Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Masjid Agung Al-Hidayah di Malang Mirip Hagia Sophia di Turki!

6:09:00 PTG Hasif Hamsyari 28 Comments Category :

Dalam trip aku dan kawan-kawan ke Bromo dan Surabaya baru-baru ni, kami sempat singgah ke satu masjid yang cukup istimewa di Malang. Aku jumpa info tentang masjid ni melalui internet sebelum kami mulakan trip lagi. Dan rupanya memang ramai yang belum tahu tentang kewujudan masjid ni (termasuk rakan merangkap guide kami. Haha) sedangkan ia telah berdiri di Karangploso sejak 2009 lagi.

Daripada pembacaan aku, istimewanya masjid ini tidak sekadar kerana fungsinya sebagai rumah ibadah dan sekolah agama tetapi kerana seni binanya yang cukup mengagumkan, baik di luar mahupun dalamannya.

Aku pernah ke Hagia Sophia sebelum ni jadi aku sengaja nak ke sini kerana mahu melihat sendiri betul atau tidak Masjid Agung Al-Hidayah ni mirip dengan Hagia Sophia.

Well, my judgement is - yes. Cuma tak bolehlah bandingkan seratus peratus. Hagia Sophia memang jauh lagi besar, lebih lama dan sejarahnya cukup panjang sehingga menjangkau ribuan tahun. Tapi dari segi desain dengan pengaruh zaman Uthmaniyyah seperti mana yang terdapat dalam kebanyakan masjid di Turki itu memang ada.

Baca juga: Kembara Turki Part 1: Istanbul

Aku difahamkan yang masjid yang mampu menampung jemaah seramai satu ribu dalam satu-satu masa ini dibina oleh seorang arkitek bernama Muntalib dari Pujon. Ia memiliki dua lantai dan desain Timur Tengah yang dimiliki tak hanya terlihat pada bahagian utama masjid sebaliknya hingga ke tempat mengambil wuduk.

Walaupun dibina pada 2009, masjid ini sebenarnya bermula sebagai surau kecil bahkan pernah menjadi benteng sekitar tahun 1945 semasa Perang Kemerdekaan. Selepas melalui pelbagai fasa termasuk diroboh dan dibangunkan semula demi keselesaan jemaah dengan jumlah lebih besar, ia kemudian berdiri sebagai masjid agung sebagaimana yang boleh dilihat pada hari ini.

Aku juga difahamkan yang masjid ini menjadi popular selepas gambarnya tular di media sosial, terutama dalam kalangan warga lokal. Tapi sewaktu kunjungan aku dan kawan-kawan, cuma kami saja pelancong di sini. Hampir tiga jam kami habiskan waktu kat sini sehingga sempat mendengar azan Maghrib.

Fasiliti yang disediakan juga cukup baik termasuk ruang parkir yang selesa dan 24 kamera litar tertutup (CCTV).

Apapun, kalau korang mahukan sesuatu yang lebih ekstra dalam trip korang ke Surabaya dan Gunung Bromo, jangan lupa singgah ke Masjid Agung Al-Hidayah!
Pemandangan Masjid Agung Al-Hidayah dari luar.

RELATED POSTS

28 komen

  1. a ahh ada iras2 seni Hagia Sophia. cantiknyaa..
    suka tengok tiles bersusun lawa macamni. masjid2 di Malaysia pun ada juga yang penuh seni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun terpegun lagi-lagi bila menjengukkan kaki ke dalam masjid ni. Sangat memukau kecantikan dia. Ya, Malaysia sendiri pun banyak juga masjid yang cantik-cantik dan digemari masyarakat dunia!

      Padam
  2. Pernah sampai Ayasofea je... Surabaya dan Gunung Bromo belum sampai lagi. Insyallah kalau pergi sana akan singgah ke Masjid Agung Al-Hidayah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh jauh dah sampai dulu tu! Hehe. Tapi yeah, masjid ni kena singgah sebagai nilai tambah ke Bromo dan Surabaya. Berbaloi. :D

      Padam
  3. memang terbaek info ni sip! btw bila dah smpai sendiri kat msjid ni looking at the dome mmg lg Wowww berbanding tgk kat gambo2 gugel je! so mmg suggest utk korg tgk sendiri secara REAL sure akan terpegun juga! ye betol temp wudhu dia pun Wow sgt haha siap ada "kolam" utk basuh kaki dulu ye detailed giler!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Exactly, right! Memang worth a visit lah. Dan kalau alang-alang dah sampai, boleh solat terus kat sini. Ruang solat dia pun sangat besar dan nyaman sangat.

      Padam
  4. Serius memang cantik. Rawlins kagum dengan hiasannya yang konsisten dari luar hingga ke lokasi berwuduk. Rawlins bimbang kalau ke sini, mau Rawlins banyak bergambar dari beribadah. Hahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak. Yang penting setelkan yang wajib dulu lepas tu bergambarlah sepuasnya. Haha.

      Padam
  5. Masya’Allah this mosque is so beautiful. Broom byk tempat2 yang menarik utk visit. Saya x pernah ke Sana’a. Insya’Allah Di masa Akan dtg kot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, it was so beautiful... Kalau ada rezeki ke sana, memang kena ke sini juga. :D

      Padam
  6. Wahhh cantiknya reka bentuk dalaman dan luaran masjid ni, betul-betul mengaplikasikan konsep Islamic Design. Kalau cantik macam ni, mesti ramai orang tertarik untuk pergi sana dan solat

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaALLAH... Bonus tambah juga, kalau ramai pelancong dapat dapat jana ekonomi untuk penduduk setempat! :D

      Padam
  7. Subhanallah. Halus seni yang terpamer. Benar Islam itu indah yang tak boleh digambarkan dalam apa jua bentuk sekalipun melainkan mempercayai kewujudan Yang Maha Esa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya... Sesekali dalam trip, menziarah ke rumah Allah juga membuka mata kita tentang kekuasaan-Nya kan. :)

      Padam
  8. Subhanallah cantiknya masjid ni hasif. nantilah nak plak ke bromo boleh singgah sini. nampak gaya kna cari travel partner la macam ni.

    BalasPadam
  9. subahanallah cantiknya design masjid ni. kubah luar & dalam memang nice habis. best spot kalu datang turki kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh ini bukan di Turki, Marou. Haha. Ini di Malang, Indonesia. Dekat je. Yang di Turki tu Hagia Sophia ya.

      Padam
  10. dekat luar nampak kecik dan biasa je masjid tu. tapi dekat bahagian dalam ni besar dan cantik sngat. kalau tengok macam tak sangka boleh muatkan seribu jemaah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya agak luas juga bila kami masuk ke bahagian dalam. terpegun!

      Padam
  11. wah tak sangka masjid dkt indonesia mempunyai ciri-ciri macam ni. dari luar nampak macam biasa je, tapi tengok hiasan dalam memang cantik. untung hasif dapat pergi tempat2 mcm ni. in shaa Allah kalau ada peluang ke Indonesia bolehlah singgah solat di masjid ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semua masjid di Indonesia ada senibina macam ni. Kebanyakan yang saya pernah pergi memiliki ciri-ciri budaya masyarakat di satu-satu tempat tu sendiri cuma kali ini agak unik sikit. Hihi. Alhamdulillah... semoga satu hari nanti Aerill pun akan sampai ke sini. Amin!

      Padam
  12. Masih belum berkesempatan nak singgah surabaya tapi banyak juga buildings menarik di situ.. bestnya dapat kesana kesini... kita in the futurela tunggu anak anak besar heheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah semoga satu hari nanti pun akan sampai ke sini juga. Biasanya orang ke Surabaya dan Bromo je tapi alang-alang dah sampai, memang berbaloi sangat singgah ke sini juga. :)

      Padam
  13. Cantiknya senibina masjid ni. Tak jemu mata memandng. Memang rs appreciate bila ada org kongsi keindahan msjid yg jarang kita ketahui

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! Iya, melihat seni bina sesuatu bangunan tu juga sebenarnya boleh mengajar kita melihat keunikan sesuatu tempat dan budaya.

      Padam
  14. Cantik binaan masjid ni. Inshaa Allah ada rezeki dapat ke sana boleh ke masjid ni. Baru tahu juga masjid ni kat mana. Kena ada liputan meluas sebab masjid ni ada tarikan pelancongan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, sedangkan masjid ni dah cecah usia 10 tahun dah sebenarnya. Saya tak pasti dalam kalangan masyarakat di Indonesia, tapi mungkin pelancong Malaysia juga boleh singgah ke sini kalau ke Surabaya, Malang dan Bromo juga. :)

      Padam

Tinggalkan komen di sini.