Tapi digalakkan bawak ubat motion sickness juga. Just in case. 😁

      Padam
  12. Bestnya dalam cruise dah macam-macam ada. Taklah nak kena fikir buat apa atas kapal selain tido. Hahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Kalau bawak Adam dan Alif pun mesti diorang happy memanjang atas kapal ni. 😁

      Padam
  13. wahhh bestnya Hasif dapat naik cruise. rasa teringin pulak nak bercuti dan naik cruise. mesti best berada atas cruise utk beberapa hari sambil menikmati facilities yang disediakan. satu pengalaman yg x mungkin akan dilupakan. feeling titanic sangat 1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Feeling Titanic waktu romantic gitu ok lah. Haha. Tapi yes, Genting Dream memang best sebab banyak fasiliti tersedia atas ni.

      Padam
  14. Bestnya. I always wanted to go on a cruise. Should plan my cuise holiday soon.

    BalasPadam
    Balasan
    1. You very should! Better gran the promo fast. You can really save up your money! 😍

      Padam
  15. Teringinnya nak naik dream cruise ni hasif. Hope one day termakbullah. Aamiin

    BalasPadam
  16. Wah terbaik bro.. doak kan saya murah rezeki dapat merasa naik dream cruise ni huhuhu

    Sewa Van KL

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.