Itinerari 4H3M ke Lenggong, Gerik dan Royal Belum untuk yang Adventurous!
Ramai yang DM tanya aku tentang itinerari trip aku ke Lenggong, Gerik dan Royal Belum baru-baru ini. Memang aku dah plan akan kongsikan di blog ni tapi memandangkan ramai minta itinerari, aku susun semula artikel ni dalam bentuk itinerari sebagai memudahkan korang.
Apa yang pasti, aku cukup berpuas hati deng an trip kali ni sebab banyak sangat aktiviti outdoors. Kalau korang sama minat macam aku, aku harap itinerari ni akan membantu korang merancang percutian korang ke Perak. Jom mula!
Perjalanan dari Kuala Lumpur
|
DAY 1: LENGGONG
2.30 PM - Pak Syed Cafe (GPS)

Pak Syed Cafe ni terkenal dengan hidangan Nasi Talam dengan lauk-pauk tradisi yang cukup membuka selera kami untuk makan tengah hari itu. Antara yang dihidangkan dalam talam kami ialah Ikan Bakar Sepuh (tilapia merah yang disepuh dengan air kerabu), Gulai Kawah (daging masak kari umbut pisang), Pekasam Goreng, Gulai Tempoyak Ikan Patin, Kerabu (jantung pisang, taugeh dan paku rawan), Ulam Mantah (pucuk putat, timun dan lambuk) dengan dua sambal iaitu sambal belacan dan sambal kelapa dan Daun Nasin Rebus. Ngam teruk!
Pak Syed Cafe ni buka setiap hari kecuali Ahad.
3.30 PM - Aki's Gallery (GPS)
Aktiviti memindahkan rumah dengan menggunakan tenaga manusia melalui gotong-royong susah dah nak disaksikan pada zaman sekarang. Rumah ini antara yang menjadi saksi satu tradisi yang masih dipertahankan.
Rumah warisan yang kini dijadikan muzium ini dipindahkan sekitar 100 kaki dari tapak asal dan dipercayai telah didiami sejak 1957 lagi. Ia kini dimiliki oleh generasi kelapan iaitu Haji Lukhman Mahmud (Tok Aki). Ada sekitar 500 koleksi antik yang disimpan di sini.
Kampung Chepor sendiri sebenarnya antara kampung yang cukup bersejarah di Perak. Ia dipercayai kampung asal selepas Sultan Muzaffar Syah membuka negeri di Tanah Abang.
4.30 PM - Ladang Rusa (GPS)
Ada sekitar 200 ladang rusa di Lenggong (sekitar seribu ekor) dan kami sempat singgah melihat salah satu ladang di Kampung Luat. Bagusnya, rusa-rusa daripada jenis Java timorensis kat sini bukan diberi makanan dalam bentuk pallet, sebaliknya rumput segar yang menjadikan dagingnya lebih sihat kerana rendah lemak.
5.30 PM - Kuak Hill Resort (GPS)
Aku rancang akan buat satu entri khas pasal tempat ni. Tapi secara ringkasnya, aku sangat rekomen tempat ni. Ia dibina di lereng bukit. Nak sampai sini pun kena naik 4WD yang boleh diatur dengan pihak resort.
Sebenarnya ia akan dibuka pada Januari 2021, tapi sebab demand yang tinggi, ia dibuka lebih awal sebagai pengenalan. Itupun dengar kata dah hampir fully-booked sampai Mac 2021! Ada 7 villa dan campsite yang luas. Kalau ikut aku, campsite tu je dah berbaloi sebab baru sampai feel outdoor tu. Bayangkan bangun pagi-pagi ke luar khemah dapat view awan yang macam kapas dengan gunung-ganang dari Banjaran Titiwangsa selain pemandangan Tasik Raban yang cukup mempesona!
Jangan risau, kat sini semua line telco masih boleh digunapakai.
Siap ada ATV, kolam renang air sungai, surau dan macam-macam lagi kemudahan! Katanya nak buat trekking ke air terjun yang ada kat sini pun boleh. Memang aku akan repeat lagi rasanya nanti sebab tak sempat nak trekking ni!
Informasi lanjut, ikuti mereka di Facebook atau hubungi 010 264 2543.
DAY 2: GERIK & ROYAL BELUM
9.30 AM - Check Out Kuak Hill Resort
11.00 AM - Kayak di Sungai Beruk (GPS)
Meeting point di Castella Cafe di mana tempat kayak akan berakhir.Jarak perjalanan ambil masa sekitar satu jam. Arus agak deras jadi pada aku yang memang suka kayak rasa sekejap sangat. Haha. Tapi pemandangan sepanjang berkayak tu memang cun. Ada beberapa pit stop untuk rehat dan mandi-manda. Akan lalu kawasan hutan, ladang getah dan yang lagi best, sampai je di Castella Cafe, makanan dah tersedia terhidang. Makan dalam sungai!
Lagi informasi, pergi ke Facebook Kayak Gerik.
12.30 PM - Castella Cafe (GPS)
Kalau makan dalam sungai belum cukup buat korang rasa unik, tunggu sehingga makanan sampai ke meja korang. Berkonsepkan makanan bangsawan Melayu Pattani. Antara menu yang wajib cuba termasuklah Ikan Baung Masak Lemak dengan Rebung, Nasi Bemban (nasi dimasak dalam buluh), ikan bakar dan tak lain tak bukan, Ikan Terubuk Pekasam.
Set ini tak boleh walk-in, kena booking dulu. Informasi lanjut boleh ke Facebook atau hubungi 011 2050 3454.
3.00 PM - Denai Kabus Agro Farm & Adventure Resort (GPS)
Ini salah satu penginapan yang sesuai untuk kaki outdoor. Ada penginapan jenis A-Shape Cottage (RM150/malam) dan camping (RM30/malam tanpa khemah dan RM40/malam dengan khemah). Tapi apa yang lagi best, banyak aktiviti boleh buat antaranya memancing, ATV, berkayak, barbeku, jungle trekking, flying fox selain agak banyak spot bergambar.
Pemandangan kat sini pun boleh tahan cantik. Ada dua buah gunung yang cukup memukau sebagai latar belakang iaitu Gunung Kenderong (perlukan permit untuk didaki) dan Gunung Kerunai.
Informasi lanjut, boleh ke Facebook atau hubungi 019 526 1775.
5.00 PM - Laksa Telur Bersarang (GPS)
Dalam perjalanan ke jeti tu boleh singgah sini untuk rasa laksa telur bersarang yang unik ni. Sebenarnya nama tempat ni ialah Cafe Kak Cah. Selain terkenal dengan laksa telur bersarang tu, antara menu lain yang aku boleh rekomen ialah Mi Bandung Udang tu. Memang generous udang dia bagi. Boleh tahan sedap pula tu.
6.30 PM - Check-In Houseboat di Hentian Royal Belum (GPS)
Kami check-in agak lewat juga. Sebab agak fleksibel dengan pakej houseboat yang kami ambil. Selesai check-in, kami berlepas sambil membersihkan diri dan makan malam. Memandangkan malam dah makin hampir, houseboat kami berhenti berdekatan pintu masuk Royal Belum State Park je sebelum teruskan perjalanan esoknya.
Good to know
|
DAY 3: ROYAL BELUM
Houseboat Royal Belum
|
Ini sebenarnya kali kedua aku menginap di houseboat Royal Belum. Boleh baca artikel aku dalam trip pertama di sini.
6.30 AM - Menikmati Sunrise
Ini ikut masing-masinglah. Ada je yang pilih nak tidur tapi sepanjang aku menginap kat houseboat aku akan bangun awal untuk tengok sunrise. Rugi weh kalau terlepas. Sunrise di Royal Belum antara tercantik yang aku pernah tengok di Malaysia. Pemandangan cukup epik, macam cover NatGeo dan seumpamanya.
9.30 AM - Melihat Bunga Rafflesia
Ini bergantung nasib. Dan nasib kami pulak memang baik waktu datang kelmarin. Banyak kali aku terlepas tengok rafflesia depan mata sebelum ni tapi akhirnya dapat juga tengok satu sebelum 2020 berakhir.
Just in case ada yang tak tau, bunga rafflesia (atau dalam Bahasa Melayu dipanggil bunga pakma) masih lagi bunga terbesar di dunia. Apa yang lagi menarik, yang kami jumpa ini ialah jenis R.azlanii, satu daripada tiga spesis rafflesia yang ada di Royal Belum. R.azlanii diambil daripada nama Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
2.00 PM - Air Terjun Sungai Kooi
Dari tempat bot berhenti, hanya sekitar 30 minit je diperlukan untuk trekking ke air terjun tertinggi di Royal Belum ni. Pada aku treknya agak mudah tapi bila sampai di kawasan air terjun, batu-batu jadi makin licin dan agak berbahaya. Sepanjang perjalanan tu juga boleh nampak banyak pokok-pokok tua bersaiz gergasi antaranya Pokok Medang.
Dengan ketinggian 50 meter, Air Terjun Sungai Kooi ni menghasilkan titisan air yang cukup menjadikan kawasan sekitar dingin dengan tempias seperti hujan. Serius aku tergamam bila sampai kat sini sebab view dia memang cukup awesome. Tambah-tambah waktu tu cuma kami saja yang ada. Fuh, syok!
5.30 PM - Aktiviti Air sekitar Houseboat
Mandi-manda dan berkayak. Tak banyak aku boleh katakan selain aku cukup enjoy waktu ni. Member-member yang turut serta semua sporting so kitorang tak ada masalah nak buat macam-macam aktiviti.Selebihnya aku menikmati sunset dan makan malam.
DAY 4: ROYAL BELUM & LENGGONG
6.30 AM - Melihat Sunrise dan Berkayak
Yup, aku bangun awal lagi dan kali ini aku pilih nak berkayak sambil menikmati sunrise. Serius aku cukup berpuas hati. To be honest, even gambar pun tak dapat nak gambarkan kecantikan Royal Belum waktu sunrise. Rugi kalau tak experience sendiri. Ahhh rindunya Royal Belum!
9.30 AM - Salt Lick Sungai Papan
Salt lick atau sira garam ialah tempat di mana haiwan akan datang untuk mendapatkan sumber mineral. Dari mangsa hinggalah pemangsa akan ke sini. Sebab tu walaupun kebarangkalian bertemu binatang buas rendah, guide kami, Tok Haji tetap mengingatkan kami agar tak buat bising dan siap berdoa:
"Assalamu 'ala sulaiman fil 'alamin"
Doa ni sebaiknya dibaca tujuh kali. Dari pembacaan aku, ayat ni bermakna 'salam sejahtera ke atas Nabi Sulaiman'.
Selain dua tempat sira garam, kami juga dapat melihat kesan-kesan binatang yang ada di sekitar kawasan ini antara tapak kaki tapir, kesan najis dan gosokan badan gajah di pokok-pokok serta tapak kaki beruang memanjat pokok.
Lubuk Pacat! Seingat aku kali pertama aku pergi, taklah banyak tapi kali ni, hampir semua orang akan kena at least satu pacat. Ada yang kena sampai 8 ekor pacat. Barangkali sebab haiwan yang lalu lalang, sepanjang laluan ni memang penuh dengan binatang ni. |
1.30 PM - Check-out Houseboat
Sampai di jeti Hentian Royal Belum. Tapi rupanya perjalanan kami belum habis. Kami naik speedboat dan terus ke destinasi terakhir kami di Royal Belum.
2.00 PM - Kampung Hayek Rakit Orang Asli
Royal Belum masih dihuni Orang Asli dari suku Jahai yang hidup secara nomad. Ada beberapa penempatan yang boleh dilawati dan salah satunya Kampung Hayek ni, sekitar 20 minit daripada Hentian Royal Belum.
Sempat kami melihat sendiri rumah rakit, membeli cenderamata dan produk kraf mereka selain berjumpa sendiri dengan sekeluarga Orang Asli yang sangat peramah. Shout out to Kak Nadia Azlan hadiahkan aku cincin tu. Hehe. Ada satu tabung derma ikhlas juga untuk pengunjung yang datang.
4.00 PM - Late Lunch di Restoran Tasik Raban
Restoran Tasik Raban ni memang selalunya penuh waktu makan tengah hari. Memandangkan kami datang agak lewat, banyak menu dah habis. Kat sini cukup terkenal dengan ikan bakar. Mujur saja ada beberapa lagi ikan untuk kami makan sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Yang bagusnya, restoran ni dibuka setiap hari dari 10.30 pagi hingga 4.30 petang.Selain di Lenggong, Restoran Tasik Raban ni ada dua lagi cawangan yang sah iaitu di Simpang Pulai dan Pengkalan (ST 18.)
9.30 PM - Sampai Kuala Lumpur
Suka aku nak ingatkan yang aktiviti di houseboat bergantung pada masing-masing dan apa yang dah korang deal dengan tuan houseboat sama ada include aktiviti atau tak. Waktu untuk setiap aktiviti di Royal Belum pun mungkin berbeza ikut fleksibiliti dan keselesaan masing-masing.
Moga perkongsian aku kali ni bermanfaat untuk korang yang nak ke Lenggong, Gerik dan Royal Belum. Kalau pos di media sosial, jangan lupa gunakan tanda pagar #TravelPerakLah! Jom sama-sama kita sokong industri pelancongan negara.
Artikel ini terhasil dengan kerjasama Gaya Travel Magazine dan Tourism Perak. Terima kasih!
47 komen
Dah pernah ke Lenggong, Gerik dan Royal Belum? Apakata kongsikan pengalaman korang di bahagian komen ni!
BalasPadamBagus tulisan ni Hasif. Seronok membacanya sama seronok mengingat balik pengalaman ke Belum dan Lenggong. ❤️
BalasPadamTerima kasih, En Ed! Kan. Rindunya trip ni. Sangat happening dan eye-opening!
PadamWow..........what a fantastic adventure you had in Perak. I enjoyed reading your experience. Thank you for sharing this awesome post. Good pictures too.
BalasPadamThank you so much for the compliments! Glad that you enjoyed it. Hope you'll have a wonderful time next time you're in Perak!
Padambestnyaaa. royal belum ni memang wish list. baca posting ni lagi la rasa nak pi sini
BalasPadamYeay! Royal Belum tu is a must for every Malaysian. Sayang kalau kita sendiri tak experience keunikan Taman Negeri ni at least sekali!
PadamRoyal Belum Houseboat tu memang ada dalam list to ticked..thank you share the experience. Lebih bersemangat nak pegi ni 😅
BalasPadamYes! Hehe. A must tau include semua yang saya singgah tu. Semua cantik-cantik dan puas hati!
PadamMemang best jika vacationing dengan group yang sporting. Best betul gambar-gambar dia kan.
BalasPadamEh. Kenapa la ada tempat pacat tu??? Takmo! Takod!
Thank you, Rawlins! Yeah, especially area Salt Lick tu memang sangat banyak pacat! Tips dia jangan pandang kaki waktu jalan. Panik bila dah di atas bot nak balik je. Haha.
PadamBestnya Hasif lepas habis PKPB terus travel pergi tempat menarik dan juga yang memang kita nak pergi. Hasif boleh cadangkan lokasi untuk camping yang menarik dan selesa tak..??
BalasPadamAlhamdulillah. Hihi. Waktu macam nilah baru kita lebih hargai kecantikan dalam negara yang rupanya sangat best untuk diteroka! Saya memang suka camping tapi for now taklah banyak sangat. Kalau pulau buka, saya suggest area pulau je. Macam camping di Pulau Kapas best! Tapi tempat lain, saya rasa Janda Baik best! Banyak port camping!
PadamWahh 3 malam tu mmg puas menerokai belum. Macam2 aktiviti dan makanan yg dicuba ya. Mmg menarik
BalasPadamSaya di Royal Belum dua malam je. Hihi. Tapi itu pun memang cukup berbaloi dah kalau dapat manfaatkan betul2. Tenang sangat!
PadamMenarik juga tiga tempat ni kan.. but I will definitely try the Kuak Hill Resort for my next trip..
BalasPadamYes! Such a hidden gem! View dia nice teruk dan servis diorang pun so far memuaskan hati!
Padam4 days 3 nights? I doubt if I could bring my children along. Still like you have mentioned, it will be a great adventure for those who can take up the challenge.
BalasPadamYes. Hehe. If your kids are into nature, I think it's doable minus some extreme activities lah. Lenggong, Gerik and Royal Belum are so exciting!
Padamtempat yang best, boleh masukkan dalam wishlist 2021.
BalasPadamthanks for sharing bro.
Indeed! Semoga artikel ni membantu for your next visit!
PadamBestnya itinerari ni. Penuh dengan aktiviti outdoor. Tak sangka di Semenanjung pun ada rafflesia. Tapi lubuk pacat tu agak 'menggerunkan' sikit. Hehe.
BalasPadamItulah. Ramai terlepas pandang rupanya di Semenanjung pun ada Rafflesia. Part lubuk pacat tu, tips dia jangan pandang kaki. Jalan je. Dah habis trekking baru check kat boat. Haha.
PadamMemang best! I have been to Royal Belum before but have not try this Laksa Telur Bersarang yet.
BalasPadamIt's worth a try. Jarang jumpa menu ni di KL. hihi
PadamK.Sal dapat rasakan yang travel kalini penat tapi berbaloi dan puas sangat kan !! Banyak tempat baru yang dapat diterokai bersama redup mata memandang keindahan ciptaan Ilahi.
BalasPadamIya, alang2 banyak outdoor biar kita pulun betul2 sampai puas hati. Balik rumah kita rehat cukup2. hihi.
PadamSaya sangat suka gambar-gambar kamu ni! Saya betul-betul boleh rasa macam diri kat tempat tu! Semua pemandangan, budaya, tumbuh-tumbuhan dan cara hidup dapat dirasai dan dikongsikan dengan sepenuhnya!
BalasPadamYeayy! Thank you so much! Glad that you enjoyed this article. Nanti jangan lupa singgah ke tiga destinasi ini ya!
Padamomg this looks super fun!! wish i could join you, all the places you visited are so amazing. and there's even a rafflesia! #jealous
BalasPadamNo worries. Semua ni #dekatje. Hihi. Still got time to visit this 2021!
PadamWalaweii bestnya... Penuh dengan aktiviti outdoor. Cantik semua pemandangan, budaya, tumbuh-tumbuhan tapi laksa telur bersarang tu betul-betul memikat hati Nina. Hehe.
BalasPadamYes, boleh cover banyak benda sekali gus! Hehe. kena cuba laksa telur bersarang tu!
PadamWalaupun duduk perak tak pernah lagi pergi sini selalu lalu je. Cantik gila view dia harap ada rezeki la nak pergi
BalasPadamAmin amin... Semoga artikel ni boleh membantu kalau plan ke Lenggong, Gerik dan Royal Belum ni nanti.
PadamMenarik trip ke Royal Belum, pernah lalu jer tapi blm lg pernah ke situ byk aktiviti2 menarik
BalasPadamBetul tu kak. Sangat menenangkan. Nanti boleh masukkan dalam bucket list 2021!
PadamAduhai bestnya , tak sabar nak jalan-jalan balik kat dalam negeri. OLeh sebab sekarang ni musim hujan dan banyak kawasan terjejas so kita tangguh dulu. Hari tu dapat jaalan ke Ipoh sekejap pun dah syok sangat inikan pula dapat buat aktiviti best dan overnight kat boathouse yang memang dalam senarai travel nak buat. *ehh terpanjang pulak komen...ehehehe
BalasPadamHa buat masa sekarang ni memang agak bahaya kalau melancong sebab hujan dan banyak kawasan banjir. Dengan kes covid-19 pula mencecah 3 ribu. Tak apa, boleh masuk bucketlist 2021 dulu. hihi
Padamcantiknya tempat ni..rasa excited pula nak jalan jalan ke sana, TQ for sharing .
BalasPadamYeay! Semoga artikel ni membantu melancarkan plan u ke sini!
PadamBestnya tempat ni, banyak betul aktiviti dan tempat cantik dekat sini. layan suasana hening pagi atas house boat lagi. fuhhh memang terbaik lah. btw cantik gambar Hasif!
BalasPadamThank you! Yes, part layan suasana pagi atas houseboat tu memang cukup menenangkan, Hilmi.
PadamThanks for sharing itenary.. Memang plan nak pergi lepas PKP
BalasPadambestnya
BalasPadambila anak ajak pergi travel nih?
hahaha
Bestnya...Saya masuk dalam wishlist 2022!
BalasPadamSeru yah gan
BalasPadamTinggalkan komen di sini.