Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Cara Menggunakan App Photobook + Tips & Tricks!

5:12:00 PTG Hasif Hamsyari 59 Comments Category : , ,

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, buat photobook dah jadi macam ketagihan buat aku. Haha. Bukan apa, aku sekarang tengah kumpul dan susun gambar-gambar travel aku untuk jadikan photobook sebagai kenangan dan simpanan peribadi. Iyalah, kata orang tak sama dengan tengok gambar di Instagram dengan gambar yang boleh dipegang.

Kerap jugak aku kongsikan di Instagram Story termasuk tips dan tricks. Sampaikan lepas tu ramai yang tanya aku macam mana nak buat, macam-macam soalan lain termasuklah nak aku buatkan. Haha.

Jadi untuk memudahkan korang, dan aku sendiri kalau terima lagi soalan, artikel ini khas untuk korang. Tapi yang ini versi apps ya, bukan website.

TAKE NOTE: Cara versi apps dan website berbeza sikit tapi sebenarnya masih user-friendly. Tapi promo untuk apps dan website adalah berbeza. Misalnya promo kod di apps tak boleh digunapakai di website dan sebaliknya.


 
LANGKAH 1: 
 
Muat turun apps Photobook di Apps Store atau Google Play 




Kenal pasti logo ini:

 LANGKAH 2:  Daftar masuk dan kenali HOME. 

Photobook Malaysia

Arrow merah: Ini adalah butang NOTIFICATION. Bermakna, setiap kali ada promo terkini, kita boleh semak di sini. Akan ada titik warna jingga kalau ada notifikasi yang belum dibaca. Di sini juga kita akan dapat PROMO KOD yang kita kena guna waktu sebelum checkout nanti.

Arrow biru: Ini bahagian PROJECTS. Sebenarnya, apa-apa projek (walaupun selain photobook), kita boleh SAVE dan EDIT kemudian di sini. Memandangkan promo tak menentu, jadi salah satu trik adalah dengan siapkan projek dan save dulu. Bila ada promo, terus checkout! Hehe.

Arrow merah jambu: Ini bahagian CARTS. Bahasa mudahnya, apa yang korang dah letak di troli, tapi belum proses dan bayar lagi. 

Arrow jingga: Ini bahagian ORDERS. Bermakna apa-apa projek yang telah dipesan dan dibayar, kita boleh semak status terkini (sudah cetak, dihantar atau belum) kat sini. Malah ada nombor tracking juga untuk kita semak dengan courier service.

Arrow hijau: Ini bahagian PROFILE. Di sini, kita boleh link Photobook dengan Instagram, Google Photo atau Facebook sebab ada orang suka ambil gambar terus daripada tiga platform ni. Selain tu kat sini juga boleh semak dan kemaskini ADDRESS BOOK dan VOUCHER. Kalau ada masalah dan pertanyaan, boleh klik CHAT WITH US tu untuk terus tanya dengan Photobook. 

 LANGKAH 3:  Buat Photobook 

Di HOME, pilih Simple Book. Akan keluar beberapa pilihan macam ni:
  • 6" x 6" Simple Book (aku selalu pilih ni sebab yang kalau promo selalunya untuk yang ini)
  • 8" x 8" Simple Book
  • 11" x 11" Simple Book
Lepas buat pilihan, tekan NEXT.

Sekarang, pilih minimum 21 gambar daripada galeri dalam telefon korang, Instagram, Facebook atau Google Photo. Selalunya promo untuk 21 gambar sahaja. Kalau lebih, akan ada penambahan harga.

PENTING: Pastikan gambar korang bersaiz besar supaya nanti gambar bila cetak tak akan pecah. Aku biasanya akan edit dan resize di laptop dulu. Saiz yang aku biasa guna untuk 6" x 6" ialah 2000px x 2000px.
Lepas dah pilih, tekan NEXT.

Sekarang proses untuk susun gambar pada muka surat.

Photobook Malaysia
Arrow merah: Pilih salah satu layout. Nanti dia akan susun gambar dalam muka surat tu secara automatik.

Arrow jingga: Klik EDIT TITLE dan namakan photobook ni. Nama ini akan dicetak di cover belakang buku. Aku biasa gunakan hashtag aku contohnya #HASIFXBALI.

Arrow biru: Kalau mahu tambah gambar, klik ADD PHOTO. Tapi ingat, kalau lebih 21 gambar, harganya akan bertambah juga.

Arrow hijau: Kalau mahu DELETE mana-mana gambar yang tak dimahukan, klik dulu butang ni dan klik gambar yang tak nak tadi.

Kalau anda nak SWAP gambar ke muka surat lain, tekan gambar tu lama-lama dan seret ke muka surat yang dimahukan.

Bila dah puas hati dengan susunan semua, klik NEXT.

Nanti akan keluar box tanya 'PLEASE GIVE YOUR PROJECT A NAME'. Ini untuk rujukan sendiri saja, tidak akan dicetak pada buku. Boleh je letak nama sama dengan nama photobook korang tadi dan klik APPLY

 LANGKAH 4:  Pilih jenis kertas 

Photobook Malaysia
Finishing untuk Photo Luster Paper dan Matte Fine Art Paper lebih cantik, bermakna lebih mahal lah. Haha. Cuma tambah RM4.90 je pun.

Aku selalu guna Premium Silk Paper (arrow jingga) je sebab tak ada extra charge dan kualitinya masih cukup memuaskan hati. Nak tau beza jenis-jenis kertas ni, klik sini.

Lepas dah pilih, tekan gambar di arrow merah yang bermakna TAMBAH KE TROLI. Automatik dia akan bawa ke halaman langkah seterusnya iaitu DALAM TROLI ANDA (IN YOUR CART).

 LANGKAH 5:  Dalam Troli Anda 

Photobook Malaysia

Perasan tak sekarang dekat bahagian bawah, CART dah ada bulat merah. So inilah bahagiannya. Kalau nak tambah projek lain yang di SAVE ke troli, pergi ke PROJECTS dan teruskan dari LANGKAH 2 tadi sampailah ke langkah sekarang ni.

Arrow merah: Kalau ada project yang nak cancel checkout, klik EDIT, pilih projek yang tak nak tadi dan klik ikon tong sampah.

Arrow jingga: Misalnya satu projek tu nak cetak dua copy, then klik ikon tambah. 

Arrow biru: Ini bahagian penting. Klik APPLY VOUCHER CODE dan isi kod promo tadi. Nanti korang akan nampak harga MYR29.00 tadi akan dikemaskini ke harga promo tadi. 

Satu kod untuk satu produk. Jadi kalau ada kod lain atau kod itu boleh digunapakai untuk produk sama, tekan sekali lagi dan isi lagi kod sama/kod baru. 

PENTING: Sebelum tekan CHECKOUT, pastikan harga (SUBTOTAL) adalah yang korang dah semak/setuju.
Bila dah setel, tekan CHECKOUT.

 LANGKAH 6:  Semak Keluar 

Isi alamat penghantaran (DELIVERY ADDRESS) dan BILLING ADDRESS. Pastikan alamat penghantaran ialah di mana korang nak hantar photobook tu. Sebab alamat ni kita boleh tukar bermakna kalau kita nak hadiahkan orang lain pun boleh. Kiranya hadiah akan terus sampai pada alamat orang tersebut.

BILLING ADDRESS ialah untuk simpanan kita. Boleh letak alamat sama dengan alamat penghantaran juga.

Photobook Malaysia

Seterusnya, pilih cara penghantaran (DELIVERY OPTIONS). Klik di arrow merah kalau nak ubah. Aku rekomenkan express shipping. Dari pengalaman aku selalunya ambil masa dalam 3-4 hari saja.

Dari pengalaman aku juga, kos penghantaran kalau cuma satu produk ialah RM8. Kalau lebih daripada satu produk, kos penghantaran untuk satu produk akan jadi RM7. Sebab tu aku lebih prefer beli lebih daripada satu. Jimat.

Kemudian, pilih kaedah pembayaran (PAYMENT METHOD) di arrow jingga. Boleh guna Boost Wallet, Touch N GO e-wallet, Grab Pay, Maybank2u Pay, CIMB Clicks, RHB, AmBank dan banyak lagi. Pilih ikut keselesaan korang.

Pastikan setiap butir yang korang masukkan betul dan tepat dan klik ORDER NOW.

Selepas klik ORDER NOW, korang teruskan dengan pembayaran mengikut kaedah yang korang pilih tadi. Ini bergantung pada pilihan masing-masing jadi tak perlulah aku detailkan kat sini.

Selepas pembayaran berjaya, korang kena... eh. Dah siapppppp. (dalam gaya Mira Filzah).

 LANGKAH 7:  Semak pesanan 


Korang boleh semak pesanan dengan pergi ke HOME, klik di ORDERS kat bahagian bawah tu (arrow merah). Dekat sini korang boleh semak semua yang korang pernah beli di Photobook Apps. 

Lihat pada STATUS. Kalau dah setel, dia akan tulis PRINTED. Kalau sedang proses, dia akan tulis IN PROGRESS.

Arrow biru: Kalau ada masalah, macam barang belum sampai ke apa, terus chat dengan Photobook melalui chat kat sini.

Arrow jingga: Klik sini kalau nak info lebih details tentang pesanan (ORDER DETAILS) tu.

 LANGKAH 8:  Order Details 


Perhatikan bulat biru dengan ayat IN PROGRESS. Ayat ni akan berubah ke PRINTED kemudian ke COMPLETED (bulat warna hijau) dari semasa ke semasa. 

Arrow merah: Klik kalau nak tengok semula projek yang korang pesan tu. 

Arrow jingga: Klik ini kalau nak track di mana barang korang berada sekarang melalui servis penghantaran Pos Laju. Dia akan bagi nombor tracking untuk memudahkan korang. 

Arrow biru: Kalau korang nak order produk yang sama, cuma klik je REORDER ni.

Arrow hijau: Klik DUPLICATE kalau korang nak guna template yang sama. Nanti korang boleh edit je dari HOME > PROJECTS.

_______
Nah, sekarang tunggu je barang korang sampai ke alamat yang korang isi tadi!

Semoga artikel ni memudahkan korang. Kalau ada soalan, terus slide into my DM (@hasifhamsyari) okay!

RELATED POSTS

59 komen

  1. Pernah gunakan Photobook App? Kongsilah pengalaman, tips anda di sini!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih atas ilmu dan penerangan yg mudah difahami ��
      Baru nak cuba buat.

      Padam
    2. Macam mana nak edit gambar kita jadi 6x6 tu? Guna apa?

      Padam
    3. Dalam app dia akan auto adjust jadi 6x6. Selepas tu kita boleh adjust semula untuk reposition bahagian mana yang kita nak. Biasanya saya edit dahulu di komputer dan terus upload di app. Di telefon pun banyak app boleh guna untuk crop jadi 6x6 macam Snapseed, Lightroom dan PicsArt.

      Padam
    4. Haii ..berapa lama proses photobook untuk siap dan sampai kt tgn kita

      Padam
  2. lama btul tk design photobook sbb kemalasan nk pilih2 gmbr..dh ada 3 buah photobook...yg thru apps tk pernah try lg...nanti bole la try..tq share tips

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeah.. lebih mudah dan ringkas. Malah dari pengalaman saya, dari app lebih laju penghantaran. hihi.

      Padam
  3. Yaaa Sis ada 5 buku photobook travel yang Sis buat, cuma yang travel baru-baru ni tak buat..kadang tu time nak pilih gambar jd stress hahahaha..jenis tak menyabo gini leee...baca je posting ni, terus rasa semangat nak buat lagi laa..sayang gambar simpan aje kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu sis! Rasa sayang kalau tak dicetak sebab lain feel dia simpan di komputer dengan pegang di tangan. Waktu lapang-lapang boleh selak-selak kenang memori gitu.

      Padam
  4. Selalu guna photobook ni utk print gambar lagi utk occasion penting mcm bday. Sbb simpan hardcopy lg best dari digital. Atleast boleh simpan tgk2 bila nak.. Kalau simpan online takut virus hilang semua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, itu juga antara sebab saya buat photobook. Memang semua simpan dalam hardisk dan kadang-kadang terdetik juga kalau hilang semua sekali gus... Sayangnya!

      Padam
  5. Tak pernah guna app ni. Dan tak pernah print photo guna photobook. Tq share step by step.

    Mudah nak follow. Ouh ada jenis kertas pun boleh pilih ya.

    Kos postage lagi jimat kalau lebih dari 1

    BalasPadam
  6. wahh mudah je rupanya. terima kasih share. penerangan jelas dan mudah faham

    BalasPadam
  7. better pakai app kan. lagi senang nak edit ke apa ke. bila-bila masa boleh buat. nak cari gambar dekat phone pun senang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes. In fact boleh terus sedut dari Instagram ke app ni. Sangat mudah!

      Padam
  8. Tak pernah lagi guna Photobook App ni. Nampak macam convenient. Dulu2 cuci gambar dkt kedai kamera, skrg pakai apps je. mudah sangat. thanks share ya hasif

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure! Hihi. Yes, sangat convenient. Terus sampai ke rumah dan murah pun murah!

      Padam
  9. Bagus juga ada sistem online utk photobook ni. Memang bagus kita kumpul gambar dlm album agar senang cari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya, kenangan untuk diri sendiri dan keluarga saja. Mudah je gunanya. :D

      Padam
  10. aida guna laptop. lom pernah guna apps.
    baru decide nak grab few vouchers. gambar semua dah pilih.
    just waiting for the great offer by photobook.
    now dah ada 4 photobook. best!
    nanti nak tgk tgk apps ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang saya guna laptop juga. Tapi pemerhatian saya, di apps macam kerap lagi promo. hihi

      Padam
    2. Kalu da siap print da dpt gmbr dlm tu xbole delete ke

      Padam
  11. mommy setiap kali ada majlis ke, pergi travel ke mesti buat 1 khas album.

    senang dengan photobook ni. amat mudah digunakan

    sekarang ada app lagi mudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan. sebagai kenangan sendiri dan ahli keluarga saja. lagipun caranya pun tak melecehkan. harga pun murah especially waktu promo.

      Padam
  12. Tak pernah buat pun photo book ni. Tapi bila difikir ok juga kalo buat. Gambar kt dalam drive tu tak de backup la pulak kan. Later sis cuba buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebenarnya ini pun antara sebab saya buat photobook. sebagai back up juga. hihi

      Padam
  13. I dah buat pakai photobook ni best gila mudah senang nak buat album kahwin kan.. hee.. gambar travel buat kenangan nak tunjuk kat anak anak cucu cicit

    BalasPadam
  14. Thnaks share cara nak guna app photobook ni. Dari sehari ke sehari nak buat tapi tak terbuat. Gambar dah banyak sangat dalam hp ni. Nak juga abadikan gambar anak anak dalam photobook kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Supaya adalah kenang-kenangan untuk simpanan peribadi dan famili kan. Hihi.

      Padam
  15. Baca postingbteringatbada 10 voucher x guna lagi. Adeh.. kena godek2 gambar ni huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hah nasib baik! haha. cepat sebelum voucher expired!

      Padam
  16. tengok apps ni. teringat akk ada 10 kod lagi tak tebus hehehe..nanti nak buat la

    BalasPadam
  17. Terima kasih atas perkongsian, memang sis blur bab2 nak buat photobook ni. Dah ada step by step boleh le ikut. Pernah buat sekali..itu pun kawan yg buatkan..hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kak. Itulah, idea buat entri daripada kawan yang mula-mula nak suruh saya buatkan juga. haha. Sekarang dia pun happy dapat buat sendiri.

      Padam
  18. thanks sharing ni. saya pun selalu juga gunakan apps ni. best kan, printing dia pun cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, so far saya puas hati je dengan app ni sebab mudah, murah dan hasilnya memuaskan. hihi

      Padam
  19. Thanks for the detail description, i will check it out and might need to create a photobook too

    BalasPadam
  20. Mekasih share info. Mudah sangat penerangan ni. Plannya nak juga buat photobook anak anak. Tapi tu la, risau susah je. Haha
    Rupanya senang.
    Okay, blh la try godek godek ni.
    Mekasih ya.

    BalasPadam
  21. Nak tnya kalau ada pgalaman. Bila printing hasilnya ada yg tak sama dgn gmbr asal. Cth: gmbr gelap, "terpotong" bhgn badan biasanya dahi. Apa yg sy perlu edit.

    Ada beza ke kalau guna Photobook app di phone dan komputer. Sy slalu buat 4R prints.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pernah alami masalah sama untuk photobook. Tapi Alhamdulillah selesai dan mereka hantar cetakan yang baru tanpa caj. Nanti cubalah tanya dan nyatakan masalah dengan mereka di website/app itu juga.

      Beza app di phone dan website di komputer tak banyak pun. Di komputer boleh customize lebih detail. Dan promosi pun selalunya berlainan.

      Padam
  22. Dah order dkt photobook and dkt status dah tulis completed tp bila nak track item dia tulis tracking number unavailable. Barang belum smpi lg tp status dah completed. Chat dkt photobook pun takde respon. Kalau jd mcm ni nak buat mcm mana ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang-kadang mereka reply lambat sikit. Tapi biasanya kurang 24 jamlah. Kalau masih tak boleh, cuba DM mereka di Instagram atau terus emel ke support-my@photobookworldwide.com . Boleh sertakan Order ID number, gambar, screenshot atau video berkaitan masalah tu dan jelaskan lebih lanjut. Semoga membantu!

      Padam
  23. macam mana ekk nak pilih template kalau dari apps photobook ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Template fancy cuma untuk versi web. Cuma ada layout je boleh pilih (lihat Langkah 3, arrow merah).

      Padam
  24. bos...boleh terangkan terperinci tak...nk edit gambar sebelum masuk dlm photobook app tu...sy dah buat sebelum ni...gelap malap je semua gmbr photobook sy

    BalasPadam
  25. bos...boleh terangkan terperinci tak...nk edit gambar sebelum masuk dlm photobook app tu...sy dah buat sebelum ni...gelap malap je semua gmbr photobook sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Edit foto kena edit di app lain. Macam saya edit di Lightroom dulu. Dah siap semua baru masukkan dalam Photobook App.

      Padam
  26. alamat pakai alamat mana sebab tulis kat situ alamat peti surat tak boleh?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada dua alamat kena isi. Delivery dan billing address (langkah 6). Isi delivery address untuk alamat di mana photobook akan dihantar. Billing address hanya rujukan untuk alamat pembayaran saja.

      Padam
  27. guna alamat apa ye. sebab sis guna alamat rumah tak bolehhh��

    BalasPadam
  28. Kenapa harga dia sekarang sampai seratus lebih ye 😭

    BalasPadam
  29. As salam. Klu beli e voucer kt shopee. Dia cuma bg order id je. Dia akn email ke no voucer tu atau guna order id utk redeem? Tp dh try xboleh pulak. Tqsm

    BalasPadam
  30. Hai. Nak tanya, pernah tak edit guna Canva utk print kat Photobook? Agak2 pecah tak gambar dia?

    BalasPadam
  31. kenapa eh dah lama order tp still *processing order* lepastu dpt voucher free bile order yg baru sekejap je dia *printing* 😥 yg order lama tu tk gerak² lg

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.