Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Kembara Turki Part 3: Şanlıurfa

10:57:00 PG Hasif Hamsyari 38 Comments Category : ,

Kembara aku di Turki diteruskan ke Şanlıurfa, salah satu tempat yang aku sangat teruja untuk explore sebab kat sini dikatakan sebagai Kota Nabi (Prophets' City) kerana hubung kaitnya yang sangat dekat Nabi Ibrahim a.s. 

Klik untuk ikuti artikel blog aku untuk setiap destinasi:
  • Part 1: Istanbul 
  • Part 2: Diyarbakır & Hasankeyf, Batman 
  • Part 3: Şanlıurfa (Anda di sini)
  • Part 5: Adıyaman (Belum siap) 
  • Part 6: Halfeti (Belum siap)
  • Part 7: Gaziantep (Belum siap)
Ikuti 'LIVE UPDATES' aku sepanjang trip ni di Instagram Story Highlights. KLIK SINI.

 Şanlıurfa 

Walaupun Sanliurfa mungkin belum biasa di telinga kita, daripada pengalaman aku, Sanliurfa memang sangat menarik. Aku sukakan suasananya sebab cukup berbeza dengan destinasi lain yang pernah aku singgah sebelum ini. Persekitarannya, generally selamat. Kebanyakan mereka cukup ramah dan kerana kawasan ini kurang pelancong luar negara, ada antara mereka yang mahu bergambar dengan kami lagi.
Salah satu shot kegemaran aku sewaktu di Kubu Sanliurfa.
Ada beberapa insiden kami diekori tapi bukan secara sembunyi. Dan semuanya baik sebab waktu tu kami bergerak dalam kumpulan. Tapi macam aku kata, generally selamat cuma lebih baik jangan berseorangan apatah lagi jika memang jelas korang adalah pelancong.

Göbekli Tepe

Lokasi ini diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO pada 2018 dan digelar 'Zero Point in Time' kerana signifikannya sebagai antara tapak awal tamadun manusia yang berjaya dikesan. Ia juga dikenali sebagai kuil tertua di dunia. Mengikut kajian, tapak yang berperanan sebagai kawasan ritual pengebumian dan tapak berkumpul masyarakat purba ini telah wujud sejak sekitar 12 ribu tahun lampau! Bahkan, ia tujuh ribu tahun lebih tua berbanding Giza Piramid di Mesir dan Stonehenge di England.

Apa yang mengagumkan aku, di sini kita boleh temukan senibina prasejarah dengan simbol-simbol tertentu yang secara langsung menentang teori tentang kehidupan manusia - bagaimana bangunan dan kelengkapan dicipta dan dibawa ke atas bukit ini sedangkan tulisan dan roda belum wujud pada waktu itu.

Dan satu lagi lagi misteri: Mesolitik - zaman di mana manusia hidup secara nomad dan tinggal di dalam gua serta lubang bawah tanah - dianggarkan sekitar 12 tahun lampau. Neolitik - zaman manusia mula hidup tetap, bercucuk tanam serta membiak binatang seperti kambing dan lembu - dianggarkan sekitar tujuh ribu tahun lampau. Jadi penemuan tapak Gobekli Tepe merunsingkan para pengkaji kerana ia bercanggah dengan tempoh masa zaman purba yang kita fikirkan selama ini.

Ada juga teori kontroversi mengatakan di sinilah tempat Adam dan Hawa dipertemukan selepas diturunkan dari syurga. Hal ini disebabkan kitab Bible ada menyebut bahawa Adam adalah yang pertama menanam gandum! Antara lain ada juga menganggap campur tangan makhluk asing yang membina kawasan itu. Wallahualam.

Banyak lagi misteri lain yang cukup mencabar tentang Gobeklitepe. Kajian tentang terus dilaksanakan namun pelancong masih boleh menziarah sendiri ke sini.

Tasik Halil-ür Rahman, Balıklıgöl

Ada beberapa sejarah, mitos dan legenda yang menjadikan lokasi ini antara tapak keramat. Namun yang paling popular ialah berkenaan satu peristiwa yang berlaku ke atas Nabi Ibrahim a.s. Dikatakan Nabi Ibrahim a.s. dilahirkan dan dibesarkan di sini.

Kalau kita baca sirah Nabi Ibrahim a.s., pasti kita teringat peristiwa Raja Namrud yang mahu membakar Nabi Ibrahim a.s. hidup-hidup kerana menentang penyembahan berhala. Dengan izin Allah SWT, api tersebut menjadi sejuk. Ya, di sinilah dikatakan lokasi peristiwa itu berlaku. Dipercayai, api yang marak itu menjadi air dan percikan bara api menjadi ikan-ikan.

Seperti mana yang aku saksikan di sini, lokasi ini memiliki kolam yang dipenuhi pula dengan banyak ikan kap dengan saiz sebesar lengan manusia! Wallahualam.

Tasik Ayn Zeliha

Tasik ini cuma bersebelahan dengan Tasik Halil-ür Rahman dan airnya mengalir sama dengan ikan-ikan kap tadi. Dikatakan, Ayn Zeliha, anak kepada Raja Namrud menangis tanpa henti apabila Nabi Ibrahim a.s. dibakar hidup-hidup sehingga terjadinya tasik ini. Ada juga yang mengatakan apabila Nabi Ibrahim a.s. dibakar, Ayn Zeliha mencampakkan dirinya sendiri ke dalam api sebelum menjadi air. Wallahualam.

Hari ini, Tasik Ayn Zaliha dikelilingi oleh kedai-kedai dan warung-warung. Malah ada servis bot mengelilingi tasik ini juga.

Muzium Şanlıurfa

Ini adalah muzium arkeologi setinggi tiga tingkat dengan keluasan dalaman sekitar 2500 kaki persegi. Sekitar 10 ribu artifak daripada zaman Paleolitik hinggalah ke zaman kegemilangan Islam terdapat di sini. Selain pamerannya yang menarik (termasuk replika batuan Gobeklitepe dengan saiz asal), reka bentuk muzium ini juga cukup monumental

Muzium Mozek Haleplibahce Şanlıurfa

Sesuai dengan gelaran Şanlıurfa sebagai bandar mozek, tak lengkap rasanya kalau tak singgah ke muzium dengan keluasan enam ribu kaki persegi ini. Ia terletak tak jauh dengan Muzium Şanlıurfa (sekitar sepuluh minit berjalan kaki). Dari sini, aku dapat menyaksikan hamparan mozek yang bukan setakat banyak, bahkan bersaiz cukup gah! Antara mozek yang mencuri perhatian ialah mozek bermotifkan ratu-ratu pahlawan Amazon dan Orpheus. Tak hairanlah, mozek-mozek berusia ribuan tahun ini juga disifatkan antara yang paling berharga di dunia!

Kubu Şanlıurfa

Kubu yang dilihat hari ini dibina oleh Kerajaan Bani Abbasiyah sekitar 814. Aku sempat mendaki ke sini, lagipun dekat je dengan hotel kami. Tapi pemandangan kat sini sangatlah nyaman dan memukau. Satu nasihat aku, sentiasa berhati-hati sebab kami ada diikuti oleh dua orang kanak-kanak. Tak pasti apa sebenarnya yang diorang nak sebab masalah bahasa yang kami saling tak faham. Haha.
Sempat bergambar kenangan dan berborak dengan beberapa anak muda tempatan kat atas bukit ni sekejap. Cari mana satu aku. Haha.

Harran

Satu lagi bandar purba (sekitar lima ribu tahun) di wilayah Şanlıurfa, Harran adalah satu lokasi bersejarah yang pernah didiami pelbagai dinasti, kerajaan dan empayar antaranya Akkadia, Babylonia, Assyria, Hittite, Parsi, Zulkarnain (Alexander the Great Empire), Rom, Byzantine, Seljuk dan Ayyubid. Ia juga pernah menyaksikan kelahiran cendekiawan Islam seperti Thabit Ibn Qurra, Al-Battani dan Ibnu Taymiyyah. Malah mengikut sejarah, Nabi Ibrahim a.s. dan keluarganya juga pernah mendiami Harran untuk beberapa tahun. Terlalu banyak dan panjang sejarah Harran sebenarnya kalau mahu dikisahkan! Haha,

Tapi apa yang penting, Harran hari ini adalah lokasi perkampungan cukup unik dan pastinya membuka mata kita tentang kehidupan orang dahulu kala. Aku sempat berziarah ke rumah tradisional masyarakat ini yang bentuk seperti sarang lebah. Ia sebenarnya diperbuat daripada tanah liat dan reka bentuknya dilengkapi dengan sistem pengudaraan yang sistematik menjadikan ruang dalamannya cukup nyaman walaupun di luar sangatlah panas membahang!

Pengunjung juga boleh mencuba pakaian tradisional dengan bayaran ikhlas dikenakan.

Antara lain, sekitar Harran boleh dilihat runtuhan bangunan seperti Harran City Gates dan universiti Harran yang dikatakan universiti Islam tertua di dunia. Universiti ini juga pernah memainkan peranan penting dalam proses alih bahasa kitab-kitab lama berbahasa Yunani (Greek), Suryani (Syriac) dan Arab.

Mana untuk Makan

Çulcuoğlu Baklava Restaurant

Kena cuba Turkish pizza dan urfa sade kebab sebab sangat sedap! Dan macam biasa, kegemaran aku sepanjang di Turkey ialah minuman Ayran - sangat bagus untuk pencernaan sebab aku selalu kurang air. Haha.

Urfa Sofrasi

Ini antara kedai makanan yang banyak terdapat berdekatan dengan hotel kami. Berbaloi jalan di sini malam-malam sebab nak cari makanan Halal pun mudah. Yang berbaloi untuk cuba ialah kebab terung. Boleh tahan sedap juga!

Cevahir Han

Tempat makan yang ini pula lebih esklusif. Sangat cantik dan selain makanan yang sedap, ada persembahan berupa tarian tradisional dan demo masakan juga. Malah ada tetamu lain yang turut sama menari!

Mana untuk Tidur?

El Ruha Hotel

Penginapan kami ni bukan saja sangat strategik, bahkan cukup unik! Reka bentuknya macam sebuah istana lama dan cukup gah. Banyak sangat tempat menarik yang boleh diakses dengan hanya berjalan kaki. Biliknya pun selesa. Di sini juga ada kolam renang tertutup, gimnasium dan hammam (tempat pemandian umum).


Artikel ini terlaksana terima kasih kepada Turkish Tourism (Malaysia), Turkish Airlines Malaysia dan Gaya Travel Magazine.


RELATED POSTS

38 komen

  1. Wowwww Turkey look fun 😍😍 Will definitely go visit there one day!!! Wanna ride the hot air balloon at Cappadocia badly!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahhh yes! My trip focused on Southern Anatolia so we didn't get to experience Cappadocia. Too bad. But yeah, that is still on my bucket list for sure!

      Padam
  2. wowo complete lah entry ni, memang bagus untuk rujukan travel ke turki. seronok kan travel, minda akan terbuka luas. in fact kita akan lebih menghargai kehidupan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you so much! Yup, travel bukan setakat meluaskan pemandangan kita, bahkan mengajar kita untuk lebih bersyukur. :D

      Padam
  3. It looks so fun! Gonna refer to your blog if im planning my trip to turkey! Great share.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, Jasmean! Hope you'll have a wonderful time in Turkey soon!

      Padam
  4. terbaiklah entry ni.. gambar pun cantik-cantik.. tak sabar tunggu entri baru

    BalasPadam
  5. Geram je tengok gambar2 dak Hasif ni tau semua letops! Bestnya awak dah sampai Turki. Memang wishlist sangat ni nak kesana doakan Yaya ok! :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Alhamdulillah.. Kena masukkan Turki dalam bucket list tau! Moga nanti Yaya pun akan sampai sini. Amin!

      Padam
  6. Hasif, akak rindu baca artikel travel ko. Tersusun rapi. Ikut harian dan tempat menarik. Doakan akak dapat pi Turki. Teringin nak kesana. Hehehe. Artikel seterusnya dah siap bg tau akak eh. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Thank you so much, Kak Ruby! Alhamdulillah. Okey, nanti saya beritahu kalau entri baru dah up. Dan Amin..semoga nanti Kak Ruby pun akan sampai ke sini!

      Padam
  7. Wah memang cantik kan Turki ini apatah lagi bila dikatakan Adam dan Hawa bertemu di sini...teringin gak nk g..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Banyak sangat tempat yang unik lagi bersejarah yang kita boleh belajar. :D

      Padam
  8. Bestnya dapat explore Turki, sepatutnya trip Akak on Disember tahun ni, tapi terpaksa batalkan sebab ada masalah kesihatan, Kalau pergi tapi tak dapat explore tempat-tempat best agak terkilan disudut hati. InsyaAllah sihat nnt Kak plan balik Turki tetap dalam wishlist

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak... Hmm... Semoga cepat sembuh ya kak. InsyaAllah moga nanti akan pun sampai ke Turki!

      Padam
  9. Paling suka ke Turkey adalah kucing2 diorg yang gemok, malahan kucing tu kucing liar tapi punya cantik gebu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kucing liar pun sangat terjaga dan sihat-sihat belaka!

      Padam
  10. Suka penulisan Hasif. Padanlah ada wiki. Hehe. Btw seronok nampak ke Turki, apatah lagi melawat tempat sejarah. Sis pun curious nak tahu sebab kota purba tu bercanggah pulak dgn timeline sejarah yang diketahui..then kenapa ada org ekori? Takut juga dibuatnya kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, kak! Alhamdulillah.. Turki memang sangat best. Banyak perkara yang boleh membuka minda kita. Pasal diekori tu, kami pun tak pasti tapi alhamdulillah semua selamat je. Kena gerak dalam kumpulan lah. :D

      Padam
  11. Amazing trip n Journey.. Never been there but if wanna go there will follow ur Entry as guidance.. Thanks

    BalasPadam
  12. Indahnya permandangan di Turki, tempat yang cantik untuk travel, suka baca cerita Abang Hasif ni rasa macam kita pergi ke sana pula. hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Xulhlmi! Turki memang sangat cantik dan kena masukkan dalam bucket list tau!

      Padam
  13. Salah satu tempat yang teringin sangat sis nak pergi, tapi tak ada geng nak pergi..huhuhu. Cantik sungguh sis tengok tempat ni. Doakan sis dapat ke sana satu hari nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah sis. Semoga suatu hari nanti sis pun akan sampai ke sini. Sekarang banyak je grup-grup backpackers open trip so nanti maybe boleh join. :D

      Padam
  14. Cantiknya pemandangan di Turki, memang sesuai lah travel kat sini. Baca entey ni phn rasa seolah diri ada kat sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Thank you so much! Jangan lupa include Sanliurfa dalam your bucket list tau!

      Padam
  15. memang cantik kan Turki ni, saya tak sangka pula tempat dia ada yang UNESCO tu juga. InsyaAllah one day nak dtg ke Turki aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Turki sebenarnya banyak tapak yang diiktiraf UNESCO! hihi. Aminn insyaAllah.

      Padam
  16. Seperti biasa, mesti seronok bila baca artikel yang hasif tulis. Rasa macam berada di sana. Hehe. Menariknya tempat ni walaupun first time dengar. In shaa Allah doakan suatu hari dapat pi sana. :)

    BalasPadam
  17. menariklah turki. serius takkan rugi duit datang sini sebab banyak tamadun islam boleh jumpa kat sini. allahu, cukupkan lah rezeki supaya boleh datang sini juga. thankyou for sharing ye.

    BalasPadam
  18. What an interesting journey, Hasif!

    I heard that people in Turkey are very kind, friendly, and curious to foreigners. So, maybe they teenagers were just curious about you, wanted to take picture together or wanted to know you but they don't speak any English.

    BalasPadam
  19. Tulisan yang menarik. Banyak maklumat diberkan. Terbaik Hasif. Kak pernah sampai ke sanliurfa. Entri ini menimbukan rasa rindu Tukki. Insya Allah ada rezeki ke sana lagi. Thanks..

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum...di sanliurfa pakai agent or tour sendiri.. sy tak dapat byk sgt pasal sanliurfa... Tak nampak bayang nak tour sanliurfa mcm mana..tq

    BalasPadam
  21. Saya akan ke Sanliurfa pada bulan Julai ini. Adakah suhu di Sanliurfa tarsangat panas pada waktu itu?

    BalasPadam
  22. In sha Allah, kami akan ke Sanliurfa Oct ini. Harapan saya agar tuan menerangkan cara2 utk ke tempat nabi2 kerana kami tidak bercdg ambil travel ejen.. Sekian, jazakallihu khaira

    BalasPadam
  23. Tq....sy skrg di sanliurfa....sgt membantu

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.