Pengalaman Menginap di Gibbon Retreat Bentong
Selepas lama terkurung, aku faham ramai antara kita nak cari resort yang jauh daripada hiruk-pikuk bandar tapi dekat dengan alam semulajadi. Aku pun salah seorang yang perlukan staycation macam tu jugak. Sebab tu baru-baru ni, aku putuskan untuk menginap di Gibbon Retreat, Bentong, Pahang.
Aku menginap untuk 2H1M je dan sejujurnya, aku rasa itu belum cukup. Haha. Macam kena repeat je sekurang-kurangnya 3H2M untuk betul-betul menikmati masa kat sini.
![]() |
Dari kiri: Jalan masuk dengan papan tanda Gibbon Retreat; Pintu gate entrance ke Gibbon Retreat. |
Cara ke Gibbon Retreat, Bentong Pahang
|
CHECK-IN
Kami sampai sekitar 4pm, Isnin. Dari Whatsapp, kami kena tunggu caretaker Ah Ming di entrance Gibbon Retreat. Sekejap tunggu, lepas tu caretaker akan bawa terus ke parking terdekat dengan chalet.
Untuk kereta, jalan dia agak mencabar sebab berbatu dan kena mendaki.
Selepas dah sampai, caretaker Ah Ming bawa kami untuk inspection area resort. Beliau tunjukkan common area, kolam mandi dan air terjun juga supaya kemudian kami boleh explore sendiri ikut masa dan keselesaan kami.
ROCK CHALET
![]() |
Rupa dalam bilik kami. |
Waktu kami nak book, semua chalet lain dah penuh. Yang tinggal cuma Rock Chalet je. Mula-mula agak kecewa juga sebab ada beberapa chalet kat sini dapat view yang lawa macam pemandangan Bentong.
Setiap chalet kat sini terbina tinggi dari tanah. Macam kami ni dah sama tinggi dengan pokok-pokok kat sini. |
Tapi lepas check-in, aku rasa Rock Chalet ni pun dah cukup best untuk aku. Sebabnya, Rock Chalet ni terbina agak tinggi dari tanah dan terlindung antara pokok-pokok. Memang dapat feel dalam hutan dan bangun pagi pun tak panas dengan cahaya matahari. Jadi tak timbul isu panas pun. Selain bunyi unggas hutan, bunyi air sungai pun boleh dengar dari sini.
Rock Chalet pada aku sangat simple tapi selesa. Design dia pun just nice. Sebenarnya boleh muat lima orang. Tapi kelmarin aku cuma berdua je. Sebab tu aku rasa harga dia sangat berbaloi dan menjimatkan. Macam unit Rock Chalet ni cuma RM280 satu malam waktu aku book.
![]() |
Bilik mandi dan jamban dengan pintu siap tempat menggantung pakaian. |
Kalau buka semua tirai, tempat tidur tu nampak cukup luas dengan pemandangan hutan depan dan belakang. Sudut-sudut ni terpasang dengan jaring-jaring halus jadi tak perlu risau pasal serangga asalkan korang pastikan sentiasa tutup pintu utama dan bilik air. Racun serangga pun dah siap dibekalkan jugak sekali dengan lampu mudah alih, soket elektrik di dalam bilik dan meja luar dan peti ais mini untuk simpan bekalan makanan ke apa.
![]() |
Rupa bilik mandi dan jamban. |
Bilik air pun tersedia dengan hot shower. Ada kipas di ruang tidur dan di luar jugak.
![]() |
Lagi details dalam bilik. |
Untuk bahagian luar, ada sinki dengan peralatan makanan, BBQ wok, tong sampah, kerusi dan meja, dapur mudah alih siap dengan gas, lingkaran nyamuk dan mancis. Cuma sebelum pergi, aku dah dimaklumkan yang peralatan memasak dan peralatan makanan adalah non-Halal. Jadi kalau yang Muslim kurang selesa, boleh je bawa peralatan berkenaan sendiri.
![]() |
Singki dan peralatan memasak dan makanan yang disediakan. |
Oh, tak ada restoran di dalam area resort ni. Adapun, kena add-on (sarapan atau makan malam) waktu booking. Nak keluar sekitar Bentong ke apa pun agak susah sebab tak ada kedai yang berdekatan memandangkan Gibbon Retreat ni terletak di tepi lebuh raya.
![]() |
Antara makanan kami. Ada satu lagi kami beli nasi kari ayam dan tomyam segera. Masuk air terus siap haha. |
Jadi, sila pastikan bawa makanan sendiri. BBQ paling best sebenarnya tapi waktu aku ke sini, aku sebenarnya dari trip di Kuantan. Kalau dari rumah kat KL, memang aku akan bawak makanan BBQ siap-siap. Haha. Lain kali, mungkin.
![]() |
Ayuh memasak. |
Line internet okey ke?
|
COMMON AREA
![]() |
Antara bahagian di common area. |
Common area terletak tak jauh dari chalet kami. Sekitar tiga minit berjalan kaki saja. Yang penting, ruang kat sini cukup luas dan selesa. Ada disediakan soket elektrik, BBQ pit (arang tak disediakan) dan meja dan kerusi yang cukup banyak. Sebab tu kat sini sangat best kalau buat gathering!
![]() |
Ruang kat sini memang sesuai sangat untuk BBQ party dengan kawan-kawan atau famili. Sesekali dongaklah ke atas nikmati pemandangan hutan menghijau. |
![]() |
Banyak tempat rehat ada kat sini! |
![]() |
Jambatan kanopi ke common area dan Rock Pool. |
Oh, ada satu jambatan kanopi jugak yang menghala ke common area dan Rock Pool. Cantik!
ROCK POOL
![]() |
Inilah Rock Pool kat Gibbon Retreat! |
Selain sungai semulajadi, kat sini pun dah disediakan kolam mandi dengan air daripada sungai. Jadi, memang sejuk dan segar gila bila mandi kat sini. Cukup cantik, selesa dan privasi. Kami experience mandi kat sini waktu pagi jadi memang tak ada orang dan air dia sejuk! Haha.
![]() |
Rileks dan refreshing sangat selam pagi-pagi kat sini. |
TREKKING KE AIR TERJUN
![]() |
Air terjun di Gibbon Retreat. |
Kalau trekking di sini, akan lalu beberapa anak sungai dan air terjun kecil yang cukup best untuk mandi-manda. Ada antaranya dah disediakan tempat untuk berpiknik juga. Memang syok dan privasi. Salah satu air terjun yang aku rasa paling cantik sekitar 15 minit je trekking dari Rock Chalet.
Ada pacat ke?
|
![]() |
Haruslah ada gambar mandi kat air terjun kan. Haha. |
Sebenarnya ada banyak lagi trek kat sini. Ada yang boleh self-hike dan ada juga yang kena guided-hike. Ada yang trekking ke air terjun, trekking ke puncak untuk menikmati pemandangan bandar Bentong dan macam-macam lagi. Percuma je semua aktiviti ni cuma kalau yang guided-hike, kena prebook dengan guides/caretaker siap-siap.
![]() |
Antara sungai-sungai yang kami lalui waktu trekking. |
Nah, itu serba sedikit info dan pengalaman yang aku dapatkan kongsikan waktu aku staycation di Gibbon Retreat ni. Macam aku cakap, aku rasa 2H1M macam tak cukup je sebab tempat ni memang cukup best untuk rileks dan dekatkan diri dengan alam semulajadi.
Mungkin satu hari nanti aku akan repeat lagi kot. Ajak member lagi ramai sambil buat BBQ party pulak. Woohoo!
![]() |
Satu gambar sebelum balik KL. |
GIBBON RETREAT BENTONG
Lot 17799 Sungei Semantut, 27600 Bentong, Pahang
+60 11-3602 3507
Google Map | Facebook | Instagram
9 komen
Pernah menginap di sini? Kongsikanlah pengalaman korang kat ruang komen ni!
BalasPadamKind of a place I need to stay at right now. I love its natural architecture with wooden and stone furniture.
BalasPadamBestnyaaa. Lama dah berekreasi dalam hutan ni. Nampak tempatnya menarik. Gibbon tu binatang macam beruk tu ke? hehehe. Btw nasib la ada line telco. Kalu tak masakkk.
BalasPadamWow... what a lovely place for a nature vacation and self-renewal day. Can try this place someday. Beautiful post and pictures. Thank you for sharing.
BalasPadamCantiknya suasana... with all of the greenery, memang dapat mengreleasekan segala apa yang nak dilepaskan gitu... nampak selesa dan seriously menarik daripada bilik chalet kepada keseluruhan kawasan penginapan... baik, terus masukkan kat wishlist... hehehehe...
BalasPadammmg bestul2 retreat ni.. suasana hutan yang begitu mendamaikan... boleh plan ke sini nanti
BalasPadamMemang kalau tempat macam ni cantik, kena stay paling kurang 3 hari laa kan... baru puas explore.. one day boleh ke sini laa, cuba sesuatu yang baru.. mesti seronok kalau time malam kan..
BalasPadamBest! i like this kind of back to the nature vacation, lebih santai and less crowded.
BalasPadamWow menariknya! Suka laaa dekat nature. Bilik tu dah buat kita jatuh cinta. Boleh hiking ada air terjun tu lagi membuak buak rasa nak pegi. Dah ajak family tengah cari date sesuai
BalasPadamTinggalkan komen di sini.