Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Jalan-Jalan ke Janda Baik, Raub dan Sungai Lembing

10:09:00 PG Hasif Hamsyari 37 Comments Category : ,

Seriously talk, guys. Malaysia ada banyak tarikan yang sangatlah rugi kalau kita sebagai rakyat tempatan tak terokai sendiri. Baik budaya, sejarah dan alam semulajadi. Ha, kalau cakap tentang alam semulajadi, salah satu negeri pilihan aku ialah Pahang!

Demi menyemarakkan lagi kempen Visit Malaysia 2020, aku dan empat orang lagi rakan blogger (Mawardi Yunus, Farah Dafri, Emas Putih dan Ayu Jean) ke Pahang. Fokus trip kali ini adalah aktiviti lasak dan glamping sekitar Janda Baik, Raub dan Sungai Lembing.

Visit Malaysia 2020
  1. Sebagai kesinambungan kepada kempen Tahun Melawat Malaysia, kali ini Malaysia menyasarkan jumlah pelancong sebanyak 30 juta.
  2. Visit Malaysia 2020 adalah kempen Tahun Melawat Malaysia kelima selepas 1990, 1994, 2007 dan 2014.
  3. Visit Malaysia 2020 adalah selaras dengan Visi 2020 yang memfokuskan pada kelestarian pelancongan, seni dan budaya.
  4. Penggerak industri termasuklah kita sebagai warganegara. Jadi, ayuhlah melancong di dalam negara!
  5. Gunakan #VisitMalaysia2020, #VM2020, #CutiCutiMalaysia dan #MalaysiaTrulyAsia dalam posting anda di media sosial!

 JANDA BAIK 

Tiarasa Escape

Penginapan malam pertama kami untuk trip kali ini ialah di sebuah resort eksklusif milik pelakon Puan Sri Tiara Jacquelina. Dikelilingi dengan hutan yang menghijau, resort ini memiliki 20 villa ala khemah safari dan lima rumah pokok yang setiap satunya diberi sentuhan cukup istimewa dan keselesaan yang maksima.
Sekitar bilik aku daripada jenis Dragonfly Tented Villa.
Bilik aku daripada jenis 'Dragonfly Tented Villas' (harga semalam bermula RM990) dilengkapi dengan katil bersaiz king, wifi percuma, pendingin hawa dan bilik air bersambung yang cukup mewah.

Kebun Buah Tin

Buah tin atau buah ara adalah sejenis buahan yang terkenal dengan khasiatnya yang dikatakan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Menariknya, buah tanpa biji ini juga pernah disebut dalam al-Quran menerusi satu surah dinamakan At-Tin. Bahkan ada hadis juga pernah memberitahu tentang kelebihan buah ini.

Dimiliki oleh Encik Khairul Azmi Mohamad, kebun di Janda Baik ini memiliki sebanyak 330 pokok ara. Ia baru saja memulakan operasi sejak Februari lalu. Lawatan ke kebun adalah percuma namun sekiranya mahu memetik buah segar, caj yang dikenakan adalah RM80 per kilogram. Rasa buah ara ini manis dan boleh langsung dimakan dengan kulitnya.
Kredit: Mawardi Yunus
Berdekatan dengan kebun ada sebuah restoran yang menyediakan makanan dengan menggunakan buah tin sebagai salah satu bahan-bahannya seperti nasi lemak, nasi dagang, piza dan sup tulang kerbau.

Waktu perkhidmatan:
Selasa-Khamis: 3 petang hingga 12 tengah malam
Jumaat: 11 pagi hingga 12 tengah malam
Sabtu: 8 pagi hingga 12 tengah malam

Bidaisari Resort

Memiliki 15 chalet, satu banglo dan satu kotej, resort ini juga turut mempunyai kolam renang, padang serba guna dan restoran.

Sesuai untuk percutian keluarga mahupun team building, tetamu yang bermalam di sini pastinya tak akan bosan sebab banyak aktiviti boleh dilakukan antaranya menaiki ATV, berbasikal, trekking, melawat ke kebun buah tin, taman rusa dan kandang kuda.

Restoran Pulau Santap

Sekitar kawasan restoran ini katanya dahulu pernah menjadi lokasi majlis keramaian yang selalu dianjurkan oleh sultan. Bahkan restoran ini juga pernah menjadi kediaman inang Sultan. Namun kini ialah telah menjadi restoran yang menghidangkan pelbagai jenis masakan tradisional. Antara yang patut cuba ialah tilapia berlada, ikan pekasam, kari kambing, keli sambal, kerabu kacang botol dan gulai daging. Puas hati!

 RAUB 

Tanah Aina Fahad

Untuk yang tak tahu, Tanah Aina Fahad adalah salah satu daripada beberapa cawangan Tanah Aina yang terkenal dengan eko-resort premium. Cuma bezanya Tanah Aina Fahad ini, ia mengetengahkan konsep glamping. Aku sempat tidur semalaman di sini dan apa yang aku boleh katakan, penginapan di sini boleh tahan selesa. Momen bila bangun pagi dengan bunyi unggas hutan dan air sungai tu memang cukup sukar dilupakan!

Oh, bercakap soal sungai, Tanah Aina Fahad ni terletak bersebelahan dengan Sungai Ulu Dong. Kalau cuaca mengizinkan, tetamu boleh bermandi-manda kat sini (bahagian bawah agak banyak pacat, maklumlah back to nature kan. hihi). Untuk khemah glamping, bilik airnya di luar dan berkongsi. Namun kalau ada yang tak selesa, mereka juga ada menyediakan beberapa bilik konvensional. Ada kemudahan surau, ruang makan yang luas serta dewan serbaguna juga tapi apa yang menarik perhatian kami ialah dua permainan gergasi iaitu dam ular dan catur!

 SUNGAI LEMBING 

Lombong Bawah Tanah Sungai Lembing

Kredit: Mawardi Yunus
Ini sebenarnya kali kedua aku ke sini. Sejujurnya, tempat ini pun adalah tempat wajib kalau dah sampai ke Sungai Lembing. Kerana kat sini, kita akan dapat belajar betapa hebatnya Sungai Lembing suatu ketika dahulu sehingga mendapat gelaran El Dorado Timur. El Dorado sebenarnya adalah satu nama kuno namun seiring perkembangan zaman, gelaran El Dorado selalu digunakan untuk kawasan-kawasan yang kaya raya.

Dalam kes Sungai Lembing, ia cukup terkenal di mata dunia dengan kekayaan hasil bumi terutamanya bijih timah sebelum harga bijih timah jatuh menjunam pada 1985. Di sinilah terletaknya satu terowong bawah tanah bertingkat yang dikatakan antara terpanjang di dunia (sekitar 322 kilometer!). Tapi hari ini, terowong yang dibuka untuk pelancongan hanyalah sepanjang 600 meter.

Antara aktiviti yang tak boleh dilepaskan ialah menaiki lokomotif lama yang akan membawa pengunjung sekitar 80 meter ke Terowong Tai Pei Tong, salah satu terowong utama kat sini! Bahagian dalamnya kini dah dilengkapi dengan pencahayaan, jalan yang luas, beberapa patung dan alatan sebagai menggambarkan keadaannya dahulu selain papan-papan informasi.

Harga tiket:
Warganegara: RM15 (dewasa) / RM7.50 (kanak-kanak)
Bukan warganegara: RM30 (dewasa) / RM15 (kanak-kanak)

Muzium Sungai Lembing

Muzium yang terletak di atas bukit ni dikatakan dahulu dimiliki oleh seorang pengurus lombong. Disebabkan nilai sejarahnya juga, bangunan ini nampak sangat unik dengan senibina Inggeris lama. Di sini, pengunjung bukan setakat boleh belajar tentang sejarah perlombongan di Sungai Lembing, bahkan tentang sejarah dari awal terbentuknya Sungai Lembing, masyarakat dan ekonomi lain di sini dalam bentuk artifak dan diorama.

Harga tiket:
Warganegara: RM2 (dewasa) / Percuma (kanak-kanak 12 tahun dan ke bawah)
Bukan warganegara: RM5 (dewasa) / RM3 (kanak-kanak 6-12 tahun) / Percuma (kanak-kanak lima tahun dan ke bawah)

Kedai Makan Pok Yeh

Kredit: Mawardi Yunus
Sungai Lembing pun rupanya tak kalah dengan keistimewaan makanan! Salah satu kedai makan paling popular di sini ialah Kedai Makan Pok Yeh. Hidangan ikon kat sini ialah Mi Jawa. Kedai makan ni diusahakan oleh Pok Yeh atau nama penuhnya Mohamad Idris Tenan yang merupakan seorang bekas pelombong. Kata Pok Yeh, tak ada rahsia di sebalik Mi Jawanya yang popular memandangkan dia cuma mewarisi resipi daripada nenek moyangnya. Harga semangkuk Mi Jawa ni pun sangatlah berbaloi - cuma RM4 ke RM5 saja!

TBox Sungai Lembing

Hotel ini terletak di lereng bukit. Ada enam jenis penginapan yang disediakan. Setiap jenis ini sangat berbeza antara satu sama lain jadi kalau korang nak inap di sini, korang boleh buat pilihan berdasarkan bajet dan keselesaan korang. Tapi pemandangan dari hotel ni boleh tahan nyaman terutama pada waktu pagi!

Sate Sungai Lembing

Di antara rumah kedai lama di pekan Sungai Lembing yang sangat vintage seperti zaman dahulu kala, ada sebuah warung dengan menu utamanya sate! Perapan satenya memang terbaik. Sate yang aku makan sangat lembut dan juicy. Kena pulak dengan kuah dia. Fuh... Harga sebatang cuma RM0.80 untuk ayam dan RM0.90 untuk daging.

Air Terjun Pelangi

Bagi pencinta alam semulajadi, barangkali ini adalah ikon kebanggaan Sungai Lembing yang cukup terkenal. Air terjun ni berketinggian 500 kaki dan seperti namanya, ia popular kerana pelangi yang muncul di sebalik curahan air memberikan pemandangan cukup luar biasa!

Walau bagaimanapun, pelangi hanya akan muncul sekitar jam lapan hingga 10.30 pagi. Dan ia sangatlah bergantung kepada keadaan cuaca. Menurut guide kami, waktu paling sesuai untuk datang adalah Januari hingga Mac dan pada waktu tertentu, pengunjung boleh nampak sampai dua lapis pelangi!

 

Nak sampai ke sini memerlukan pengunjung menaiki 4WD dari pekan Sungai Lembing (jalan agak kasar sekitar satu jam) ke Lubuk Beruk sebelum meneruskan perjalanan trekking selama 30 minit.

Pakej ke sini cuma RM60 seorang (minimum lima orang). Aku cadangkan korang hubungi Encik Muhammad Ridzaldin Sukimi @ Tomas Smith di talian +6 012 9479 516.

Baca pengalaman penuh dan tips ke Air Terjun Pelangi di sini.

Nasha Foodcourt

Nasha Foodcourt cukup terkenal dengan Mi Bandung. Manakan tidak, ia dimasak oleh Encik Wan Sahidin, tukang masak yang sama dalam satu video viral di mana Raja Permaisuri Agong membeli Mi Bandung di Sungai Lembing! Walaupun dengan selera istana, semangkuk Mi Bandung ni cuma berharga RM6 dan percayalah, bahan dalam Mi Bandung ni pun banyak - sangat berbaloi!

Entri ini terhasil dengan kerjasama Tourism Malaysia. Segala pandangan adalah mewakili pendapat penulis (kecuali dinyatakan sebaliknya) dan bukan atas pengaruh mana-mana pihak. Terima kasih!


RELATED POSTS

37 komen

  1. I ni namanya anak jati Pahang tp byk tempat i lom gi rupanya. Hehhe tp i pernah stay kat tanah aina fahad tu..mmg lawa hahah pastu leh mandi sungai

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Meriah tau kalau ke Tanah Aina Fahad dengan kawan-kawan. Siap boleh campfire semua. Konfem happening!😍

      Padam
  2. terbaik infonya.. tempat ni la saya teringin sangat nak pergi.. masa posting di semenanjung dulu tak ambil ke sempatan ke sini.. sekarang dah jauh di sabah.. gambar pun cantik-cantik.. terbaiklah!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa.. Masih dekat lagi tu. Kalau ada singgah ke Semenanjung singgahlah barang sehari dua ke sini! Apapun terima kasih! 😍🙏

      Padam
  3. The pictures are so beautifully taken! Never been to Raub, but thanks for showing us how beautiful is Raub :) God bless you!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you so much, Vee! Hopefully you'll come to Raub one day. Bring your family and friends along, you guys gonna love it! 😍

      Padam
  4. Malaysia tempat yang menarik yang belum rakyat Malaysia sendiri terokai dan nikmati.Terima kasih bro sudi berkongsi pengalaman..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Sayang kalau kita sendiri tak bercuti di negara sendiri. Jom semarakkan Visit Malaysia 2020!

      Padam
  5. Dah masuk Visit Malaysia 2020 rupanya . This year tak banyak berjalan, Insya Allah next year K.Sal try planning. Tq info !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah.. tak lama je lagi! Yup, tak perlu jalan jauh-jauh pun, dalam negara sendiri banyak lagi untuk diteroka!

      Padam
  6. Wah banyak juga ya yg menarik dkt Pahang ni. Pahang antara negeri yang jarang saya pergi. In shaa Allah lepas baca artikel hasif ni boleh dah kut merancang untuk bercuti next year. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Thank you so much, Aerill. Semoga artikel ni membawa manfaat ya. :)

      Padam
  7. Kita pernah sekali tersesat kat Sungai Lembing heheh tapi time tu tak ada lagi semua tempat menarik ni heheh sekarang dah jauh berbeza yer.. Suka nya tengok air terjun Pelangi cantik banget....

    BalasPadam
  8. Untungla dapat merasa tidoq kat Tiarascape. Kak Bell tau resort ni masa launch aritu dgn PSTiara. Buah tin tu baru tahu boleh makan dgn kulit2 nya sekali? Pernah juga baca 1 artikel melawat ke sg.lembing, nampak menarik juga sebab hasil tinggalan sejarah kita zaman dulu. Bila nak jemput iol ikut ni? Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Alhamdulillah.. Semua tempat ni taklah jauh sangat dari KL kak Bell! And yeah. Saya pun baru tau boleh makan dengan kulitnya sekali!

      Padam
  9. Perghh memng Malaysia banyak tempat menarik kan..syoknya tengok..banyak tempat yang tak pernah pergi lagi..pelangi tu memnag luck sangat dapat mcm tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah kak. Tak perlu pergi jauh, dalam negara pun banyak sangat tarikan. Dekat... Murah pun murah!

      Padam
  10. Bestnyaaa cuti2 kat hutan. Dekat dgn hijau. Dapat hirup udara yg segar. Puas sgt rasa. Tak pernah pergi lagi semua tempat tu. In shaa Allah nak pergi. Suka tempat2 macam ni. Tapi kalau nak pergi kena tinggal anak la hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe. Atau tunggu anak besar sikit pun boleh. Lagi meriah kalau pergi ramai2! 😃

      Padam
  11. Rawlins teringin nak ke Janda Baik dan menerokai keindahan alam semula jadi seperti ini. Bestnya bila dapat camping dan lepak dalama lam semula jadi - mesti segar je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Rawlins! Bangun bagi ditemani bunyi unggas hutan dan air sungai... Fuh memang tenang je rasa. 😃

      Padam
  12. Berbaloi trekking untuk dapatkan gambar pelangi tu. Cantik sangat. Banyak juga tempat Qiss tak pernah sampai ni. Nak gi juga lah nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes perlu tu! Alang2 dah dekat kan, sayang kalau tak sampai ke sini. Bawak kawan atau ahli keluarga ramai2 - mesti lagi best!

      Padam
  13. Dah lama teringin sangat nak pergi air terjun pelangi ni. Kena hiking tak ek nak ke sini? Jeles je tengok bila orang update. Btw, pelangi tu mmg hari hari ada atau nasib je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Trekking 30 minit je. Dan macam saya kata, pelangi tu depends pada cuaca, antara jam 8am hingga 10.30am. 😁

      Padam
  14. Banyak betul tarikan kat Pahang rupanya. Lawa-lawa plak tu tempatnya. Dalam semua tempat yang awak senaraikan ni satu pun sis tak pernah pi lagi. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak yeke. Haaa ini buat wajib pergi ni! Dekat je Kak Bee! Hihi.

      Padam
  15. Masa zaman belajar dulu pernah singgah kat sini. Memang best. Suka dengan air terjun dia mmg sejuk giler

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Segar mandi manda kat sini dengan pelanginya lagi. Cantik sangat!

      Padam
  16. Tak pernah pergi tempat-tempat ni. Pahang pernah jejak kuantan je. Bolehla jalan kat raub, sungai lembing dan tempat lain kat pahang nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sempena tahun melawat Malaysia ni, bolehlah jalan-jalan ke area lain pula! Bawa famili sekali mesti best!

      Padam
  17. wah menarik juga tempatnya ni. patut la ramai yang suggest untuk ke Janda Baik, ada macam2 juga tu nampaknya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes! Untuk short getaway yang dekat dengan KL, Janda Baik memang best!

      Padam
  18. Jom hasif repeat travel skali. dah lama x travel sekali ni. eh eh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jom! Pahang banyak tempat best. Apalagi 2020 ni tahun Melawat Malaysia, kan! Jom #CutiCutiMalaysia! ;)

      Padam
  19. Banyak tmpt lagi yg AM belum pegi di Pahang nie yea.. Boleh la masukkan dalam wishlist utk trip 2020 nie bercuti n jelajah ke negeri pahang

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.