Pengalaman 5H4M di Batam, Indonesia
Aku sendiri terkejut jugak sebab rupanya memang tarikan-tarikan kat Batam sangat banyak dan menarik! Sampaikan aku panjangkan trip daripada 4H3M jadi 5H4M dan itu pun belum habis berjalan ke semua tarikan lagi. Fuh!
Jom aku kongsikan apa yang kami buat sepanjang trip ni.
Aku ambil bas daripada Kuala Lumpur ke Larkin (RM35 sehala) dalam jam 11 malam dan sampai dalam 4 pagi. Dari stesen bas Larkin aku ambil GRAB ke Puteri Harbour Ferry Terminal (RM20). Feri boleh book kat sini dan harga pergi balik, termasuk seaport tax (RM13) lebih kurang RM100 lebih juga.
Perjalanan dari Puteri Harbour ke Batam Centre mengambil masa lebih kurang dua jam. Sempatlah nak lelap mata sekejap.
Berkeluasan empat hektar, tokong ni merupakan antara tokong Buddha terbesar di Batam. Ia boleh menampung sekitar lima ribu orang dalam satu-satu masa. Sekitar kawasan ini dipenuhi dengan patung-patung maitreya, iaitu Buddha yang diramalkan akan muncul pada masa akan datang.
Terletak di Golden City, masjid ini mengambil nama Laksamana Cheng Hoo yang katanya pernah singgah ke Batam dalam misi penjelajahannya. Masjid ini dibangunkan pada 2015 dan lekas menjadi tumpuan kerana reka bentuknya yang dipengaruhi seni bina China, terutama pagoda yang menggantikan struktur kubah. Ia juga dihiasi dengan kaligrafi Arab.
Tak jauh daripada Masjid Muhammad Cheng Hoo, replika kapal ini juga antara yang mencuri tumpuan kerana rekaannya yang cukup mempesonakan. Bayaran masuk cuma IDR10 000 (RM3) saja dan pengunjung akan mendapat sehelai t-shirt.
Jambatan ini cukup sinonim dengan Batam. Ia selalu menjadi ikon untuk oleh-oleh daripada sini. Agak jauh daripada pusat bandar, jambatan ni mendapat namanya daripada tiga daerah yang bersambung kerana jambatan ini iaitu Batang, Rempang dan Galang. Melalui enam jambatan sepanjang 2.23 kilometer, ia turut menghubungi pulau-pulau di sekitar kawasan ini termasuklah Pulau Batam, Pulau Tonton, Pulau Nipah, Pulau Rempang, Pulau Galang dan Pulau Galang Baru. Jambatan ni siap dibina pada 1998 dengan menelan belanja IDR 400 billion.
Sekitar 1979 hinggalah 1996, sekitar 250 ribu pelarian tinggal di sini sebelum dikembalikan ke tanah asal mereka. Mereka menjadi pelarian akibat perang saudara yang berlaku antara 1957 hingga 1975 antara Vietnam Utara dan Vietnam Selatan. Mereka kebanyakannya datang melalui bot sehingga ada yang mati di dalam pelayaran kerana kebuluran.
Di kem ini, mereka diberi keperluan asas termasuklah makanan, kemudahan hospital, tempat tinggal serta pendidikan. Malah rumah ibadah seperti tokong dan gereja turut didirikan.
Hari ni, kem ni menjadi lokasi pelancongan bersejarah yang mana pelancong boleh melihat dengan lebih dekat beberapa sisa bangunan seperti ruang penjara serta memahami lebih lanjut di galeri dan muzium yang disediakan.
Dengan bayaran masuk serendah IDR10 ribu (RM3), Tebing Langit lekas menjadi viral sebab menawarkan lokasi yang cukup Instagram-worthy! Ada banyak sangat spot bergambar di sini yang semakin hari semakin banyak pula ditambah. Antaranya Pintu Langit, Lorong Langit, Rumah Hobbit, Kampung Indian dan banyak lagi.
Aku ada menerima beberapa cadangan sebelum ke Batam, katanya tak sah kalau ke Batam tidak singgah ke Nagoya Hills. Maka aku pun pergilah kat sini. Sebab aku bukan jenis suka membeli-belah sangat jadi aku banyak berjalan dan beli cenderahati je. Apapun, supermall ni boleh tahan murah juga, terutama pada yang nak membeli baju dan cenderahati.
Satu lagi kemestian kalau ke Batam ialah merasai sendiri urutan spa. Aku mencuba Narwastu Mobile Spa ni sebab aku tertarik dengan konsepnya yang lain daripada lain. Kalau korang malas nak ke tempat spa ni, korang boleh terus hubungi mereka dan mereka akan datang ke bilik hotel untuk sesi urutan. Setiap tukang urut ini pula sangat profesional dan terlatih jadi sesuai sangatlah kalau korang mencari urutan yang boleh melegakan sendi selepas berjalan sekitar Batam ni.
Aku mendapat maklumat daripada pengusaha tarikan ni sendiri iaitu Pak Halim yang katanya Pantai Terih selalu mendapat kunjungan kumpulan mahasiswa Malaysia. Menariknya, kawasan ni dibangunkan sebagai satu lagi lokasi Instagram-worthy berhampiran dengan paya bakau.
Memang tepat sangat Nuvasa Bay ni mendapat jolokan 'The New Face of Batam' sebab tempat ni memang sangat menyeronokkan! Terletak di Nongsa Beach, Nuvasa turut meliputi Palmsprings Golf & Country Club bagi peminat sukan golf serta Seaforest Adventure yang mana menawarkan pelbagai sukan antaranya Aqua Adventure Track, Banana Boat, Mangrove Tour, Paintball, ATV, kayak dan memanah. Tapi aku sangat cadangkan korang cuba flying bike kat sini sebab ia adalah terpanjang di Sumatera!
Untuk pelancong asing, bayaran dikenakan untuk tujuh tahun ke atas sebanyak IDR50 ribu (Isnin-Jumaat) atau IDR60 ribu (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum). Harga aktiviti di sini juga berbeza-beza. Nak tau lebih lanjut klik sini.
Kepri Coral adalah nama lain bagi Pulau Pengalap di Batam. Walaupun dijangka akan dirasmikan pada bulan Jun ini, pulau ini lekas menjadi antara tarikan paling mendapat tumpuan di Batam. Selain aktiviti snorkeling, aku sempat melihat sendiri akuarium bawah laut yang cukup memukau!
Kepri Coral baru sahaja dibangunkan sebagai sebuah resort yang lengkap dengan segala prasarana daripada penginapan sampailah aktiviti sukan darat dan sukan air termasuklah ATV, water bike, kayak, banana boat, buggy tour dan banyak lagi. Rumah Tarzan pun ada jugak. Malah selepas dilancarkan nanti, akan ada banyak lagi aktiviti termasuklah zipline merentas laut dan mini zoo!
Antara yang menjadi tumpuan di Kepri Coral ni ialah penginapannya yang berbentuk dome dinamakan Dome Village, macam rumah igloo. Menariknya, ruang dalamnya masih sangat selesa, dilengkapi dengan tandas dan siling lutsinar yang mana penginap boleh melihat bintang di waktu malam sambil berbaring! Jangan risau, kalau tak selesa boleh tutup.
PERJALANAN
![]() |
Dari kiri: Tiket bot; Kapal Dolphin 01 yang aku naiki ke Batam. |
Perjalanan dari Puteri Harbour ke Batam Centre mengambil masa lebih kurang dua jam. Sempatlah nak lelap mata sekejap.
AKTIVITI
Tokong Maha Vihara Duta Maitreya
![]() |
Antara bahagian di Tokong Maha Vihara Duta Maitreya. |
Masjid Muhammad Cheng Hoo
Masjid Cheng Hoo. |
Replika Kapal Golden Cheng Hoo
![]() |
Arah jam dari atas: Rupa replika kapal Golden Cheng Hoo; Bergambar di dek atas kapal; Patung Laksamana Cheng Ho yang terletak berdekat pintu masuk. |
Jambatan Barelang
Jambatan Barelang yang menjadi kebanggaan Batam. |
Camp Vietnam
![]() |
Antara sudut di dalam kem ini. |
Di kem ini, mereka diberi keperluan asas termasuklah makanan, kemudahan hospital, tempat tinggal serta pendidikan. Malah rumah ibadah seperti tokong dan gereja turut didirikan.
Hari ni, kem ni menjadi lokasi pelancongan bersejarah yang mana pelancong boleh melihat dengan lebih dekat beberapa sisa bangunan seperti ruang penjara serta memahami lebih lanjut di galeri dan muzium yang disediakan.
Tebing Langit
![]() |
Antara bahagian Instagrammable di Tebing Langit. |
Nagoya Hills Supermall
![]() |
Antara lokasi membeli-belah paling menjadi tumpuan di Batam. |
Narwastu Mobile Spa
![]() |
Narwastu Mobile Spa. |
Pantai Terih
![]() |
Antara spot bergambar yang terdapat di Pantai Terih. |
Nuvasa Bay
![]() |
Dari kiri: Pondok rehat yang disewakan; Mencuba flying bike terpanjang di Sumatera (kredit: Emas Putih); Dengan Mimin semasa mencuba Aqua Adventure Track. |
Untuk pelancong asing, bayaran dikenakan untuk tujuh tahun ke atas sebanyak IDR50 ribu (Isnin-Jumaat) atau IDR60 ribu (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum). Harga aktiviti di sini juga berbeza-beza. Nak tau lebih lanjut klik sini.
Kepri Coral
Pemandangan Kepri Coral. Ada kolam renang juga! |
![]() |
Dari kiri: Snorkeling time!; Rumah Tarzan; Water bike. |
Antara yang menjadi tumpuan di Kepri Coral ni ialah penginapannya yang berbentuk dome dinamakan Dome Village, macam rumah igloo. Menariknya, ruang dalamnya masih sangat selesa, dilengkapi dengan tandas dan siling lutsinar yang mana penginap boleh melihat bintang di waktu malam sambil berbaring! Jangan risau, kalau tak selesa boleh tutup.
![]() |
Papan tanda Dome Village (kredit: Kisah Emas Putih) dan rupa dalamnya. |
MAKAN
Restoran Sari Bumbu Buffet
![]() |
Antara makanan yang dihidangkan di Restoran Sari Bumbu Buffet. |
D'Steam Peranakan Live Seafood
![]() |
Antara makanan yang kami jamu untuk makan malam. |
Bakso Gunung
![]() |
Dari kiri: Bakso gunung berapi; Bakso gunung; mie ayam. |
Warung Lokal
![]() |
Antara makanan yang kami makan kat salah satu warung lokal di Batam. |
HOTEL / HOMESTAY
Golden Bay Hotel
![]() |
Ruang bilik, tandas dan meja di Golden Bay Hotel. |
Pacific Palace Hotel
![]() |
Pacific Palace Hotel. |
Batam Harbour Boutique Hotel
![]() |
Arah jam dari kiri: Ruang bilik dan tandas yang luas; Perkakas kemas diri yang disediakan. |
Antara kemudahan yang disediakan kat sini termasuklah Heliconia Restaurant, Alamanda Spa, Sweet Corner Cafe, shuttle bus dan money changer.
Hotel Zia Boutique
![]() |
Antara bahagian di dalam bilik aku di Hotel Zia Boutique. |
Homestay Zaynab
![]() |
Simple, murah tapi selesa! |
SIAPA NAK DIHUBUNGI?
Perjalanan aku di Batam sangat lancar terima kasih kepada AIR Tours & Travel (www.adisoindoraya.com). Guide kami, Pak Sular bukan setakat tahu selok-belok dan cerita setiap tempat, bahkan menghiburkan kami sepanjang perjalanan.Aku sangat cadangkan korang ambil guide ni sebab ada tempatnya jauh-jauh. Aku dimaklumkan ride-hailing agak susah di sini sebabnya hanya ada beberapa titik kawasan je yang ride-hailing ni dibenarkan undang-undang. Jadi, dengan ambil servis AIR Tours & Travel ni tak perlu pening kepala fikir soal pengangkutan di Batam dah.
Jadi kalau korang berminat nak ke Batam, boleh terus hubungi Ibu Adis di WhatsApp: +6281364070919 .
55 komen
tak puas tengok kecantikan Tebing Langit tu! Sama lah, sebelum ni pun ingat Batam tak ada apa yang best tapi bila tengok replika kapal Cheng Ho tu fuhhh seni dia memang terbaik!
BalasPadamYup. Replika kapal tu pun terletak dekat Golden City, dekat je dengan Masjid Cheng Hoo. Plus ada few other attractions jugak berdekatan tau!
PadamBanyaknya tempat menarik kat Batam. I nak bawa anak-anak I sekali to enjoy our holiday together.
BalasPadamYou should! It's a family friendly destination, I would say. Lagipun dekat je. Hehe.
Padamyihh! jelessnya tengok hasif aritu kiteorang pergi tak macam ni pun! hahaha. okay tq tau for sharing nanti nak cuba lawatlah semua tempat-tempat ni! hehhe
BalasPadamHehe... Maknanya kena datang lagi tu bang. Jomlah plan lagi. Saya pun tak habis teroka lagi ni sebenarnya.
Padameh eh tak sangkanya batam cantik camni...sejuknya mata tengok pemandangan kat sana...modal pun tak besar mana..bolehlah ajak family kesini nanti
BalasPadamBetul tu kak! Saya pun ada plan nak bawak famili ke sini juga nanti. Memang berbaloi!
PadamTak pernah pergi Batam. Ferry Tu selesa tak tempat duduk dia? Next time boleh la go try Naik ferry hi Batam jugak.
BalasPadamSelesa! Feri tu masih agak baru dan ruang duduknya juga banyak. Jomlah ke Batam. Dekat je!
Padamnie yang buat KP nak ke sana . tapi nak tanya tempat yang direkomenkan nie kalau pergi dengan family ok tak
BalasPadamSaya rasa semuanya ok untuk keluarga. Dari aktiviti air sampailah ke spa. Oh lupa nak mention yang spanya juga sesuai untuk kanak-kanak tau!
Padameh banyak betul tempat menarik kat Batam ni. complete untuk sesiapa plan nak datang bercuti ke tempat orang. dari aktiviti menarik, tempat makan & lokasi hotel yang berbaloi untuk pilih. bagus Hasif!
BalasPadamThank you, Marou! Yes, sesuai untuk semua peringkat usia. Hopefully artikel ni membantulah pada mereka yang nak ke Batam nanti. Marou pun kena pergi!
PadamTak sangka Batam banyak tempat menarik. Sis ingat Batam ni kecik je..hehehe. Memang teringin nak pergi bila tengok ramai betul blogger ke sana, harap2 satu hari nanti dapat lah sis ke sana
BalasPadamAgak besar juga sebenarnya Batam ni. Tarikan dia sejujurnya terletak agak jauh-jauh sebab tu saya cadangkan ambil pakej dengan tour guide. InsyaAllah moga-moga sis pun akan sampai ke sini juga.
PadamBestnya Hasif bercuti ke Batam sampai 5 hari. Puas hati kan berjalan kat tempat orang .Suka pula tengok gambar Hasif kat Tebing Langit tuh. Memang cantik dan instagram worthy sangat tau. Ishh kena simpan duit ni nak bercuti ke sana
BalasPadamSejujurnya tak puas lagi ni sebab macam banyak je lagi belum teroka. Tapi part cantik dan Instagram-worthy tu memang betul. Ke Batam tak perlu bajet besar pun sebab dekat je. Hehe.
PadamAlahai rindu pulak dengan batam. Rindu nak makan siput gonggong. hehe. Tapi masa kami pi dulu ada beberapa tempat yang kami tak pergi. Nampaknya next time kena tuju tempat yg belum pi ni lagi la macam tebing langit & kepri coral tu.. cantikkk
BalasPadamHehe.. Jom plan next trip, Kak Bee! Saya pun rasa macam nak pergi je lagi.
PadamBestnya awak ni asyik berjalan aje ye. Jealous kita. Tapo time bujang ni la waktunya nak travel saan sini. Dah kawen ada anak nanti susah.
BalasPadamBolehlah sikit-sikit. Batam pun pada saya sesuai untuk keluarga kak. Cubalah ke sini. Lagipun lokasinya dekat je. :D
PadamCanteknya tempat ni. Suka tengok pemandangan nya. Sejuk jer mata memandang. Memang seronok kalau dapat visit tempt yang jauh dari kesibuka kota
BalasPadamIya, ada certain tarikan yang memang menenangkan kat sini. Rasa macam nak stay lama-lama je lagi kat tempat ni untuk sekadar rileks dan enjoy angin dan pemandangan. Best!
Padamjelesnya tengok awak pergi..kita belum pernah jejak negara orang ni..tempat dia semua best-best ni..mau tak enjoy kalau pergi ni..makanan pun ok
BalasPadamMakanan dia ok kak. Kenalah dengan tekak orang kampung macam saya. Haha. Tak apa, kak. Batam dekat je dengan Malaysia. Bolehlah nanti pergi dengan keluarga!
Padamseronoknya bercuti.airah dah lama teringin nak pergi indonesia lagi-lagi batam ni dekat dengan johor kan?
BalasPadamHaah, dua jam by ferry je dari Johor. Ha, nanti bolehlah plan ke sini. :D
PadamBestnya dapat tengok keindahan negara orang. Kadang orang kata takde apa pun yang menarik. Tapi bila kita sendiri pergi, rasa tak puas nak teroka kan..
BalasPadamBetul tu. Sampai kita experience sendiri, barulah kita boleh nilai apa yang orang kata - betul atau tak. Lagipun lain orang kan lain pendapat. :D
Padamtak sangka ye Hasif, cantik sungguh Batam nie. yelah, sama lah kita. tak terasa nak pergi ke sana sebab ramai cakap tak ada apa2. tapi bila tengok psoting Hasif, eh cantik2 betul tempat2 di Batam nie. okay, nak masukkan dalam wishlist lah destinasi nie
BalasPadamThank you, Zharif! Yes, you should visit Batam! Memang menarik dan lagi best kalau bawa sekali kawan-kawan sekepala atau keluarga.
Padamnak dome village tu!! haaaaaaaa puas hati dpt gak tgk dlm hahha wah siap ada toilet! jap skg ni dh la tgglkan i =.= XMO KWN!!!
BalasPadamHahaha. Eleh dia tinggal kita demi pakwe Paris tak apa pulak. Haha. Ayuhlah kita set next trip ke Batam. Dekat je!
PadamAlaaaa..rindu Batam! Memang bestkan gi Batam. Last time gi ngan uzu memang best pulak2 ibu Adis & Pak Sularso memang baik..
BalasPadamIbu Adis dan Pak Sularso memang baik! Tenang je melayan kerenah kitorang. Haha. Tapi overall experience ke Batam memang syok sampai rasa nak pergi lagi ni! Demi Pulau Ranoh tu. hehe
PadamDah 3 kali jejak kaki ke Batam. Memang banyak lokasi dan tempat menarik kat sana. tu tak kira pulau-pulau sekitarnya lagi kan
BalasPadamItulah. Sebab tu saya rasa macam nak pergi lagi. Hehe.
Padambanyak sebenarnya attraction di Batam. Memang hidden gems sangat!
BalasPadamKan! Sebab dekat rasa macam nak bawak famili pula untuk next trip. Hihi.
PadamPak sularso very friendly...
BalasPadamKan! Buatkan trip rasa santai dan rileks je. :)
PadamTq sharing..insy bln okt ni nk kr batam..Perkongsian ini amat membantu.
BalasPadamAlhamdulillah. Selamat bercuti ke Batam! :D
PadamBrp ye kos nk g batam
PadamHASIF.. supir tu mahal x?I nk pg CNY 2020 ni.3D2N agak2 okey x?ke boring lama sgt?����
BalasPadamOk tu 3D2N. Rasanya cukup untuk explore juga. Supir tu pada saya harganya ok sebab selesa, dan layanan dia pun bagus. Penginapan semua boleh diskus dulu nak yang macam mana bergantung bajet.
PadamAgak2 brp budget rm?? guna nak g sane.tgh fk nak g cuti mane cuti sekolah ni,terbaca plak blog ni.tu yg rasa nk g batam
BalasPadamassalam..klu kita hiring supir ni mmg dia akan tggu kat jetty ke...hotel dia book skali ke mcm mana...tq...takut jgk nk pg negara org ni
BalasPadamWassalam. Yes, supir akan tunggu di jeti. Hotel tu boleh diskus dengan supir. Dia boleh terus book kan atau kita book sendiri pun boleh. Hotel nak macam mana pun boleh diskus juga.
PadamNum malaysia boleh guna buat pangilan @whatsapp x jika berada di batam
BalasPadamBerapa lah bajetnya untuk 5H4M tu? Tebing Langit tu seperti di Jogjakarta. Saya belum pernah ke Batam walaupun dekat. Tempat yang saya biasa pergi Di Indonesia pun kampung ayah. Hahahahahaha. Tak kalah cantiknya seperti Di Batam.
BalasPadamHehe, pecel lele dan ayam penyet are everywhere in Indonesia.
BalasPadamBatam ni memang banyak tarikan, tapi yang paling menarik memang pantai-pantainya yang elok.
Hi sy mybe kena stay sne 10day atas urusan2 ,buleh recommend homestay or hot sesuai dgn baby x? Ada dapur or microwave better
BalasPadamwelcome to Batam π
BalasPadamTinggalkan komen di sini.