Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Rainbow Skywalk, The TOP Penang: Menikmati Pemandangan Pulau Pinang dengan Matahari Terbenam

6:02:00 PTG Hasif Hamsyari 36 Comments Category : , ,

Menikmati pemandangan matahari terbenam antara bucket list kami team #HoHoPenang dan membuat keputusan untuk menikmatinya di The TOP Penang kelmarin ternyata berbaloi! Tambah-tambah dengan pemandangan bandaraya George Town yang ikonik lagi bersejarah... Fuh, berkali ganda kepuasannya.

The TOP Penang ialah menara paling tinggi di Pulau Pinang. Dah kalau yang tertinggi, semestinya menikmati pemandangan bandaraya George Town adalah paling best kat sini!

Kawasan tinjau kat sini dipanggil Rainbow Skywalk yang terletak di Tingkat 68 yang juga rooftop bagi The TOP Penang. Ketinggiannya kira-kira 816 kaki dari aras laut dan satu lagi keistimewaannya ialah ia menawarkan pemandangan bandaraya George Town 360 darjah!

Ada outdoor bar (Coco Cabana Bar & Bistro), banyak ruang untuk bersantai sambil menikmati segelas minuman dan ada live music performance juga. Tapi yang paling mencuri tumpuan semestinya berjalan di atas gelas kaca yang mana boleh nampak kereta dan manusia yang lalu-lalang di bawah tapak kaki!

Aku tak mudah gayat tapi pada yang gayat pun tak perlu risau sebab langkah-langkah keselamatan di sini (dari apa yang aku nampak) sangat ketat. Misalnya semua yang melalui gelas kaca ni kena buka kasut dan selipar. Ada satu rak kasut disediakan. Malah ada penjaga yang akan memastikan ruang gelas kaca ini tidak melebihi kapasiti pengunjung yang dibenarkan. 

Kalau cuaca tidak mengizinkan, tak perlu risau sebab ada juga Observatory Deck di Tingkat 65. Pemandangan dari sini pun tak kurang mengagumkan. Kat sini pun ada gelas kaca tapi dalam keadaan indoor

Kalau korang banyak masa, sebenarnya di dalam bangunan The TOP Penang ni ada lebih 18 tarikan, termasuk Rainbow Skywalk. Teruskan baca untuk tahu apa lagi tarikan yang aku sempat singgah kat sini. 

Top View Restaurant @ 68th Floor

Alang-alang sampai waktu matahari terbenam, kami putuskan untuk terus makan malam di sini. Tempat makan ni indoor dan menyediakan banyak meja jadi tak perlu risau tentang tahap keselesaan kat sini. 

Malam itu aku makan Top View Nasi Lemak Chicken Rendang (RM21.90) dengan Top View Teh Tarik (RM7). Boleh tahan sedap! Selain rendang ayam, siap ada sambal dengan udang lagi. Puas makan! Menu yang geng #HoHoPenang lain cuba termasuklah Top View Grilled Chicken Chop (RM23.90), Stir Fried Mee Mamak (RM18.90), Top View Char Kuey Teow (RM18.90) dan Spaghetti Bolognese (RM21.90). Rata-rata memang puas hati dengan makanan malam tu!

Kami pun sempat meraikan hari jadi abang kesayangan kami, Zarnizar kat sini. Ah, indahnya memori!

Penang State Gallery

Galeri Negeri Pulau Pinang ini mengetengahkan segala informasi tentang Pulau Pinang yang juga terkenal dengan jolokan Pulau Mutiara. Dari sejarahnya sebagai kawasan penempatan selat pertama British sekitar abad ke-18 sehinggalah kini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO, pengunjung juga dapat mempelajari tentang budaya, geografi, makanan bahkan pengangkutan dan pelbagai lagi perkara yang menjadikan Pulau Pinang hari ini!

Muzium Durian

Memang tak syak lagi kedudukan durian sebagai raja buah sukar digugat. Iyalah, buah apa lagi yang siap ada muzium didekasikan khas untuknya? Haha.

Dekat Muzium Durian ni, pengunjung dapat mempelajari dengan lebih mendalam apa itu buah durian. Ini termasuklah jenis-jenis durian, cara dan proses penanaman sehinggalah proses memungutnya. Kat sini juga ada banyak spot untuk bergambar jadi sangat sesuai untuk dilawati untuk seisi keluarga.

Penang Boutique Aquarium

Sebagai penggemar laut, aku teruja bila dapat tau rupanya dekat The TOP Penang ni jugak ada akuarium dengan banyak gila ikan! Dengan keluasan 30 ribu kaki persegi, kat sini ada sekitar 150 spesis ikan dalam lebih kurang 100 tangki. Aku rasa boleh habiskan masa paling minimum 30 minit kat sini sebab teruja nak tengok setiap spesis ikan kat sini!

Dan kalau dah namanya 'boutique aquarium', tempat pameran setiap ikan ni cantik-cantik belaka!

Nah, banyak kan benda boleh buat di The TOP Penang ni? Ada banyak lagi sebenarnya yang aku tak sempat singgah yang korang boleh semak sendiri di laman web mereka. Jadi kalau ke Pulau Pinang dan nak cari tempat yang mana korang boleh nikmati banyak tarikan dalam satu tempat je, bolehlah ke The TOP Penang ni!


Alamat:
THE TOP Penang
1, Jalan Penang, 10000
George Town Penang, Malaysia

Nombor Telefon:
+604 375 9800

E-mel:
Laman Web:

Media Sosial:

Gambar: Hasif Hamsyari & Zarnizar

RELATED POSTS

36 komen

  1. Dah pernah sampai ke sini? Kongsikanlah pengalaman korang kat ruangan komen ni! ;)

    BalasPadam
  2. Rezeki betul dapat view Sunset lawa hari tu... awww.. rindu semuaaaaaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Beruntung kita sbb semua tempat waktu sampai, cuaca menyebelahi. Hihi. Alhamdulillah..

      Padam
  3. Cepatla clear Covid nie. Rawlins dah tak sabar nak ke Penang. Sambil lawat lokasi best, nak jengok keluarga angkat sekali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin! Itulah. Sekarang ni pun banyak plan terpaksa cancel kan. Susah sangat. Dengan angka makin meningkat, risau betul nak travel kerap sangat. T.T

      Padam
  4. i tak pernah pegi The Top lagi, tapi 68th floor dah pernah pegi buffet! sedap and view penang cantik gila!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Lawa sangat pemandangan dari atas tu. Dan makanan tu pun pada saya taklah melampau sangat. Sesekali datang memang recommended!

      Padam
  5. Doakan kak min berkesempatan nak ke sini gak nnt lps dah reda2 kes covid ni. Nampak lawa btl tempat ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin.. InsyaAllah, Kak Min. Yes, kalau ke Penang memang rasa tak lengkap kalau tak singgah ke sini tau!

      Padam
  6. Destinasi seterusnya pulau pinang. Kebetulan memang nak berjalan pulau pinang lepas kedah dah reda nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeay! Ha, jangan lupa masukkan The TOP Penang ni dalam itinerari ya!

      Padam
  7. next year ke Penang bolehlah singgah sini, hari tu pergi just lepak dekat hotel tak merayau pun dan tak sempat nak kemana-mana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai sayangnya. Ha, yes. Next time ke Penang memang sangat berbaloi singgah ke sini. Banyak tarikan ada dalam satu bangunan je!

      Padam
  8. Kenapa Hasif baring macam tu kat atas tempat tinggi berkaca hehehehe.. Kita tak takut gayat tinggi tapi kita tak boleh tempat tinggi tu kecil dan goyang-goyang hehehe memang tak lah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha, demi gambar. Lagipun saya tak gayat sangat. Tapi bang Maha, waktu saya datang tak terasa goyang pun, bermakna insyaAllah utuh tu. hihi

      Padam
  9. Ni kalau tunjuk anak Sis ni, mau terus id jawab, 'Jom" ajer.. maklum memang kami satu family lama gile tak ke Penang. nasib baik ada info dr Hasif macam ni, so kalau ke Penang refer aje blog ko Sif..

    Gilerr lawaa betul laaa pemandangan semua.. cuma takut Sis ko gayat aja hahahah kecut dada Mak nakkkk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. Boleh, Kak Lin. Lagipun sekarang kan masa untuk kita sokong industri pelancongan tempatan. Penang antara destinasi yang memang best pun. Mesti anak-anak akak akan enjoy juga!

      Padam
  10. Dah berkali-kali pergi Penang tapi tak pernah kesampaian untuk jejak kaki kat The Top ni.. teringin sangat nak cabar diri yang phobia dengan ketinggian... gayat weiii tengok gambar jer pun dah terasa gayatnya... one day! nak kumpul kekuatan untuk experience The Top ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ramai-ramai pergi tak terasa sangat kot takut tu. Hihi. Lagipun tempat ni memang best kalau pergi dengan famili atau kawan-kawan. Sangat enjoy!

      Padam
  11. Pwegh banyak rupanya dalam Top Penang nie rk.. Ingt kaca tu je.. Rupanya ade macam2.. Bestnya.. Bolehla masuk dlm list ni.. Lama tak ke Penang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, kak! Memang sesuai sangat untuk seisi keluarga. Tak perlu pergi banyak-banyak tempat, kat sini je pun banyak tarikan dah. Masa pun jimat!

      Padam
  12. Belum pernah dampai sini lagi... menarik kan nampak. Nanti klu kr Penang nak g gak lah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, berbaloi sangat singgah ke sini kak. Menarik dan banyak aktiviti boleh buat!

      Padam
  13. Baru tau ada byk aktiviti dekat The Top ni. Ingat ada see thru glass dgn observatory deck tu je. Boleh lah plan ke sini juga nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Saya pun actually baru tahu juga. Hihi. So lepas ni senang nak bawak sesiapa jalan tanpa perlu pergi jalan banyak tempat!

      Padam
  14. Mula2 baca paaal Too ingat sabun ekekek.. emnarik juga oennag eh.. lama x turun penang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaha alamak! Iyalah nama kebetulan sama pulak kan. Ha, yes, kalau turun Penang soon jangan lupa singgah sini ya!

      Padam
  15. Cantiknya Rainbow skywalk tu. Aritu saya pergi buat Gravityz Rope Challenge je, tak singgah pun kat skywalk. Ni nampaknya kena pegi lagi ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haaa itulah yang kami tak sempat buat! Nampaknya pun kena pergi lagi nanti!

      Padam
  16. Kak blm pernag lg ke Rainbow Skywalk, The TOP Penang ni, next time kalau ke pulau pinang blhlah singgah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, Kak Limah! Seronok lagi-lagi kalau datang ramai-ramai!

      Padam
  17. Menarik tempat ni. Selalunya kalo g penang, bukit bendera la yang nak dituju.
    Now dah ada lokasi baru. Masuk bucket list bila g penang ke p sini 😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes! Salah satu aktiviti yang sangat berbaloi selain ke Bukit Bendera semestinya singgah ke di The TOP ni!

      Padam
  18. uish menariknya kalau dpt pergi The TOp ni sambil tengok view matahari terbenam..

    BalasPadam
  19. one of the BEST place in penang yg wajib korg pergi! omg sunset kat sni seriously stunning giler pstu layan lepak minum chill2 smbil layan busker :') one of the best memory! #HoHoPenang

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.