Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

5 Sebab Perlu Staycation Untuk Mula Melancong Semula

1:20:00 PTG Hasif Hamsyari 0 Comments Category : , ,

Anantara Desaru Coast Resort & Villas, Desaru, Johor.

Kalau yang masih belum terbiasa mendengar, staycation selalunya merujuk kepada percutian dalam negara. Ada juga yang mentafsirkannya sebagai percutian dalam lingkungan kawasan penginapan macam hotel atau resort itu sendiri. Malah, staycation turut melibatkan traveller meneroka tarikan sekitar penginapan itu.

Apapun tafsirannya, staycation bagi aku adalah salah satu konsep percutian yang cukup aku suka sebab aku dapat berehat secukupnya sambil menikmati apa yang ada di sekitar hotel atau resort tu tanpa perlu keluar jauh.

Kebanyakan hotel atau resort hari ni memang dah ada macam-macam untuk kita teroka dalam kawasan mereka je. Dari makanan, bilik hotel sehinggalah ke fasiliti atau aktiviti yang ditawarkan misalnya kolam renang, spa, golf dan taman tema. Kalau resort tepi pantai atau di pulau pula boleh teroka pantai dan buat aktiviti air. Macam-macam cara boleh guna untuk habiskan masa.

Selain tu, meneroka tarikan berdekatan lokasi penginapan tu (selalunya hanya dengan berjalan kaki atau transit yang disediakan hotel) pun antara yang menjadikan satu-satu staycation tu menarik.

Barangkali waktu korang baca artikel ni, rentas negeri dah dibenarkan semula di banyak kawasan. Dan jika korang kekeringan idea atau rambang mata nak pilih konsep percutian yang mana satu untuk mula melancong semula, ini aku senaraikan sebab staycation adalah pilihan yang bijak.

1. Beri suasana baru untuk merehatkan minda

Sutera Sanctuary Lodges Poring Hotspring, Ranau, Sabah.
Sejujurnya siapalah yang tak letih terkurung di rumah. Bukan sehari dua tapi berbulan! Kalau tak ke ruang tamu menonton TV, mesti ke meja kerja. Kalau tak ke dapur cari makanan, mesti ke bilik untuk tidur atau bermalasan. Rutin sama dalam ruang yang sama – siapalah yang tak tertekan. Tu belum kira keterbatasan tak boleh nak bersosial dengan orang lain. Online meeting tak sudah waima waktu hari raya. *sigh*

Sebab aku sendiri mengalaminya dan staycation selama ini pun memang berperanan yang sama pada aku iaitu untuk beri aku suasana baru. Aku rasa lebih bebas dan lebih produktif walaupun trip itu ada kalanya bukan trip kasual sebaliknya trip kerja. Kadangkala tak perlu pun tempat yang terlalu mewah, cukup sekadar kondusif dan selesa. 

2. Teroka tempat tersembunyi berdekatan

Berbasikal sekitar Kampung Penarik sewaktu menginap di Terrapuri Heritage Villas, Terengganu.

Staycation tak semestinya perlu jauh-jauh sebab kadang-kadang, tempat best untuk staycation boleh jadi terletak sekitar rumah kita je. Biasalah, kalau dah dekat pun, kebanyakan kita selalu terlepas pandang banyak benda yang sebelum ni kita take for granted. Change the perspective a bit, and you’ll see so much more. Tak ada salahnya sekali-sekala play tourist at our own backyard

Misalnya, masih ada banyak lagi hotel in Kuala Lumpur yang aku belum dan teringin nak pergi walaupun dah lebih empat tahun aku tinggal kat sini. Haha.

Sekurang-kurangnya bila dah pergi sendiri, banyak benda kita boleh ceritakan kalau member dari negeri lain tanya, ‘apa yang ada kat sana?’. Haha.

3. Kos yang berbaloi

Vivanta Langkawi, Pulau Rebak, Langkawi.

Staycation jadi sangat menyeronokkan kalau pergi lebih daripada seorang. Berapalah sangat yang kena bayar satu kepala kalau sewa penginapan semalam dua. 

Tapi tak salah pun kalau berbelanja lebih, waima kalau pergi seorang sekali pun sebab kesudahannya, kita sendiri yang tahu kenapa kita ambil keputusan tu. Asalkan masih mengikut kemampuan dan yang lebih penting, dapat jadikan kita stress-free lepas tu. Staycation pun bukanlah setiap hari kan…

4. Masa berkualiti bersama orang tersayang

Tanjung Point Residences, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Stres berkuarantin terlalu lama boleh buat angin seseorang tu turun naik. Tambah-tambah kalau dalam situasi berkeluarga dan bekerjaya pula. Dengan online meetingnya, mengemas rumah, memasak, melayan anak, dan macam-macam lagi. 

Kadang-kadang keadaan terkurung ini sendiri yang memberi kesan. Justeru, staycation pada aku salah satu cara nak jadikan hubungan kekeluargaan, atau even persahabatan tu lebih kuat. Lagi-lagi selepas rentas negeri dah boleh dan semua dah lengkap vaksin, mesti staycation jadi lebih bermakna memandangkan lama tak jumpa kan. Ah, tak sabarnya!

5. Sokong pengusaha tempatan

Cabana Retreat, Kota Belud, Sabah.

Aku yakin korang sendiri faham betapa pelancongan antara sektor paling terjejas sejak pandemik Covid-19 ni. Makin hari, makin banyak bisnes berkaitan pelancongan termasuk tempat penginapan yang terpaksa gulung tikar. Jadi kalau dah dibenarkan nanti, aku menyeru supaya kita sama-sama bantu menyokong kembali industri pelancongan dengan cara menginap di lokasi-lokasi penginapan yang masih cuba bertahan ni.

Memandangkan kebarangkalian untuk melancong ke luar negara pun masih samar-samar dan jauh, pilihan yang ada cuma melancong dalam negara. Tapi tu tak bermakna dalam negara kurang tarikan yang menarik. Kalau cakap tentang staycation, aku rasa ada banyak lagi resort dan hotel yang aku belum tandakan daripada bucket list aku. Tapi setakat yang aku dah experience, memang kebanyakannya comes recommended!

Bagaimana dengan korang? Selalu ke staycation juga? Di mana lokasi yang korang boleh cadangkan? Atau apa lagi sebab kena mulakan melancong semula dengan staycation? Kongsikanlah di ruangan komen ya. 

Jangan lupa ambil vaksin!

RELATED POSTS

0 komen

Tinggalkan komen di sini.