Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Pengalaman Menginap di KLoé Hotel, Bukit Bintang

10:37:00 PG Hasif Hamsyari 35 Comments Category : ,


KLoé Hotel mungkin terletak di salah satu jalan paling sibuk dan strategik di Kuala Lumpur - Jalan Bukit Bintang - tapi barangkali atas faktor usianya yang belum pun mencecah setahun dan lokasinya yang agak tersorok, ramai yang terlepas pandang hotel butik yang sangat elegan di belakang Shell Jalan Bukit Bintang ni!

Baru-baru ni aku menginap di sini untuk 3H2M dan seikhlasnya, aku cukup berpuas hati dengan servis kat sini. Bukan semata-mata cantik luar dan dalam, bahkan apa yang lagi penting, penginapan kat sini terasa lebih bermakna dengan layanan staf diorang yang ramah!

 LOBI 

Sebelum aku teruskan, lorong masuk ke pintu utama KLoé Hotel adalah satu lorong kecil bersebelahan stesen minyak Shell Jalan Bukit Bintang. Aku banyak gunakan Grab untuk keluar dan aku rasa setakat pengalaman aku, 90% pemandu Grab selalu tak nampak lorong kecil ni dan biasanya akan pick up atau drop off aku dekat bahagian belakang hotel - which is tak jauh pun dari pintu masuk utama. Seminit jalan kaki pun tak sampai.

Aku serius teruja bila masuk ke lobi KLoé Hotel ni sebab memang sangat cantik. Banyak ruang menunggu yang ditatarias dengan perabut moden dan cermin kaca yang memberi pencahayaan semulajadi ke segenap ruang lobi. Malah ada satu halaman kecil dengan kolam pancuran kecil untuk tetamu bersantai dengan udara luar.

Bahagian lobi juga diberikan kemasan desain industrial contohnya melalui penggunaan dinding bata kosong, siling yang tinggi dan sistem saluran yang dibiarkan terdedah namun tidak terasa menyesakkan, sebaliknya lebih melengkapkan satu impresi bahawa aku memang akan suka dengan hotel ni.

Bahagian kaunter resepsi pun luas, terletak bersebelahan dengan Lucky Coffee Bar yang menyediakan minuman nitro, roti sandwich dan pastri. Tapi untuk urusan check-in dan check out, memang mudah, cepat dan layanan staf memang layak diberikan pujian.

 BILIK 

So much to talk about the room but as to start, di KLoé Hotel ni ada 85 bilik yang boleh dibahagikan kepada 80 City Room dan Courtyard Room serta 5 Artist Loft. Aku menginap di City Room, bilik paling basic kat sini tapi aku rasakan cukup berbaloi!

Bilik City Room berkeluasan 22 meter persegi ni dilengkapi dengan katil saiz king dan apa yang membuatkan aku lebih puas hati, pemandangan bilik aku menghadap bandaraya Kuala Lumpur - Menara TRX (The Exchange 101) tersergam sebaik aku menyelak langsir bilik.

Details kat bilik ni antara poin yang wajar diberikan perhatian sebab kebanyakannya memberi kredit kepada artis-artis lokal misalnya meja kerja daripada Lain Furniture, alat tulis daripada L.inc, lampu daripada Stephanie Ng Design, lampu seramik daripada Thirty3 Eleven, dan hasil seni daripada Our Arts Project. Memang cool!

Sebelum aku terlupa, bilik aku ini juga dilengkapi dengan Smart TV 43 inci dengan Chromecast (pada yang kurang tahu, ia membolehkan skrin daripada gajet seperti telefon pintar disambungkan terus ke TV)! Alang-alang bercakap soal kecanggihan elektronik, aku juga nak tekankan tentang banyaknya soket kat bilik ni - antaranya di kiri kanan katil, meja kerja dan mini bar serta ada USB port juga.

Desain bilik ni sendiri pada aku cukup brilliant. Sangat kemas, moden dan kombinasi warnanya pun cukup membangkitkan kesan nyaman. Selain tu, pintu gelongsor separa telus ke tandas adalah pintu almari pakaian juga - jika pintu tandas dibuka, almari pakaian akan ditutup dan sebaliknya. Dan efek separa telus tu sendiri memang cukup seksi!

Tandas juga dilengkap dengan rain shower serta kemudahan lain seperti pengering rambut, alatan mandian daripada Aēsop serta alatan kemasan diri yang lengkap. Ha, bercakap soal kemasan diri, aku sukakan penggunaan berus gigi daripada buluh tu. Dan bercakap soal mesra-eko, KLoé Hotel juga tak guna botol plastik sebaliknya botol kaca isian semula. Nice effort!



Oh, setiap hari juga mereka akan sediakan snek dekat mini bar (kebanyakannya snek lejen dulu-dulu) dan biskut daripada Lucky Coffee Bar.

 MAKANAN 

Selain Lucky Coffee Bar, di KLoé Hotel ada satu lagi tempat makan dinamakan Monroe yang terletak di Tingkat 1. Makanan di sini lebih berkonsepkan makanan Barat dengan ada antaranya diberi sentuhan lokal. Untuk dua hari, aku sarapan kat sini dan aku puas hati dengan pilihan yang aku buat. 

Sebagai seorang yang memiliki tekak Melayu (haha), Nasi Lemak (RM27) kat sini antara yang aku berani rekomen. Dihidangkan siap dengan ayam goreng, sambal kat sini cukup rasa dan tak terlalu pedas. Nasi pun wangi dan masak sempurna. 

Hari kedua aku cuba French toast (RM28) iaitu roti bakar yang garing tapi cukup lembut dipadankan dengan hirisan pisang, mentega gula melaka dan yogurt kelapa. Sedap teruk!

Untuk minuman, aku sempat cuba Iced Drinks diorang je iaitu Coconut, Cucumber & Lime (RM14) yang memang rasa menyihatkan, agak pelik tapi lama-lama sedap dan Passionfruit Iced Tea (RM14). Tapi aku dengar kat sini yang sedap Kopi Susu dan Bon Bon Coffee. 

 FASILITI 

Bersebelahan dengan Monroe Restaurant ada Courtyard Pool. Kolam renang sederhana besar ini siap dengan satu bahagian untuk kanak-kanak dan dikelilingi dengan dinding bangunan yang penuh dengan tumbuhan merayap, salah satu ciri ikonik yang mendefinisikan KLoé Hotel. 

Atas faktor SOP, kolam renang ni tak dibuka waktu aku datang jadi tak dapatlah aku nak berenang. *sigh*

Dan di sebelah kolam renang ini pula ada B.est Mind & Body untuk korang yang mahu bersenam termasuk yoga, meditasi dan lain-lain.

 KESIMPULAN 

Harga kat sini sebenarnya bermula RM480 satu malam (untuk harga bilik aku, City Room). Tapi waktu aku pergi tengah ada promosi, jadi RM192 je. Untuk harga ini, aku rasa memang sangat-sangat berbaloi dengan apa yang aku dapat. Servis memuaskan, bilik yang moden dan selesa, fasiliti yang serba lengkap dan makanan pun sedap. 

Dan satu lagi, sebagai yang suka mengambil gambar, pada aku KLoé Hotel menang besar sebagai antara hotel paling Instagram-worthy aku pernah inap. Serius, banyak sangat idea untuk bergambar kat sini sebab banyak port yang cantik-cantik. Apa yang diperlukan cuma sedikit teknik dan kreativiti!

Alamat:
KLoé Hotel
,
227, Bukit Bintang St, Imbi,
55100 Kuala Lumpur, Kuala Lumpur

Laman Web:
www.kloehotel.com

Nombor Telefon:
+603-2772-1313

E-mel:
reservations@kloehotel.com

Media Sosial:
Facebook: facebook.com/kloehotel
Instagram: instagram.com/kloehotel

RELATED POSTS

35 komen

  1. Pernah menginap di sini? Kongsikanlah pengalaman anda di ruangan komen ni!

    BalasPadam
  2. wah..menarik la tempat die. nampak unik sangat..tak pernah nampak hotel macam ni. kalau ke sana boleh la try check in sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, memang salah satu antara tercantik di KL. Berbaloi sangat dengan harga yang dibayar!

      Padam
  3. Menarik betul design KLOE Hotel ni..ala hipster pun ada. Dengan harga macam tu memang berbaloi. Boleh masuk wishlist jika ke KL nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Yes, next time kalau ke KL boleh plan menginap di sini pula. :D

      Padam
  4. banyak gak diskaun. rindu betul nak travel. tak sabaqnya lahai. org yang suka bergambar sesuai la mai sini haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup! Tak pasti sampai bila promosi tu so better grab cepat! Hihi. Lepas PKPB boleh plan ke sini! 💃

      Padam
  5. Wow a lot of wooden element which exudes so much class and charm to it. I wish I could visit this place one day for staycation too. Thanks for sharing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, you should! Definitely one of the most beautiful in KL. worth a try!

      Padam
  6. Wow......menarik nyer nampak hotel nie. Tiba2 rasa tringin plak nak staycation kat sinie one day. Thank you for sharing your review of this hotel with me.

    BalasPadam
  7. Cantiknya hotel ni. Dengan kemudahan yang lengkap dan bilik yang nampak moden memang teringin nak menginap kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semoga admin pun akan sampai ke sini nanti. Memang puas hati!

      Padam
  8. Serius la harga dia bawah RM200 semalam?? pergh berbaloi ni. dah la banyak port nak OOTD. btw nice la design hotel ni. Banyak elemen modern + industrial gitu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes kak.hehe. so kenalah grab cepat sebelum promosi habis!

      Padam
  9. cantiknya hotel ni! tak pernah perasan pulak wujudnya hotel ni. nampak semua fasiliti, kemudahan semuanya serba lengkap. okay, dah masuk dalam list untuk staycation nnti. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeayy! Alang-alang ada promosi kan. Tempat ni memang agak tersorok tapi memang sangat cantik!

      Padam
  10. Tak pernah tau pun Hotel ni.. nampak klasik gilee...terkejut gak nengok gambar 1st tu, memangpenuh dedau gitu ek Hasif..kalau jenis seram macam Sis, memang lee ngeri oii hahaha takut yang menjalar tu..

    Lain-lain semua macam teruja nengok, tak sangka hotel dia sebeo gini pun ramai tak tau kan.. ke Sis ko je yang tak tau hahahaha..
    Sis sukalah bilik air dia..mau mandi tak keluar ni...one day boleh stay sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha tak seram pun. Siang nampak cantik, malam tak nampak pun dedaun tu. Yes, desain bilik kat sini memang cantik dan toilet dia especially lawa!

      Padam
  11. Tak pernah menginap kat sini. Menarik hotelnya. Bercuti di kl. Nanti boleh try hotel ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haa boleh book dulu sementara ada promosi tu! Lepas PKPB boleh stay. 💃

      Padam
  12. what a beautiful hotel. totally loving the decor and the way the rooms come with special themes. thanks for sharing this! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup, it was a very chic hotel perfect for any kind of travellers!

      Padam
  13. OMG, cantik betul hotel KLOE ni... Thanks for sharing this, I am so eager for a staycation kat sini la lepas tengok gambar2 bro.. Instagrammable tempat2 dalam hotel ni.. Love it..

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, memang sangat instagrammable! hihi. ha sekarang ada promosi tu boleh booking dulu!

      Padam
  14. wahhh uniknya design bilik dekat KLoé Hotel ni. Lain dari yang lain. Iena selalu gak ke bukit bintang tapi tak pernah nampak KLoé Hotel ni.. sebab tersorok kan..wokay da tau ni boleh cari nanti

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes, dia taklah betul-betul di area Pavilion. Kalau dari Pavilion perlu jalan kaki dalam sepuluh minit nak ke hotel ni. Memang sangat cantik, kak!

      Padam
  15. Smart betol hotel ni. Design dalam bilik mcm kt ikea show tu. Memang jadi spot gambar aje la kalau sis ni. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, memang lawa sangat bergambar kat sini. Ada je idea!

      Padam
  16. Uish! Mula² tengok macam, eh hasif ambil gmbr dekat bangunan lama ke tu? Beraninya. Haha

    Bila scroll ke bawah, mak aih. Kemain lawa dalam dia. Teruja cx tengok.

    Itulah orang kata, don't judge a book by its cover kann. Hehe

    Nice la hotel ni. Elok sejuk mata memandang . Harga pon not bad. Cuma nasi lemak rm27 tu i am seram huhuhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, actually pokok tu semua memang dijaga dan dihias sebegitu rupa. But yes, actually memang cantik sangat hotel ni.

      Part makanan tu, yes, memang pricey pun boleh untuk sekali dua makan okeylah. Hihi.

      Padam
  17. I pernah pergi hotel ni for makan tapi belum try their staycation yet. Memang hotel ni ada banyak spots for photos.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan! Meaning one day you kena datang dan experience the room pulalah. To me sangat berbaloi dan selesa! Tambah-tambah dengan harga promo.

      Padam
  18. I think i heard this hotel from my sister. Dia pernah stay. Mmg cantik2 dan selesa.. Ootd places merata2. Nnt i nak g plak lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes, memang banyak sangat spot OOTD. haha. plus memang sangat selesa pun, jadi untuk staycation sangat recommended lah.

      Padam

Tinggalkan komen di sini.