Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Meneroka Sumatera Utara - Danau Toba & Medan - Luar daripada Biasa!

6:09:00 PTG Hasif Hamsyari 40 Comments Category : ,

Aku percaya Medan dan Danau Toba antara tempat yang pasti ramai traveller Malaysia akan gemar singgah. Soal bahasa, wang belanja dan jarak antara yang memainkan peranan. Daripada cerita kawan-kawan, Medan dan Danau Toba memang sangat cantik. Tapi peluang aku ke sana baru-baru ni membuka mata aku betapa di Sumatera Utara ini rupanya ada banyak lagi aktiviti best!

Nah, kalau korang sukakan aktiviti adventurous dan ekstrem, artikel ini untuk korang.
Bersama sebahagian influencers, Youtuber dan bloggers untuk fam trip ini. [Kredit: Mas Stevenali]
Tentang Trip

  1. Aku menaiki penerbangan AirAsia dari KL ke Silangit. Perjalanan balik pula dari Kuala Namu ke KL. Perjalanan sehala sekitar satu jam.
  2. Trip kali ini adalah atas jemputan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di Kuala Lumpur dan Wonderful Indonesia. Terima kasih!
  3. Selain aku, ada sembilan lagi influencers, Youtubers dan bloggers dari Malaysia iaitu Jaslin Puasa, Ika Shafarey, Fahmi Esmail, Shah Evanddy, Nazirul Mubin, Eizzad Jeffry, Khalishan Alias, ZhafVlog, Miera Nadhirah. Woohoo!
  4. Special mention to Mas Stef, Pak Radi, Ibu Patrecia, Ibu Novi, Mas Rahman, Nindi, Lia, Pak Subhan dan semua teman-teman dari KBRI dan Wonderful Indonesia!
*Susunan destinasi adalah mengikut itinerari dan route perjalanan aku untuk trip ini.

Piltik Homestay

Aku singgah ke sini untuk makan tengah hari. Menariknya dekat sini sebab mereka menghidangkan makanan tradisional Batak. Antara yang wajib cuba ialah ayam bumbu rempah Batak, ikan mas arsik, ubi kayu goreng dengan sambal balacan, kek tape dan sayur singkong tumbuk dengan santan. Minuman yang wajib cuba pula ialah kopi asli arabica yang dihasilkan di sini.
Selain restoran, Piltik Homestay dengan warna tema putih ni juga turut mempunyai homestay. Sesuai dengan namanya, Piltik Homestay juga dipenuhi dengan spot-spot foto yang sangat cantik, termasuk pemandangan sawah padi yang menenangkan.

Special shoutout to Ibu Vera, the owner. Thank you for your warm hospitality!

Eden 100 Park

Menurut guide kami, nama Eden (bermaksud 'syurga') dipilih untuk memberikan gambaran tentang taman ini di mana manusia, haiwan dan tumbuhan tinggal dalam suasana yang harmoni. Angka 100 pula merujuk kepada 100 jenis tumbuhan yang boleh ditemukan kat sini. Salah satunya ialah andaliman (sichuan pepper), sejenis cili yang cukup sinonim dengan makanan masyarakat Batak. Ia adalah ikon kat sini.
Selain tu, kalau korang ke sini, pastikan korang ringankan kaki untuk trekking sekitar 15 minit ke Air Terjun Lumban Rang. Air terjunnya tidaklah terlalu tinggi tapi cukup mempesonakan dengan seketul batu besar dipercayai 'terlekat' di air terjun ini susulan letusan super gunung berapi sekitar 74 ribu tahun lalu - yang membentuk Danau Toba hari ini. Sekitar tiga minit dari air terjun ni, ada satu warung kopi sesuai untuk minum petang melepaskan lelah.

Rumah Makan Marina

Restoran makanan halal ini menghidangkan menu masakan Padang jadi lauk-pauknya memang beraneka. Dan kalau yang masih belum tahu, makanan Padang dikira mengikut lauk yang dimakan sahaja. Satu hal lagi, Rumah Makan Marina terletak sekitar 10 minit je daripada penginapan kami iaitu Inna Parapat Hotel.


Inna Parapat Hotel

Selain bilik yang selesa dengan fasiliti yang serba lengkap, apa yang buatkan aku suka dengan penginapan ni ialah pemandangannya yang menghadap Danau Toba dan Pulau Samosir! Bangun pagi sambil rileks di balkoni bilik memang cukup sempoi. Hotel ni juga ada taman yang berkonsepkan Eropah. Jadi tak hairanlah hotel ni sendiri pun sangat Instagrammable!
Pemandangan Danau Toba dan Pulau Samosir dari bilik aku.
Tentang Danau Toba & Pulau Samosir

Danau Toba terbentuk susulan letusan super volcano sekitar 74 ribu tahun dahulu yang kesannya bukan setakat meragut jutaan nyawa bahkan mengubah iklim dunia. Ia adalah tasik volkanik kedua terbesar di dunia dengan keluasan 1707 kilometer persegi. Di tengah tasik ini pula ialah Pulau Samosir dengan keluasan 630 kilometer persegi. Pulau Samosir ialah pulau di dalam pulau terbesar di dunia!

Untuk jalan sekitar Pulau Samosir, aku cadangkan korang untuk naik bentor (becak motor) sebab pengalamannya sangat unik! Harganya bergantung jarak. Macam kelmarin, aku kena Rp70 ribu dari Pelabuhan Sumber Sari ke Huta Siallagan. Bentor ni biasanya akan tunggu pelancong di sekitar kawasan jeti.
Bergambar bersama bentor berlatarbelakangkan pemandangan gunung dan Air Terjun Simangande.

Huta Siallagan

Batu Parsidangan dengan barisan rumah tradisional kaum Batak.
Ini adalah salah satu perkampungan kaum Batak yang terletak di Pulau Samosir. Di sini, aku dapat melihat rumah Bolon dan Sopo, sebahagian senibina kuno yang masih dipertahankan. Aku bertuah sebab waktu datang tu kami sempat menyertai tarian Batak malah disambut oleh Pak Gading Jansen Siallagan iaitu generasi ke-17 raja Huta Siallagan.
Berkeluasan 2,400 meter persegi, di dalam kawasan ini juga terdapat Batu Persidangan berusia 500 tahun di bawah pohon dinamakan Hiarara. Ia adalah tempat di mana raja dan orang-orang berkepentingan berbincang tentang pelbagai permasalahan, termasuk soal menjatuhkan hukuman. Tidak jauh dari sini, terdapat satu lagi lokasi tempat hukuman dilaksanakan.

Berdekatan sini juga ada banyak sangat kedai cenderemata. Aku cadangkan korang berbelanja di sini sebab pilihan sangat banyak dan murah. Kalau tahu cari kedai, korang boleh dapat harga jauh lebih rendah!

Orang Batak makan orang?!

Aku belajar yang zaman dahulu, kaum Batak 'menghalalkan' memakan manusia yang dihukum kerana mereka dianggap setaraf binatang. Namun hanya dimakan oleh orang tertentu dan ia tidak lagi dipraktikkan sejak bergenerasi.

Silimalombu Eco Village

Ini adalah satu perkampungan kecil yang didiami Ibu Ratna dan Pak Thomas (berasal dari Jerman). Ia adalah tanah milik keluarga dengan keluasan sekitar 500 hektar yang kemudian dibangunkan sebagai penginapan homestay. Memandangkan ia menghadap Danau Toba, pemandangan dari sini sememangnya cukup memukau dan mendamaikan.
Dengan bantuan Ibu Ratna sendiri, aku dan rakan lain dibawa melihat kebun yang diusahakan Ibu Ratna sendiri di samping mendengar cerita kehidupannya di sini. Bahkan aku sempat membantu Ibu Ratna mencabut kacang tanah yang kemudian terus direbus. Sedap dia lain macam weh!
Kami makan tengah hari di sini juga dan semuanya bukan setakat mengenyangkan, bahkan sedap...

Kalau nak merasai sendiri pengalaman di sini boleh hubungi Ibu Ratna terus di Airbnb.

Rumah Makan Pondok Punokawan

Untuk makan malam, kami makan di sini. Terletak di Binjai, restoran ni menghidangkan masakan Jawa dan Bakso Mataram. Tempatnya luas dan selesa dan makanan pun boleh tahan juga. Antara makanan yang aku cadangkan ialah Ayam Ras Penyet, Steam Kerapu dan Tumis Kangkung Belerang.

Ecolodge Bukit Lawang

Satu hal menarik untuk penginapan kami seterusnya ini ialah ia terletak di salah satu pintu masuk ke Taman Nasional Gunung Leuser dan berdepan pula dengan sebatang sungai. Jadi pemandangannya di sini cukup mendamaikan. Dari segi bilik, kemudahan yang disediakan adalah very basic tapi masih selesa. Aku menginap di Thomas Leaf Monkey Lodge yang didatangkan dengan bilik air open-air. Tapi tak ada air panasnya.
Dekat sini juga ada Kapal Bambu Restaurant yang uniknya diperbuat daripada tanah liat dan kayu buluh. Atasnya ada Bamboo Lounge dengan ruang cukup selesa untuk rileks sambil menikmati pemandangan sungai dan hutan.

Trekking melihat Orang Utan

Aktiviti ni memakan masa sekitar tiga jam. Lama tapi sangat berbaloi. Sejam pertama kami trekking, dapatlah menikmati keindahan Taman Nasional Gunung Leuser ni. Malah kami jumpa beberapa kali dengan Thomas' Langur atau dikenali 'kedih' dalam bahasa lokal. Jenis cool dan tak takut dengan manusia diorang ni. Haha.

Guide kami juga siap bawakan buah-buahan tapi bukan untuk binatang kat sini, tapi untuk kami semua.

Dalam sejam kemudian, barulah kami jumpa dengan satu keluarga orang utan berjumlah dalam lima ekor. Orang utan di sini adalah daripada jenis Orang Utan Sumatera (Pongo Abelli).
Ini kali pertama aku melihat orang utan liar yang dibiarkan bebas di habitat asalnya. Menariknya diorang jenis tak takut manusia! Walaupun senang didekati, guide kami sentiasa ingatkan untuk tidak berdamping terlalu dekat untuk elakkan kejadian tidak diingini. Malah orang utan ni pun akan mudah lari kalau rasa tidak selesa akibat dikerumuni.

Bermandi bersama Gajah di Tangkahan

Perjalanan kami ke sini dari Ecolodge Bukit Lawang mengambil masa sekitar dua jam setengah dengan menaiki 4WD. Kami merentasi bukit, jambatan, kebun dan lebih sepuluh perkampungan di sepanjang perjalanan!

Gajah yang terdapat di sini ialah Gajah Sumatera (Elephas maximus sumatranus), salah satu daripada tiga spesis Gajah Asia. Demi mengawal hutan dan melindungi spesis haiwan yang sangat terancam ini daripada pembalak dan pemburu haram, satu unit dinamakan Conservation Response Unite (CRU) diwujudkan.
Aku suka dengan konsep di sini yang mana mereka sebenarnya bukanlah 'menjual' promosi untuk gajah sebaliknya mempromosikan tempat ini sebagai satu tempat yang mana haiwan dan manusia boleh hidup dalam suasana harmoni. Walaupun perit, sebenarnya gajah-gajah ini dilindungi daripada dibiarkan bebas liar kerana risiko untuk mereka selamat adalah sangat tipis.

Dengan penjaga terlatih, daripada pemerhatian aku, gajah ini nampak happy dan sihat. Antara aktiviti yang kami lakukan di sini ialah bermandi bersama gajah (setiap hari ada dua sesi - pagi dan petang) serta memberi makan iaitu buah-buahan. Ada satu lagi aktiviti menarik kat sini iaitu mengembala gajah yang mana pelancong boleh mengikut gajah-gajah ini masuk ke dalam hutan atas pengawasan penjaga mereka dan melihat secara lebih dekat sifat semulajadi haiwan ini ketika di dalam hutan.

Harga aktiviti bermandi bersama gajah dan memberi makan ialah Rp250 ribu seorang. Harga berbeza, bergantung pakej, aktiviti dan jumlah pengunjung dalam kumpulan.

Lodge Mega Inn

Penginapan kami di Tangkahan ni terletak sekitar satu kilometer saja daripada tempat pemandian gajah tadi. Terus terang, penginapannya sangat basic. Walaupun tak ada air panas, tapi bilik air di bilik aku kira outdoor juga! Untuk aku, kira okeylah untuk sekadar bermalam. Waktu malam, kat sini agak happening sebab ada kugiran yang menghiburkan kami. Malah nak karaoke pun tak ada masalah.

Water Rafting di Namu Sira-Sira

Dari Tangkahan, perjalanan ke sini pula mengambil masa sekitar tiga jam (dua jam jika dari Medan).

Water rafting kat sini adalah level 2. Kalau arus deras akan jadi level 3. Water rafting pun antara aktiviti kegemaran aku juga sebab excitement dia lain macam! Pengalaman water rafting setiap tempat pun berbeza. Macam kali ni, kami menyusuri Sungai Bingei. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat mendamaikan dan dengan pengawasan guide, kami ada berhenti di beberapa kawasan untuk bermandi-manda dan cliff-jumping!
Sebelum melakukan aktiviti, guide akan terangkan semua langkah dan ciri keselamatan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan aku sangat recommend untuk korang yang pernah mahupun belum pernah cuba water rafting!

Harganya Rp250 ribu seorang (minimum enam orang). Maklumat lanjut klik: https://www.explore-sumatera.com/bingei-river- .

Cambridge Hotel

Dahulunya dikenali dengan nama Grand Swiss-Belhotel Medan, hotel yang terletak di tengah Kota Medan ini memiliki 242 bilik. Biliknya sangat selesa dengan bilik airnya juga sangat luas! Pemandangan Kota Medan daripada bilik aku pun mempesonakan. Hotel ni bersebelahan dengan Cambridge City Square Mall jadi senang kalau nak membeli-belah. Malah ada spa, kolam mandi dan gimnasium juga!

Lebih lanjut layari: https://www.cambridgehotelmedan.com/

Si Bolang Durian

Terima kasih kepada teman influencer aku dari Medan, Joe, kami singgah ke sini pada malam terakhir trip ini. Haha.
Kalau korang pencinta durian, maka tempat ini antara lokasi wajib untuk singgah kalau ke Medan. Selain durian sahaja, ada menu macam es campur, es cendol dan es kolak durian juga. Menariknya, tempat berkonsepkan 'nongkrong' (lepak) ini dibuka 24 jam! Di sini ada ruang indoor dan outdoor, semuanya dengan dekorasi yang sangat Instagrammable. Siap ada free wifi dan live music setiap hari lagi. Untuk tahu lebih lanjut tentang tempat ni, klik: http://www.sibolangdurian.com/ .

Tjong A Fie Mansion

Tjong A Fie adalah antara saudagar terkaya dan paling berpengaruh di Medan suatu ketika dahulu. Beliau berasal dari Guangdong, China. Antara bisnes yang dimiliki beliau termasuklah hartanah, pelombongan, perbankan, kelapa, teh, kelapa sawit, getah dan banyak lagi. Beliau cukup disenangi kerana sifat kedermawanan beliau yang turut membangunkan banyak infrastruktur di Medan termasuklah masjid, tokong, gereja, hospital bukan setakat di Medan, bahkan di China dan Malaysia!

Beliau pernah berkahwin sebanyak tiga kali dan disebabkan itu, beliau mempunyai keluarga besar yang bersangkut-paut dengan budaya Cina, Melayu dan Eropah.

Nak bercerita tentang beliau sangatlah panjang tapi di sinilah terletaknya rumah beliau (kini muzium). Ada 35 bilik kat sini dan semuanya sangat cantik! Harga masuk pun cuma Rp35 ribu seorang (termasuk guide). Lebih lanjut boleh layari: https://tjongafiemansion.org/.

Istana Maimun

Ini adalah antara ikon Medan. Ia pernah menjadi kediaman rasmi Kesultanan Melayu Deli namun kini dijadikan sebuah muzim. Dibina oleh Sultan Ma'mun Al Rashid Perkasa Alamyah sekitar 1887 hingga 1891, rekabentuk istana ini adalah hasil arkitek bernama Theodoor van Erp.
Tiket masuk hanya Rp5 ribu. Tapi satu pengalaman yang tak boleh dilepaskan di sini ialah mencuba pakaian tradisional. Harga sewaan pakaian bermula Rp25 ribu. Macam aku punya berharga Rp50 ribu dan Ika Shafarey punya pula Rp120 ribu. Banyak kedai menyewa sekitar kawasan istana ni jadi pilihan baju pun memang beraneka.

Mie Aceh Titi Bobrok

Sebagai menutup trip kami ini, kami singgah untuk makan tengah hari di sini sebelum ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu.

Mie Aceh Titi Bobrok antara restoran paling terkenal di Medan. Makanannya beraneka, dari mie aceh asli, mie aceh udang, mie aceh kepiting (ketam), martabak mesir dan macam-macam lagi. Harganya pun murah, antara Rp10 ribu sampai Rp40 ribu. Tapi yang penting, rasa dia memang puas hati!

Terima kasih KBRI Kuala Lumpur dan Wonderful Indonesia atas penganjuran dan kelancaran trip ini.

RELATED POSTS

40 komen

  1. Pernah ke Medan dan Danau Toba? Kongsikanlah apa lagi tempat menarik yang mesti singgah! ;)

    BalasPadam
  2. Ya Allah menarik rupanyaa danau toba ni slama ni tgk org je pergi! I suka gler Rumah makan punukawan and Thomas Leaf monkey tu! Suka architecture style bamboo2 mcm tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Me too! I suka trip yang konsep dekat pada alam semulajadi ni. boleh tenangkan fikiran! :D

      Padam
  3. Wah menarik la semua tempat kat sini. Padahal dekat je tempat ni kan dengan kita. Lagi dekat dari Borneo. Kena masuk dalam wishlist ni nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, sangat dekat dan tiket pun dengarnya murah sekarang. Jom plan! Hehe.

      Padam
  4. Semua aktiviti menarik . Lagi2 part mandi dgn gajah . Never had experience for that . InsyaAllah soon . Thanks Hasif for sharing ❤️

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, that activity was nothing short of amazing! Sangat best dan gajah-gajah ni pun sangatlah manja. 😍

      Padam
  5. Cantiknya Lodge Mega Inn tu. Sangat rustic and near to the nature. Rawlins suka.
    Next time sila bawa Rawlins ye. Jangan lupa ye

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lodge Mega Inn tu konsep dia very back to nature jadi memang sangat basic dan tenang je. InsyaAllah Rawlins... Medan pun dekat je. Hihi. 😃

      Padam
  6. Menariknya pengalaman percutian ke Danau Toba ni Hasif.. Rupa-rupanya ada banyak lagi tempat yang menarik ye. Betul2 cantik di sana. Saya pun pernah ke Medan dan Sepisopiso tapi taklah sebanyak ni tempat yg saya pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sipiso-Piso tu cantik kan! Memang lokasi wajib juga tu. Trip kali ni memang fokus untuk adventurous and extreme activities untuk kelainan. Hihi.

      Padam
  7. Cantik dan menarik semua tempat yang Hasif kongsikan ini! Pemandangan yang cantik, makanan pula nampak sedap-sedap belaka. Tertarik dengan satu makanan tu, tumis kangkung belerang. Apa ada belerang ke dalam respinya, haha nice to know such a unique name!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa itulah tak sempat pula nak tanyakan kenapa namanya ada belerang. Tapi kalau belerang yang kita faham tak boleh makan lah. 😂

      Padam
  8. Menarik dan tercantik semua permandangan di sana. Naim tak pernah jejak kaki lagi ke sana. Melihat pada gambar-gambar di atas nampak macam seronok kan. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah trip yang ini memang seronok apatah lagi dapat kawan yg sekepala kan. Nanti bercutilah ke Medan. Banyak lagi tempat menarik tau!

      Padam
  9. Pernah ke Danau Toba dan Medan tetapi dah lama sangat sebab tempat2 yg ditunjuk ni dulu xde lagi huhu.. kena pg lg nk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada antara tempat ni dah lama wujud juga. Cuma mungkin sebab jarak agak jauh jadi orang tak tahu sangat. Wah macam tu maknanya kena datang ke Medan lagilah. Hihi

      Padam
  10. Banyak laa activity yang menarik ni. Tak pernah I heard about this place before. If tempat with full history memang my type of place ni. Dan paling best ialah food. Everything look sangat best. Penginapan pun semuanya really beautiful. Maybe one day boleh mandi dgn gajah ni. Thanks for the experience!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Yes the experience was priceless! Jangan lupa singgah ke Medan nanti tau!

      Padam
  11. Banyak betul aktivitinya kan,tempat-tempatnya semua menarik..saya xpernah sampai Medan lagi,sebelum ni saya selalu ke Bogor dan Pontianak je.Nanti nak try ke Medan la pulak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahh Medan kena selalu singgah la macam tu sebab dekat je. Dan sebenarnya banyak sangat aktiviti lagi yang boleh tau. 😃

      Padam
  12. Nampak best jer aktiviti yang hasif buat tu, part mandi dengan gajah tu pengalaman best cantik-cantik gambar. terbayang dah sampai sumatera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, bonde! InsyaAllah moga suatu hari nanti bonde pun akan sampai ke sini juga. Amin!

      Padam
  13. Seronoknya baca entry jalan-jalan macam ni. Teringin nak mandikan gajah tu. Dah masukkan semua dalam wishlit harap ada rezeki la nak pergi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay!semoga artikel ni mendatangkan manfaat. Enjoy Sumatera nanti ya! 😃

      Padam
  14. Sangat bertuah you hasyim dapat pergi trip ke danau toba ni..banyak tempt dan pengalaman you dapat..menarik mkanan batak tu..siap de duirian..lagi boleh cuba pakaiann tradisional tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Best kak. Trip kali ni experience dia lain daripada lain. InsyaAllah, semoga suatu hari nanti akak pun akan sampai ke sini. Aminnn

      Padam
  15. Bilalah nak sampai sini, seronok tengok entry travel macam ni. Banyak betul aktiviti menarik yang ada. Thank you listkan secara terperinci, boleh buat rujukan nanti kalau ada plan nak ke sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... I'm really glad kalau artikel ni dapat membantu dan mendatangkan manfaat. Thank you so much ya. 😃🙏

      Padam
  16. Seronoknya tengok aktiviti dia kat Danau Toba. Suasana dan pemandangan pun cantik. Subhanallah memang cantik sangat. Doakan akak dapat jugaknjejak kaki ke Danau Toba suatu hari nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aminn insyaAllah. Hehe. Semoga nanti kalau akak ke Danau Toba dan Medan boleh jadikan artikel ni serba sedikit untuk rujukan ya. ��

      Padam
  17. Fuyohhh cantiknya. Banyak tempat menarik ye di Danau Toba ni. Tertarik tengok dgn keindahan semula jadi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes! Apart from culture, banyak juga tarikan semulajadi di Danau Toba!

      Padam
  18. Pernah sampai ke Danau Toba n parapat ni.. Memang lawa tempat dia xdapat dinafikan... Danau Toba tu dah macam laut tak macam taik.. Punya la besaq kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak apa maksud tu? Hahahaha. Tapi memang memukau pemandangan Danau Toba.

      Padam
  19. I pernah ke medan dulu tp tak sempat nak lawati tempat2 yg best.. Sebab pergi pun under latihan industri dulu2... Rasa seronok dpt jln2 tmpt org kan. Dapat kenal apa yg ada dibumi Allah yg indah ini.

    BalasPadam
  20. Tempat yg cantik menarik. Suka juga dgn aktiviti dia.

    BalasPadam
  21. Fuhhh... lega baca part Batak tu. Yelah...sepanjang yang sis tahu, kaum Batak makan orang. Mulalah terbayang macam-macam. Dan alhamdulillah... bergenerasi lamanya adat tu dah tak di amalkan. Memang cantik Sumatera Utara dan Danau Toba ni kan.

    BalasPadam
  22. thanks for sharing. memang seronok nampak semua ni. mummy mek pun baru balik dari medan. memang interesting. boleh plan trip ke sini juga.

    BalasPadam
  23. seronoknya tengok hasif ke sana. teringin jugak nak ke sana. haish. kena kumpul duitlah lepas ni. ;) satu lagi gambar2 semuanya cantik2 belaka.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.