Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pengalaman Meneroka Kompleks Gua Ikan, Dabong

6:02:00 PTG Hasif Hamsyari 39 Comments Category : , ,


Bagi penggemar sukan lasak, Dabong, Kelantan antara destinasi yang cukup popular. Sampai saja ke daerah ini, sesiapa pun pasti akan tertarik dengan pemandangan Air Terjun Jelawang nun di sisi Gunung Stong, dikatakan air terjun tertinggi di Asia Tenggara!

Tapi selain Gunung Stong yang terkenal sebagai lokasi pilihan para pendaki, Dabong juga ada kompleks gua yang cukup memukau dan masih jarang diteroka. Dari pengalaman aku baru-baru ini, kompleks gua batu kapur yang berusia lebih 150 juta tahun ini sememangnya satu lagi destinasi mesti pergi!

Cara ke Sini

  • Dari Kota Bharu, perjalanan ke sini akan mengambil sekitar dua jam 40 minit.
  • Boleh Waze Gua Ikan (Google Maps) dan parkir kereta di Taman Rekreasi Gua Ikan.

Info Ringkas Kompleks Gua Ikan

  • Gua Ikan mendapat namanya sebab struktur batu kapur yang berbentuk seperti ikan. Dalam perjalanan, boleh nampak bentuk ikan ni.
  • Ada empat gua yang dibuka kepada pengembara iaitu Gua Pagar, Gua Keris, Gua Ikan dan Gua Gelap. Tapi, Gua Gelap lebih advance kerana memerlukan pengembara untuk berbasahan dan merangkak di dalam gua justeru bukan menjadi pilihan berbanding tiga yang lain. 
  • Gua-gua ini direntangi oleh sebatang anak sungai yang jernih.

Pengalaman Aku

Kami memulakan perjalanan dari taman rekreasi yang mana terdapat kawasan parkir yang luas dan kemudahan tandas serta kawasan perkhemahan. Dari taman rekreasi ni boleh terus ke Gua Ikan sebab gua ini tidak susah untuk diakses dari sini.

Sekitar 9.30 pagi, kami mulakan perjalanan ke Gua Pagar. Pintu masuknya barangkali hanya pakar yang tahu kerana ia terletak betul-betul di pinggir jalan, berdekatan pintu masuk taman rekreasi tadi. Dari sini, perjalanan ke Gua Pagar mengambil masa sekitar 20 minit saja. 

 Gua Pagar:  Meneliti Hidupan Gua dan Mencari Bukti Teori Evolusi 

Di Gua Pagar, keunikan yang ketara ialah bilamana aku dapat melihat beberapa hidupan gua. Misalnya beberapa spesis tumbuhan Vaughan's Balsam selain binatang seperti trapdoor spider!

Selain tu, guide kami turun menunjukkan antara bukti teori evolusi yang menunjukkan bahawa gua ini suatu ketika dahulu ditenggelami air misalnya fosil rumpai laut yang menjadi batu dan melekap di dinding-dinding gua.
Dari kiri: Kesan rumpai laut di dinding gua; Trapdoor spider.
Vaughan's Balsam.
Dan kalau sudah namanya gua, aku juga tak melepaskan peluang untuk menikmati struktur batuan stalagmit di lantai gua dan stalaktit yang bergantungan. Ada macam-macam bentuk yang mencabar imaginasi! Keluar sikit daripada Gua Pagar, bahkan ada struktur batuan yang menyerupai kingkong! Ada yang menggelarnya "Monkey Head Stone".

 Gua Keris:  Fenomena 'God Light' 

Bercakap soal stalagmit dan stalaktit, gua seterusnya yang kami singgah memiliki struktur batuan yang berbentuk keris! Dan disebabkan itulah namanya ialah Gua Keris. Selain struktur batu ini, ada tiga lagi keunikan yang buat aku kagum dengan gua ini.
Pertama, terdapat satu stuktur bukaan gua yang mirip peta negeri Kelantan. Barangkali satu kebetulan, bukaan gua gergasi ini juga melimpahkan cahaya yang menerangi ruang gua.
Kedua, pembentukan kristal (calcium calcite) serta proses awal pembentukan stalaktit dipanggil karst line. Malah ada satu ruang yang menyerupai langsir, terjadi daripada aliran air yang membawa bersama hablur mineral seperti kristal membuatkannya berkilau apabila disuluh cahaya. Struktur 'langsir gua' ini disebut 'flow stone'. 
Ketiga, dan yang paling popular sehingga tidak keterlaluan jika disebut sebagai ikon Kompleks Gua Ikan, ialah fenomena 'God Light'. Fenomena ini terjadi bilamana bukaan di langit gua menyuluh cahaya matahari terus ke lantai gua. Fenomena ini cuma bertahan untuk 30 minit dan kejadiannya juga sangat bergantung kepada keadaan cuaca. Jadi kalau pengembara dapat menikmati keindahannya yang luar biasa, kira memang cukup bertuah!

 Gua Ikan:  Senang dan Tenang 

Gua terakhir iaitu Gua Ikan ini boleh saja diteroka dari taman rekreasi tadi tapi kami memilih memulakan perjalanan dari jalan belakang sebelum menamatkan aktiviti meneroka gua (caving) kami di parkir kereta tadi.
Gua Ikan adalah yang paling mudah. Laluannya mendatar dan ada sungai kecil di sepanjang gua. Kalau mendongak ke atas, ada sarang kelawar yang agak banyak. Struktur dinding gua juga tak kurang menarik jadi tak hairanlah mereka yang datang ke taman rekreasi akan singgah ke sini juga untuk merakamkan gambar!

Checklist sebelum ke Kompleks Gua Ikan
  • Kasut trekking yang bersesuaian / sandal yang tahan lasak
  • Baju dan seluar bersesuaian
  • Beg kalis air
  • Torchlight atau headlamp
  • Air mineral sekurang-kurangnya 500ml
  • Insect repellent

Kesimpulan

Pengalaman meneroka Kompleks Gua Ikan ni bukan setakat menyeronokkan bahkan cukup informatif. Dengan guide kami, aku peroleh banyak ilmu baharu serta puas merakamkan gambar sekitar kawasan ni. Walaupun ada beberapa bahagian yang aku kira agak berbahaya, tapi semuanya masih dalam kawalan dengan pengawasan daripada guide kami.

Kalau mahu meneroka Kompleks Gua Ikan, aku sangat cadangkan korang book guide daripada Jelawang Pipe Resort & Extreme Park sebab diorang ada guide bertauliah dan boleh terus ambil pakej menginap di sana juga. Boleh terus hubungi 014-832 4363 atau ke Facebook Rasmi.

Artikel ini terhasil melalui perogram Ekspresi Media Kelantan 2020. Terima kasih, Tourism Malaysia dan Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan!

RELATED POSTS

39 komen

  1. Pernah ada pengalaman ke Gua Ikan ni? Kongsikanlah di ruangan komen!

    BalasPadam
  2. teringin nak join aktiviti msuk gua mcm ni. tak berpeluang lg..wah kalau ambil gambar bawah god light tu mesti cantik kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kak. Memang sangat cantik. Fenomena yang jarang-jarang dapat disaksikan tau.

      Padam
  3. Cantiknya tempat dia. Kalo berpeluang ke sini mmg nampaknya akan snap gambar banyak2 la hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, memang sangat cantik untuk bergambar. Lagipun banyak benda boleh belajar untuk lebih menghargai alam semulajadi. :D

      Padam
  4. Nak jugak join sebenarnya tapi akak ni fobia sikit masuk kat tempat2 tertutup lagini mula la takle nafas la, hilang deria rasa laa. Macam2 laa mai tang tu jugak. Sebab tu la takut nak join. Taoi tgk orang join suka la pulak .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kena berteman, bawa famili dan kawan-kawan mesti lagi best. Sekali-sekala meluangkan masa dengan yang tersayang sambil menikmati alam semulajadi best tau!

      Padam
  5. Malu rasanya, sebagai anak Kelantan, saya sendiri pun belum pernah sampai ke sini. Banyak sebenarnya tempat menarik di Malaysia ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa.. Tak terlambat lagi untuk meneroka negeri sendiri. Hihi. Yup, Malaysia bertuah dengan banyak sangat tarikan yang kadang-kadang kita sendiri pun selalu terlepas pandang.

      Padam
  6. Memang seeonok menerikai gua hua di Malaysia ini tapi jika nak jelajah pun elok lah masa tengah muda dan kuat ya sbb paatu mcm sukar sikit dah tak larat nk panjat oanjat kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah boleh, bergantung tahap kesihatan masing-masing. Hihi. Pernah juga mendaki bukit dan gunung jumpa dengan auntie dan uncle yang masih bersemangat untuk mendaki. :D

      Padam
  7. Tu dia bestnya jalan2 masuk gua. Lama benar tak hiking mcm ni sejak pkp. Eh sejak beberapa tahun lepas. Haha. Nanti boleh start balik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa, dekat je bang. Bolehlah jalan-jalan nanti ke Kelantan pula!

      Padam
  8. Wow.....beautiful cave to explore. Good post and pictures. Thank you for sharing your story with me.

    BalasPadam
  9. dalam banyak2 cuma tau gua keris je. hehe. tak pernah tau ada banyak gua yang menarik untuk diterokai. selalu pi jelawang aim nak hikinh stong je. lepaa ni boleh pi teroka gua pulak. thanks sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yes! Itulah, memang ramai aim ke Stong je tapi sebenarnya Gua Ikan ni pun kena masukkan dalam list tau!

      Padam
  10. Bestnya dapat menerokai gua2...cantik sangat dalam gua tu..teringin gak kmid nak join tapi x tahu larat ke tidak lagi nie.hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah. Boleh daki slow-slow. Saya yakin Kak Mieda mesti boleh juga ni. Kak Mieda kan selalu bersemangat!

      Padam
  11. Fenomena God Light tue macam yang Kitkat g cari kat Hua Hin dulu2... Tapi ended up x kesampaian bergambar kat situ... Since Malaysia ada scene yang serupa tapi lagi cantik, kena pergi ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh yeke! Menarik juga tau informasi ni. And yes, since Malaysia pun dah ada better kita jalan-jalan dalam negara dulu, apalagi waktu macam ni kan. Hihi.

      Padam
  12. Best sangat tengok gambar. Dapat meneroka gua yang ada. Gua ni nad suka tengok sebb bentuk nya yang menarik. Satu gua je nak pernh masuk.. Dekat perlis ke Perak. Lupa pulak gua apa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gua Tempurung ke? Hihi. Yes, banyak gua-gua menarik di Malaysia ni. Berbaloi sangat kalau dapat teroka semuanya one day!

      Padam
  13. Subhanallah. Indahnya kejadian di dalam gua-gua nie semua. Rawlins teringin nak explore gua2 tapi sejenis nervous jika masuk kawasan sempit yang gelap

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin Rawlins kena pergi ramai-ramai baru kurang rasa nervous tu kot.

      Padam
  14. Subhanallah.. leka saya melihat gambar2 dalam entri ni. Cantik sangat. boleh rekomen kat husband nanti ke sini. kalau kita tak boleh pergi, dia dengan geng2 dia la... cantik sgt tempat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih! yes, berbaloi sangat meneroka gua ni. Banyak benda boleh belajar juga!

      Padam
  15. Cantiknya suasana dan pemandangan dikelilingi oleh flora yang sungguh menenangkan, best je feelingsnya... last masuk gua dulu saya rasa in 2002 kot, Gua Kelam kat Perlis... sya rasa teruja pula tengok gua-gua yang Hasif pergi ni... nanti bila berkesempatan, nak bawa family ke sinilah... insyaAllah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawa famili mesti lagi best sebab dapat spend masa berkualiti sambil menikmati keindahan alam semulajadi!

      Padam
  16. Last time ke Kelantan nak masuk Gua Ikan tak kesampaian sebab hujan lebat sangat. Sempat masuk gua Gunung Reng je. Baca post ni terus rasa kena pergi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, tak tau pula kewujudan Gua Gunung Reng. Saya kena teroka lagilah macam ni nampaknya. Hihi.

      Padam
  17. Cantiknya pemandangan dan ciptaan Allah. Tapi tu la za ni fobia tmpt sempit makanya mmg takleh nak explore tmpt mcmni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kena pergi ramai-ramai baru kurang rasa gugup tu sikit kot. Hihi.

      Padam
  18. saya jarang join aktiviti masuk gua ni.. macam fobia dengan gelap.. info menarik dan gambar pun cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, sikit je bahagian gua yang gelap. Lain lebih banyak yang luas dan terang.

      Padam
  19. Mesti mencabar nak masuk ke gua kan? Selalu tengok dlm tv je. Ni untunglah dpt tgk depan mata kan. Sume gambar cantik2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih! Tak juga. Lebih kurang mendaki saja. Memang berbaloi meneroka Gua Ikan ni!

      Padam
  20. Best nyer dapat pergi trekking and explore the caves at Dabong, sis belum perbah ke sana lagi .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa maknanya sis kenalah masukkan dalam bucket list! Hihi.

      Padam
  21. bucketlist.. hope one day dapat jejak kaki ke sini dan tgk God Light tu sendiri!

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.