5 Benda Yang Penting Dibawa Waktu Mengembara tetapi Selalu Dianggap Tidak Penting
Mungkin paranoid, mungkin sebab utamakan keselesaan atau mungkin keperluan. Katalah apa saja tapi senarai yang aku nak kongsikan kali ni antara tips yang aku selalu praktikkan supaya setiap trip aku lebih lancar, selamat dan lebih enjoy. Hehe.
1. Baju lebih
Bergantung jenis trip, tapi aku selalunya akan bawa dua helai baju sehari untuk trip aku. Kalau 10 hari bermakna 20 helai bajulah. Tapi kalau yang backpack, sekurangnya sehelai sehari. Selagi boleh, aku akan ekstrakan sehelai dua lagi. Sebab sebagai penulis kembara, kadang-kadang ada je benda luar daripada itinerari yang aku kena atau mesti cuba dan perlukan pakaian yang sesuai. Jadi apatah lagi dalam trip mengejut ke apa, baju lebih sebenarnya main peranan!
2. Makanan
Kelmarin aku ke satu daerah dalam satu negeri ni dan kawasannya ‘mati’ waktu malam. Kami nyaris buntu nak cari kedai makanan yang masih dibuka. Ini antara benda luar jangkaan yang aku rasa kenapa penting untuk bawa makanan ekstra macam roti, biskut untuk alas perut atau waktu kecemasan.
3. Peti Kecemasan (First Aid Kit)
Selain ubat-ubatan, first aid kit ni sangatlah penting. Tapi kebanyakan orang hanya akan sedar tentang kepentingannya bila benda dah pun jadi. Aku pernah berhadapan situasi member yang asma kritikal di pulau luar negara yang akses kesihatan dan pengangkutannya amatlah terhad. Bayangkan paniknya keadaan kami waktu tu sebab tak ada peti kecemasan dan member pun tertinggal ubat. Sebelum nasi menjadi bubur, lebih baik sediakan payung sebelum hujan. Haa gituh!
4. Toiletries
Memang kebanyakan hotel dan resort sekarang akan sediakan toiletries termasuk sabun mandi dan syampu. Tapi tak semua! Untuk menjamin keselesaan, aku sentiasa akan pastikan toiletries aku lengkap sekurang-kurangnya dengan sabun, syampu, berus dan ubat gigi serta pencuci muka. Walaupun kita sebolehnya cuba nak ringankan beg, janganlah sampai mengabaikan aspek kebersihan diri sebab kalau tak dijaga, silap-silap boleh mengundang penyakit.
6. Barangan gajet ekstra
Iya, ini memang penting bagi aku sebagai penulis kembara. Tapi aku rasa untuk orang lain juga benda ini cukup penting. Kalau perlu, bawalah ekstra powerbank, kabel, kepala charger dan seumpamanya. Dalam kes aku, aku even bawa telefon ekstra. Tapi bergantunglah juga trip yang bagaimana. Sebab dalam keadaan tidak terjangka, misalnya bateri habis, rosak, wayar putus, telefon masuk air dan sebagainya, dah ada back up. Sebab alat komunikasi tu cukuplah penting, dan dalam kebanyakan hal, benda tu dah jadi ‘nyawa’ sebagai memudahkan perhubungan dalam jarak yang jauh serta hal-hal kecemasan. Kata kuncinya ialah – sentiasa bersedia. Walaupun kita boleh expect untuk pinjam member, tapi kalau asyik meminjam sampai boleh buat member susah atau tak selesa pun tak eloklah juga, kan?
5. Makanan Kesihatan Tambahan
Hari demi hari ada je penyakit-penyakit baharu yang merisaukan. Kalau tak kat tempat sendiri, boleh jadi kat tempat orang lain. Masyarakat sekarang pun makin terdidik dengan kepentingan mengambil makanan kesihatan tambahan untuk menguatkan sistem imunisasi badan. Dan bagi traveller yang banyak bergerak ke tempat lain, semestinya makanan ini adalah sangat diperlukan selain menjaga pengambilan makanan yang seimbang.
Salah satu makanan kesihatan (atau makanan berfungsi) yang aku suka bawa sekarang ialah AFYAA Hayyiba. Selain disahkan HALAL oleh JAKIM serta memiliki keupayaan untuk mengurangkan keradangan, meningkatkan imuniti, stamina dan kesihatan secara keseluruhan. AFYAA Hayyiba ni juga menggunakan ramuan sunnah. Jadi, sambil makan, sambil itu juga kita boleh dapat pahala tau! Alhamdulillah.
AFYAA Hayyiba ni diformulasikan menggunakan ramuan berjenama iaitu Thymocid® Ekstrak Habbatus Sauda dari Amerika Syarikat selain Polypeptide-k (PPk™) Ekstrak Biji Peria buatan Malaysia yang mempunyai paten. Ramuan sampingan pula termasuklah Ekstrak Gymnema Sylvestre, Ekstrak Kayu Manis, Ekstrak Mengkudu, Ekstrak Misai Kucing, B-Kompleks dan Kromium.
Satu lagi ialah AFYAA Ryndu yang lebih kepada rutin tambahan kepada penjagaan muka aku yang sedia ada. AFYAA Ryndu ni dapat membantu menaikkan seri wajah, mengekalkan keanjalan, melindungi kulit daripada sinaran UV, menggalakkan kesihatan kulit dan melawan radikal bebas. AFYAA Ryndu ni berbentuk tablet kunyahan yang mudah cuma ambil satu ke dua biji sehari. Kunyah-kunyah, telan, kulit pun sihat. Ha gitu!
Sebab aku rasakan AFYAA Ryndu ni penting ialah kandungan dia yang cukup membantu aku dalam waktu travel dengan keadaan dan cuaca tak menentu. Red Orange Complex™ dari Itali, misalnya, boleh meminimumkan sensitiviti kulit, mengurangkan kemerahan dan hiperpigmentasi dan membaik pulih penampilan kulit.
Manakala Ekstrak Yis Torula pula merupakan teknologi paten oleh Kohjin Life Sciences, Jepun yang mempunyai keupayaan untuk mencerahkan kulit, menggalak penghasilan kolagen, merencat penghasilan melanin dan melawan radikal bebas. Antara kandungan berkhasiat yang lain termasuklah ekstrak biji anggur, superoxide dismutase (SOD), vitamin C dan zink sitrat.
Kalau nak tau lebih lanjut tentang dua produk AFYAA ni boleh terjah Facebook dan Instagram mereka.
0 komen
Tinggalkan komen di sini.