Harmony Clean Flat Responsive WordPress Blog Theme

Lepak Santai di FatCUPID Restaurant, Langkawi

1:29:00 PTG Hasif Hamsyari 7 Comments Category : ,

FatCUPID Langkawi

Tak sah kalau ke Langkawi tapi tak lepak dekat restoran, kafe atau warung kat sini. Iyalah, sebab sejujurnya aku rasakan Langkawi pun memang banyak port makan yang best. Salah satu yang aku nak kongsikan kali ini ialah FatCUPID Restoran di La Pari Pari ni.

La Pari Pari ialah resort butik yang cukup cantik. Aku sudah review pengalaman aku menginap kat sini kelmarin. Boleh baca di sini. Fat Cupid Restaurant ni pulak terletak di dalam La Pari Pari. Tapi kalau korang tak menginap kat sini, korang boleh je walk-in ke restoran ni sambil menikmati pemandangan di sekitar La Pari Pari yang menenangkan.

Cara ke Fat Cupid Restaurant
  • Kalau menaiki kereta, cuma sekitar 17 minit saja dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
  • Kedudukan La Pari-Pari agak tersorok ke dalam sedikit sebab tu kawasan ni sangat privasi.
  • Lebih mudah, gunakan Google Map: klik sini.c

 RUANG RESTORAN 

FatCUPID Langkawi
Rupa ruang restoran.
Sesampai je kat sini, korang akan masuk ke ruang lobi dan kaunter check-in resort. Kemudian, baru akan nampak FatCUPID ni. Restoran ini betul-betul menghadap unit-unit bilik yang ada di La Pari-Pari dan kolam renang. 

FatCUPID Langkawi
Pemandangan restoran dan bilik dari FatCUPID Langkawi.
Restoran ni pada aku beri feels macam kat beranda luar rumah. Penataan warna putih dan warna lembut menjadikan kawasan ni sangat tenang dan kalau lepak ambil angin kat sini je pun memang layan. Ada bar dan ada juga ruang duduk di bahagian luar. 

 MAKANAN & MINUMAN 

FatCUPID Langkawi
Hidangan yang kami order kelmarin.
Aku difahamkan makanan kat sini banyak mengambil resipi daripada nenek chef kat sini sendiri yang berketurunan Baba Nyonya. Justeru, menu lokal antara kekuatan kat sini dengan penekanan diberikan untuk mengekalkan rasa asli. Tapi uniknya, ada juga makanan barat yang cukup membuka selera!
FatCUPID Langkawi
Signature Tasting Plate.
Sebagai starter, aku ambil Signature Tasting Plate. Senang nak rasa semua jenis starter at-one-go. Haha. Dalam ni dah siap ada tiga jenis menu starter; Pizza Bianco, Bruschetta dan Lynette's Wonton. Favourite aku ialah Lynette's Wonton tu. Rasa satisfying betul bila makan lagi-lagi dengan sos yang ada.
FatCUPID Langkawi
Nyonya Chicken Curry.
Untuk main course, aku ambil Nyonya Chicken Curry. Menu ni siap dihidang dengan nasi putih, telur dadar dan sayur campur. Hidangan lengkap macam kebanyakan menu tradisi. Agak pedas sikit dan itu yang agak memeranjatkan aku jugak. Sebab kalau di kebanyakan kedai, kari memang 'dihilangkan' rasa pedas tu supaya sesiapa yang datang boleh nikmati makanan tanpa ragu.

Aku sempat tanyakan pada staf kat sini dan katanya, ia diambil dari resipi keluarga dan rasa pedas tu dikekalkan untuk menjamin keaslian Nyonya Chicken Curry ni. Selain rasa pedas, untuk hidangan kari ayam macam ni, aku memang cukup puas hati.
FatCUPID Langkawi
Wild Caught Ling Fish.
Satu menu unik lagi yang aku cuba ialah Wild Caught Ling Fish iaitu fillet ikan cobia (haruan tasik) dengan kuah kekacang dengan perasa ayam chorizo dan lemon buttered French beans. Ini memang must-try!

Walaupun aku cukup berpuas hati soal makanan kat sini, aku agak terkilan sebab tak dapat rasa Nyonya Laksa kat sini. Paste dia dah habis katanya. Oh, dan aku dimaklumkan paste yang dibuat kat sini pun memang home-made dan fresh. Mungkin ini petanda aku kena datang ke FatCUPID ni lagi kalau ke Langkawi. InsyaAllah... 
FatCUPID Langkawi
Jus tembikai dan oren.
Untuk minuman, aku dan kawan cuma ambil just tembikai dan oren yang sememangnya menyegarkan lagi-lagi waktu datang tu pula memang tengah panas terik. Asyik betul dengan ambiance kat sini yang tenang dan jauh dari keramaian orang.

 KESIMPULAN 

FatCUPID Langkawi
Sekitar FatCUPID Langkawi.
Untuk harganya, aku rasa masih berpatutan untuk restoran butik hotel macam ni. Dengan rasa dan view tenang kat sini, memang berbaloi. Tempat yang best untuk bersantai, berborak atau sekadar rileks membaca buku sementelah memang dah disediakan buku-buku untuk bacaan.

Pilihan menu agak terhad tapi memadai untuk membuat pilihan yang tepat. Aku pun dah aim beberapa menu lain yang aku nak cuba kalau ke sini lagi nanti macam Nyonya Laksa, Nasi Ayam Pontay, Rendang Tempe dan Chilly Prawn Aglio Olio. Dengar pun boleh buat aku lapar balik. Haha.

FatCUPID RESTAURANT
 2273, Jalan Teluk Baru, Kampung Tasek Anak, 07000 Langkawi, Kedah
+60 4 955 3010

RELATED POSTS

7 komen

  1. Pernah sampai ke sini? Cuba komen pengalaman korang kat sini. :)

    BalasPadam
  2. Sis ada pergi juga langkawi bulan Mac baru ni. Nampak tempat ni best pula sebab macam santai2 gitu. Sis tak pernah sampai ke sini lagi.

    BalasPadam
  3. Woah... what an amazing place to dine at! The food looks yummy and the ambiance looks lovely too. I must dine here if I visit Langkawai in the future. Thank you for sharing your review with me.

    BalasPadam
  4. Belum pernah sampai sini dan tak tau ada cafe ni haaa.. lepas ni ke Langkawi kena singgah.. share lagi Hasif...

    BalasPadam
  5. Menarik juga ye staycation kat sini! Cantik view juga tue! Nak pergi la nanti…

    BalasPadam
  6. This looks absolutely delicious! I am sure the whole family will enjoy makan2 at this restaurant at any time of the day while enjoying that beautiful langkawi view!

    BalasPadam
  7. Wah! Nampak tenang dan cosy ye kafe ni. Hiasan dalamannya juga simple tapi masih menampilkan ciri-ciri eksklusif. Teruja tengok Signature Tasting Plate tu, nampak sedap. Nanti kalau ada rezeki ke Langkawi, insyaAllah nak singgah kat sini.

    BalasPadam

Tinggalkan komen di sini.