Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kembara Turki Part 1: Istanbul

12:53:00 PTG Hasif Hamsyari 39 Comments Category : ,

Turki antara negara yang dah lama tertulis dalam bucket list aku. Cuma tak adalahlah aku terfikir atau bercadang untuk jejakkan kaki di negara ni dalam masa terdekat. Tapi peluang yang aku terima baru-baru ni serius macam mimpi!

Walaupun fokus trip kali ini bukanlah lokasi yang selalu muncul di Instagram feed aku, sedikit pun aku tak menyesal sebab ia membuka mata aku yang Turki bukan semata-mata tentang Istanbul dan Cappadocia, malah lebih lagi!

Sebagai 'jambatan' antara dua benua - Eropah dan Asia, Turki memiliki terlalu banyak keunikan yang bukan setakat menyoroti sejarah sebermula peradaban manusia, bahkan kekayaan alam semulajadi dan budaya yang beraneka ragam dan cukup istimewa.

Sepintas Turki

  1. Ibu negara: Ankara
  2. Matawang: Turkish lira (TRY/TL)
  3. Zon waktu: GMT+03:00 (lewat lima jam daripada Kuala Lumpur)
  4. Lapangan terbang antarabangsa: Hampir 40, terbaru ialah Istanbul Airport (IST)
  5. Jenis plug & soket: Jenis F (Standard: 220V/50Hz)
  6. Populasi penduduk: 79.81 million (setakat 2017)
  7. Bahasa: Turkish 
  8. Etnik: Orang Turki, Kurdi dan Arab
*Waktu lawatan aku ialah pada musim panas dengan suhu berubah mengikut kawasan, antara 26°C hingga 38°C. Yup, panas lit lit! Sediakan air mineral, krim pelembap, krim pelindung matahari atau vaseline sepanjang masa untuk kekal hydrated.

*Perjalanan aku dari Kuala Lumpur adalah dengan Turkish Airlines. Perjalanan sehala mengambil masa sekitar 10 jam.

*Etika pemakaian secara umumnya bebas di bandar besar seperti Istanbul walaupun di tarikan keagamaan memerlukan setiap pengunjung berpakaian sopan atau menutup aurat. Selendang kebiasaannya disediakan. Di bandar lain yang aku singgah, adalah lebih baik berpakaian sopan.

*Dari segi keselamatan, Turki pada aku selamat. Waktu aku datang, Turki sedang dalam proses pilihan raya namun semuanya masih aman. Masyarakatnya ramah walaupun sukar berkomunikasi kerana faktor bahasa (terutama di bandar-bandar Tenggara Anatolia). Mereka berminat dengan kedatangan pelancong luar namun pastikan setiap barangan anda ditempatkan di tempat yang selamat dan sebaiknya berteman.

*Nilai matawang Turki tak jauh beza dengan Malaysia. Agak senang untuk berbelanja sebenarnya sebab tak mahal dan ada juga yang murah. RM1 bersamaan 1.34 Turkish lira (waktu aku datang).

*Bagi orang kampung macam aku, makanan Turki agak 'kurang masuk' sebab mereka kurang nasi dan lauk yang berkuah. Di Istanbul, aku ada nampak satu restoran Malaysia macam Nur Muhammad, tapi alternatif lain boleh juga makanan India atau Indonesia macam di Warung Ibu Deden dan Warung Nusantara. Tapi aku suka ayran, macam yogurt tu. Baik untuk sembelit. XD
Trip aku baru-baru ni selama tujuh hari enam malam merangkumi Istanbul dan beberapa bandar di Tenggara Anatolia. Klik untuk ikuti artikel blog aku untuk setiap destinasi:

Ikuti 'LIVE UPDATES' aku sepanjang trip ni di Instagram Story Highlights. KLIK SINI.

Kekal berhubung di Turki dengan Roaming Man Pocket Wifi!

Dengan kelajuan internet 4G, senang dan tak ada masalah untuk aku updates di media sosial dan berhubung dengan keluarga, teman kerja dan kawan-kawan di Malaysia. Harga bermula RM18 sehari. Booking di www.roamingman.my !

 Istanbul 

Salah satu pemandangan cukup memukau di Istanbul.
Sebelum Istanbul, bandar terbesar di Turki ni pernah melalui beberapa nama panggilan antaranya Constantinople, Byzantium, Islambol dan beberapa lagi. Istanbul kekal menjadi antara bandar bersejarah yang menyaksikan jatuh bangun beberapa empayar besar di dunia.

Lawatan aku ke Istanbul ni cuma dua hari je (hari pertama dan terakhir). Walaupun sebenarnya aku harapkan masa lebih panjang untuk aku meneroka Istanbul, tak sedar sebenarnya banyak juga tempat yang aku dah cover. Antaranya....

Istanbul Airport

Salah satu sudut di dalam lapangan terbang yang cool untuk bergambar.
Memandangkan lapangan terbang ni baru dibuka April 2019, dan memandangkan ramai juga yang tanya bagaimana rupanya, aku rasa ada baiknya aku letakkan ini sebagai antara tempat menarik yang aku singgah di Istanbul. 

Bayangkanlah, dalam masa 90 hari pertama je, lapangan terbang antara terbesar di dunia ni dah menampung 16 juta pelancong! Aku difahamkan yang ia masih belum 'siap sepenuhnya' dan walaupun ada beberapa faktor yang aku anggap agak melecehkan (macam ruangnya masih banyak kosong, perjalanan agak jauh daripada pintu berlepas etc), aku percaya mesti akan ada penambahbaikan dari semasa ke semasa.

Blue Mosque

Pemandangan cukup ikonik Blue Mosque di Istanbul.
Blue Mosque atau Masjid Biru adalah nama jolokan kepada Masjid Sultan Ahmed kerana struktur dekorasinya yang kebiruan. Ia dibina oleh Sultan Uthmaniyah Ahmed I antara 1609 hingga 1616 dan kekal menjadi antara masjid paling popular dan penting di Istanbul. Masjid Biru ini dibina setentang dengan Hagia Sophia.
Antara bahagian dalam Blue Mosque.


Hagia Sophia

Hagia Sophia dari luar.
Selepas lebih sembilan abad digunakan sebagai gereja Ortodoks dan menjadi simbol keagungan Empayar Bizantium (Byzantine atau Rom Timur), Hagia Sophia kemudian dijadikan sebagai masjid sekitar 1453 selepas Kerajaan Uthmaniyah mengambil alih kota Constantinople (nama lama Istanbul). Untuk lima abad lagi selepas itu, Hagia Sophia kekal sebagai masjid agung yang akhirnya dijadikan muzium pada 1935 sehingga ke hari ini.
Mimbar dengan mozek Virgin Mary.
Antara bahagian dalam Hagia Sophia.
Melangkah dan menyaksikan senibina muzium yang pernah menjadi antara gereja terbesar di dunia ini memang antara pengalaman luar biasa. Ada banyak bahagian yang aku temukan kesan-kesan peninggalan muzium ini sewaktu digunakan sebagai masjid dan gereja antaranya mozek Maryam (the Virgin Mary) dari 9 masihi.

Sewaktu aku melawat muzium ni, sedang ada proses baik pulih yang sedang dilakukan.

Topkapi Palace

Antara bahagian istana yang mencuri tumpuan.
Dibina oleh Sultan Mehmet II sekitar 1466-1478, Istana Topkapi adalah satu lagi tarikan bersejarah yang menjadi antara lokasi pelancongan paling popular di Istanbul. Suatu ketika dulu, ia pernah menjadi pusat kegiatan politik Kerajaan Uthmaniyah selain menjadi kediaman sultan-sultan Uthmaniyah selama 400 tahun!

Eyüp Sultan Mosque dan Makam Ayyub al-Ansari

Antara rupa dalam Eyüp Sultan Mosque.
Berdekatan dengan masjid ini terdapat makam sahabat Nabi Muhammad SAW yang namanya Ayyub al-Ansari. Beliau adalah antara individu penting yang menyokong Rasullah SAW serta terlibat secara langsung dalam usaha menentang kerajaan Rom Byzantine.
Antara bahagian di makam Ayyub al-Ansari.
Sewaktu Khalifah Muawiyah mahu menakluki kota Constantinople, beliau jatuh sakit sebelum meninggal dunia. Beliau turut mewasiatkan untuk jasadnya dikebumikan di bawah kubu kota Constantinople. Hal ini kerana beliau mahu mendengar derap tapak kaki kuda "sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa membebaskan Constantinople" yang dikatakan menjadi realiti 800 tahun kemudiannya apabila Sultan Muhammad Al Fateh memerintah sebagai khalifah ketujuh Kerajaan Uthmaniyyah.

Bukit Pierre Loti

Pemandangan memukau dari Bukit Pierre Loti.
Dari Eyüp, aku menaiki kereta kabel menuju ke Bukit Pierre Loti ni.

Bukit Pierre Loti mendapat namanya daripada seorang pegawai tentera laut berbangsa Perancis yng juga seorang novelis (1850-1923) yang selalu datang ke sini bilamana beliau di Istanbul. Di atas bukit ini ada beberapa buah kafe, kawasan perkuburan juga satu jalan yang dipenuhi dengan kedai cenderamata. Tapi apa yang menarik, kawasan ni terkenal sebab pemandangan kota Istanbul yang turut meliputi pemandangan Tanduk Emas (Golden Horn iaitu suatu muara berbentuk tanduk yang menemukan Selat Bosphorus dan Laut Marmara).

İstiklal Avenue & Taksim Square

Antara rupa Istiklal dan Taksim Square.
Barangkali syurga kepada korang yang suka membeli-belah, İstiklal Avenue sepanjang sekitar 1.4 kilometer ni memiliki deretan bangunan dan rumah kedai termasuklah restoran, kedai pakaian, cenderamata, teater, kelab malam, galeri seni, panggung wayang, perpustakaan dan macam-macam lagi.

Di tengah İstiklal Avenue ni pula ada tram bersejarah yang berulang-alik sepanjang laluan ni.
Selain membeli-belah, aku kagum dengan senibina bangunan-bangunan kat Istiklal ni!
Taksim Square pun dekat sangat dengan İstiklal Avenue ni, seringkali disebut sebagai 'jantung Istanbul moden' yang juga menjadi hub pengangkutan awam di Istanbul.

Galata Tower

Nampak tak berapa panjang orang beratur tu.?Haha.
Asalnya kami bercadang nak naik menara setinggi 63 meter. Tapi waktu sampai tu barisan dia punyalah panjang! Akhirnya kami putuskan terpaksa skip sebab kesuntukan masa.

Tapi serba sedikit tentang Galata Tower, ia adalah antara menara tertinggi dan tertua di Istanbul. Ia pernah digunakan sebagai menara tinjau untuk pelabuhan selain mengesan kebakaran. Di tingkat atas juga ada kafe.

Satu fakta menarik, orang Turki pertama yang pernah terbang, Hezârfen Ahmed Çelebi, pernah melancarkan penerbangan pertamanya sekitar abad ke-17 dari menara ini melewati Selat Bosphorus sebelum mendarat di Daerah Uskudar dengan jarak perjalanan sekitar empat kilometer!

Tünel

Antara tarikan yang jarang diberi perhatian.
Ini adalah stesen kereta api bawah tanah kedua tertua di dunia yang telah mula beroperasi sejak 1875. Ada dua hentian je (Tünel-Karaköy) dengan jarak perjalanan tak sampai dua minit! Tak hairanlah ia juga adalah antara yang terpendek di dunia!

Kami ambil tiket pegi balik sebab saja nak merasa menaiki kereta api ni je. Haha.

Grand Bazaar

Salah satu pintu masuk Grand Bazaar yang tersergam.
Ini pulak adalah pasar tertutup terbesar (31 ribu meter persegi) dan tertua (mula dibina sekitar 1455) di dunia! Ada yang mengatakan terdapat tiga ribu kedai kat sini manakala ada yang kata mencecah empat ribu.
Antara bahagian-bahagian di Grand Bazaar.
Tak kisahlah berapa pun angkanya, yang penting kemungkinan akan sesat tu memang ada. Haha. Dari kedai cenderamata, kain, barang perhiasan, makanan semuanya ada kat sini. Malah ada juga pekerja yang boleh berbahasa Indonesia. Tapi hati-hati sebab tak semuanya murah kat sini dan ada pula yang suka mengambil kesempatan dengan mengenakan harga mahal.

Spice Bazaar

Antara kedai yang menjual rempah ratus di Spice Bazaar.
Seperti namanya, di bazar ni terdapat banyak jenis rempah ratus. Tapi ada banyak lagi kedai kat sini yang menjual makanan lain macam manisan Turkish Delights, buah-buahan kering serta ada juga kedas barang kemas dan cenderamata.

MANA UNTUK MAKAN?

Antara makanan (dari kiri) di Deraliye Ottoman Cuisin Restaurant, Mavi Nokta Fish Restaurant & Bambi Cafe.
Sebagai negara dengan majoriti penduduk beragama Islam, makanan halal sememangnya senang nak cari. Tapi ada baiknya kalau tanya dulu restoran yang korang singgah sebelum masuk dan makan, untuk elakkan rasa was-was.

Antara tempat makan yang aku singgah di Istanbul ialah:
  • Deraliye Ottoman Cuisine Restaurant
  • Marmara Balik
  • Mavi Nokta Fish Restaurant
  • Bambi Cafe Taksim

MANA UNTUK TIDUR?

Istanbul Gonen Hotel

Arah jam dari kiri: Rupa bilik aku; Kaunter resepsi; Antara kelengkapan mandian disediakan.
Kami menginap kat sini semata-mata untuk tidur dan bersarapan je sebab setiap hari jadual agak padat. Tapi pada aku hotelnya selesa, servisnya pun bagus. Ada spa, kolam renang dan lengkap dengan free airport transfer lagi.

Bilik aku jenis Standard Room dilengkapi dengan pendingin hawa, flatscreen TV, minibar, pengering rambut dan peti keselamatan.

Artikel ini terlaksana terima kasih kepada Turkish Tourism (Malaysia), Turkish Airlines Malaysia dan Gaya Travel Magazine.


RELATED POSTS

39 komen

  1. Ada pengalaman ke Istanbul? Apa kata kongsikan di ruangan komen. :)

    BalasPadam
  2. Bertuahnya dapat pergi ke Istanbul at such a young age! Istanbul ada dalam my wishlist juga. Especially naik hot air balloon tu hehe. Tapi wishlist jela. Hopefully one day tercapai nak ke sana :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naik hot air balloon tu di Cappadocia but sadly tak termasuk dalam itinerary saya. InsyaAllah satu hari nanti pun nak juga ke sana. Hihi.

      Padam
  3. Serononya dapat pergi Istanbul. Cx pon ada angan² nak jalan² ke negara orang. Menarik sangat dapat luaskan jelajahan dengan melancong. Istanbul pon banyak tempat menarik dan dipenuhi dengan sejarah. Memang best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... InsyaAllah semoga suatu hari nanti CX pun sampai kat sini jugak. Turkey sangat cantik! :D

      Padam
  4. woww bestnyaa beruntunglaa dpt ke Turkey..teringin jugak nk travel ke sana tp so far belum ada rezeki..hopefully adala rezeki nnt someday huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn insyaALLAH.. Semoga suatu hari nanti Qeela pun akan sampai ke sini jugak. Turkey sangat besar dan banyak sejarah. Berbaloi datang ke sini dan explore banyak lagi benda. :D

      Padam
  5. Turki mmg dah bertahun2 masuk dalam bucket list! Hopefully one day dapat gak pegi sana insya Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn... InsyaALLAH, semoga nanti akak pun sampai ke sini jugak. Turkey is a must!

      Padam
  6. Bestnya! Turki is one of my wishlist. Teringin sangat nak pergi. Thanks for sharing all the info. Nanti nak pergi boleh refer sini. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Turkey is a must! Selain banyak tempat cantik dan menarik, Turkey best sebab sejarah dia! Thank you for dropping by. :)

      Padam
  7. best kan Istanbul Turki... Mat Drat rasa nak repeat je lagi, tu pun pergi 10 hari macam pack sangat bila pusing Turki.

    Mat Drat pun tak tahu la bila start boleh share trip Turki, dah 3 bulan balik tak menulis lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Kena tulis cepat tu Mat Drat, mesti ramai nak tahu sebab Turkey memang best! Saya sendiri pun rasanya akan repeat Turkey ni since ada banyak bahagian belum sampai lagi.

      Padam
  8. Turki also got many nuts, love to eat those multiple nuts. Crunchy and nutritious! Nice travel experience sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Have you tasted their Turkish Delight and baklava? It tastes so good!

      Padam
  9. Bestnya hasif dapat ke Turki. akhirnya sampai juga kan. agaknya madi ni bila la dapat ke sini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah suatu hari nanti tu bang. Saya doakan abang sampai sini juga. Aminnn :D

      Padam
  10. Oh my. I love to visit there too.
    Paling menarik adalah Grand Bazaar dan the square. Dekat mana2 bazaar di dunia ni, you'll find the culture and the core of its people. Rawlins memang suka melawat bazaar di mana2 negara.

    Next time bawa Rawlins pls

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Rawlins! I ada visit few more cities in Turkey and visiting each bazaars is a must-do! Dan pada saya, tempat macam ni juga memang spot favourite jurugambar!

      Padam
  11. Bestnya hasif dapat pergi turki. Kakak emi pernah pegi turki few years ago, kemain dia excited duk cerita. Katanya negara tu memang banyak yg menarik. Siap nak repeat lagi katanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lah tu, kak! Saya sendiri pun rasa tak puas dan memang akan repeat lagi nak discover bahagian lain pulak. Turkey bukan semata-mata cantik bahkan kaya dengan sejarah! :D

      Padam
  12. Seronoknya ke Turki, dah lama dah ada dalam wishlist nak travel ke sana tapi tak kesampaian lagi. Nanti kalau ada rezeki ke sana boleh rujuk post you untuk tempat menarik dekat sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah, semoga artikel ni bermanfaat. Yup, Turki memang patut ada dalam sesiapa punya bucket list. Banyak benda boleh belajar selain menikmati pemandangan dia yang memang cantik! :D

      Padam
  13. turki is a must go pada aida. just lom ada peluang & ruang utk pergi.
    few years ni busy kumpul bajet utk urusan pindah rumah, beli brg rumah, renovation rumah...
    lepas ni dah boleh la concentrate menabung bajet utk holiday luar negara plak :)
    ramai dah kawan2 aida ke turki, hasif. diorang sgt suka.
    ada yg kata makanan di sana sedap2 tau.
    pemandangan nan indah diorang share dlm fb. memukau aida utk pergi :)
    in shaa Allah...
    byk daerah / tempat yg must go di turki kan. glamer is belon udara panas tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, daripada pengalaman saya sendiri, Turki memang harus pergi. Ya, Cappadocia memang terkenal sbb belon udara panas. Tapi sebenarnya ada banyak lagi tempat tarikan lain termasuklah yang selalu kita baca dalam sirah Nabi. :D

      Padam
  14. selalu tengok dalam movie je istanbul ni especially hagia sophea! Memang cantik sangat seni bina dia. Banyak rupanya tempat menarik dekat sini. Bila entah nak ada rezeki pergi sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaALLAH, semoga suatu hari nanti you pun sampai ke sini juga. Memang best tempat dia dan cantik pula!

      Padam
  15. cemburu 1000000% dengan Hasif
    ini antara negara yang Hans nak pergi selain Sri Lanka
    lepas nih bawa Hans sekali
    hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaha. InsyaALLAH moga nanti Hans pun sampai ke sini jugak. Aminn..

      Padam
  16. Bestnya gi travel ke Turki, insa allah kak pg dlm bln Dis ikut pakej jd ikut jer nti mana dorang nk bwk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Yeay semoga trip akak ke Turki nanti berjalan lancar dan yang penting enjoyable! :D

      Padam
  17. Kat istanbul orang kata sangat bersih dan takde stray cats. Betul ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh tahan bersih. Dan sebenarnya stray cats antara haiwan yang 'diraikan' kat sini. Walaupun stray cats, kucing-kucing ni bersih!

      Padam
  18. perghh dh smpai turkin wakk kt pun belom wakk JELES!!! btw this is such a detailed description of instanbul sgt nice sif! sng nk refer temp yg patut pergi klu smpi Istanbul ni btw hagia sophia tu serius la mmg menawan ptut la femes n wajib pergi!! oh ye hi5 HAHAHHAA hi pun xle hadam mkn local turkish ni sbb i pnh mkn dlm Turkish airlines hahaha cnt go!

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha tekak orang kampung macam kita ni lah sis! InsyaAllah moga suatu hari nanti you pun akan sampai sini juga. Amin!

      Padam
  19. Hi, masa kat turkey ade pakai pocket wifi or guna simcard kat sana x? Cer citer include price? Nak pergi bulan 10 ni tp cover istanbul dan cappadocia shj

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Azzam. Saya ada tuliskan dalam entri ini. Saya gunakan RoamingMan dengan harga RM18/hari. Boleh book di www.roamingman.my . Semoga bermanfaat!

      Padam
  20. Never heard of Pierre Loti before, the view is amazing! Tak ke Bosphorus ke?

    Turki is also my travel wish list! As a fans of architecture and city tour, Istanbul is so interesting to me. Hagia Sophia, Masjid Sultanahmet, Istiklal Avenue, dan Taksim Square are a must for me.

    So, Grand Bazaar is so grand isn't it? Aku pun takut sesat di dalam :D

    BalasPadam
  21. best nye.. dalam perancangan nak ke sana.. tapi x berani nk g sendiri.. boleh suggestkan travel group yg trusted.. if tau.. area lembah klang.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.